Monday 7 May 2012

SIASATAN DALANG KUDITA BERMULA





KULIM : Siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti dalang yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lepas telah bermula, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berharap orang ramai terus menyalur maklumat kepada polis bagi mempercepatkan siasatan supaya keselamatan negara tidak tergugat dan terus terancam.

"Beberapa tangkapan baru telah dibuat selepas gambar-gambar perusuh BERSIH 3.0 disiarkan dan kita juga menerima panggilan orang ramai untuk memberi maklumat mengenai kejadian itu.

"Ini petanda baik rakyat Malaysia mencintai keamanan dan tidak mahu keselamatan negara diganggu-gugat," katanya kepada pemberita pada program turun padang Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kulim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas bahawa perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di ibu negara 28 April lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Mengenai tuduhan pembangkang dalam blog-blog bahawa polis turut terlibat sebagai peserta perhimpunan itu untuk menyemarakkan lagi rusuhan itu, Ismail meminta supaya tuduhan-tuduhan tidak berasas dan tanpa fakta dihentikan.

"Jangan buat tuduhan karut....kena la bertanggungjawab. Bagaimanapun setiap tuduhan akan disiasat," katanya.

Mengenai program kepolisan,' beliau berkata program itu termasuk turun padang akan diteruskan ke seluruh negara kerana ia didapati berkesan mendapatkan pandangan rakyat dalam pelbagai isu termasuk khidmat PDRM.

"PDRM tidak boleh dipandang dengan satu imej (iaitu) hanya menanti aduan baru hendak ambil tindakan atau duduk dalam pejabat. Imej ini hanya memisahkan agensi itu dengan rakyat.

"Perjumpaan tidak formal seperti ini lebih berkesan di samping membuahkan hasil lebih baik," tambahnya.

Dalam program hari ini, Ismail disertai Pengarah Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan polis mengayuh basikal dari Hotel Seri Malaysia ke pasar awam pekan Kulim untuk beramah mesra dan menyampaikan buah tangan kepada orang ramai yang ditemui.

Orang ramai turut dihiburkan oleh pasukan pancaragam Polis Kontinjen Kedah dan persembahan mini-tatu oleh sembilan anggota polis trafik yang menunggang motosikal berkuasa 1,300cc. (Bernama)

9 comments:

  1. Hopefully those who know something about this issue will help speed up the investigation by providing information.

    ReplyDelete
  2. This is what happened when the Bersih Rally's true purpose and objectives are forgotten. The rally is to fight for democratic rights and fairer, cleaner election system. Since when it turns into a rally to fall the government?

    ReplyDelete
  3. Tidak dinafikan perhimpunan Bersih ni memang dimanipulasi oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak pembangkang memang ambil kesempatan dalam perhimpunan tu, tu yang buat Anwar suka sangat tu..

      Delete
  4. perhimpunan seperti ini jgn dilangsungkan lagi, ganggu ketenteraman saja.

    ReplyDelete
  5. Siasat jangan tidak siasat mengenai kekecohan yang berlaku dalam BERSIH itu. Ambiga sepatutnya perlu disalahkan juga atas apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  6. Tu perhimpun secara aman atau ada ucapan politik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah apa yang si Anuar tengah ucap tu.. berbisa betul ucapan dia sampai peserta2 perhimpunan sanggup merempuh sekatan polis dan bertarung dengan polis..

      Delete
  7. saya lebih suka jika Ambiga dan Anwar yang ditangkap.. bukan peserta2 perhimpunan yang ganas..

    ReplyDelete