Tuesday 22 May 2012

SME BANK LULUS RM1.05B KEPADA USAHAWAN SABAH




KOTA KINABLU: Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) telah meluluskan sebanyak RM1.05 bilion pinjaman untuk 400 permohonan kepada usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah dalam tempoh 2005-2011.

“Angka-angka ini adalah sangat besar dan menjadi bukti kesungguhan kami untuk terus menyokong usaha-usaha kerajaan khasnya dalam menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” kata Pengerusi SME Bank, Dato’ Gumuri Hussain, dalam ucapannya di Majlis Perasmian Karnival 'Jelajah Niaga' Usahawan SME Bank 2012, di sini, kelmarin.

Katanya, SME Bank adalah sebuah institusi kewangan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membimbing dan membangunkan golongan PKS di negara ini.

PKS memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan sebab itulah pelbagai usaha dan bantuan telah dijalankan oleh kerajaan dan agensi kerajaan termasuk SME Bank, untuk terus membangunkan PKS.

Sementara itu, katanya, Karnival Jelajah Niaga Usahawan SME Bank 2012 yang telah diadakan pada 19 dan 20 Mei ini bertujuan memberi peluang kepada golongan usahawan terutamanya yang terlibat dalam industri minyak dan gas, mempromosikan produk-produk sedia ada dan juga keluaran terbaru mereka kepada umum.

“Kami berharap penganjuran karnival yang diadakan ini bukan sahaja membuka peluang pemasaran dan rangkaian perniagaan buat usahawan di Sabah malah juga membawa manfaat untuk usahawan dari Sarawak dan seluruh negara,” katanya.

Pada majlis itu juga pihak SME Bank telah menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pelaburan dan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDIA), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kesemua MoU ini bertujuan memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama dalam melihat potensi untuk membangunkan program-program di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC),” katanya.

Katanya, ia juga bertujuan merapatkan lagi SME Bank dengan agensi-agensi berkenaan yang mempunyai komuniti perniagaan dan eko-sistemnya sendiri dalam usaha menggalakkan aktiviti pembangunan usahawan PKS.

Sementara itu, sewaktu merasmikan majlis itu, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Hj Tawfiq Datuk Hj. Abu Bakar Titingan, berkata sudah pasti perjanjian itu akan memberi manfaat besar kepada usahawan-usahawan kerana agensi-agensi tersebut merupakan ‘payung’ kepada mereka.

Dalam pada itu, karnival terbabit menunjukkan bahawa bidang usahawan PKS sedang berada di landasan yang betul dan sedang berkembang dengan pesat, katanya.

“Saya berasa amat berasa gembira kerana program ini merupakan yang pertama diadakan di Malaysia dan Sabah telah dipilih menjadi tuan rumah khususnya melibatkan semua peserta yang mendapat pembiayaan bank dari SME Sabah untuk meningkatkan perkhidmatan yang mereka sediakan.

“Oleh itu saya berharap supaya SME Bank dapat mengadakan program ini lagi kerana pada masa sama ia turut menyemarakkan budaya keusahawanan terutama di kalangan bumiputera dan PKS,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri amat menyanjung tinggi sumbangan yang telah diberikan oleh usahawan PKS dalam menyemarakkan ekonomi di Sabah dan semoga sumbangan ini turut dapat dirasai oleh seluruh rakyat sabah. (ST)

8 comments:

  1. SME byk memainkan peranan dalam melahirkan ramai usahawan berjaya. moga lebih ramai usahawan akan dilahirkan.

    ReplyDelete
  2. Thanks to the SME banks for approving RM1.05 billion of loans to the local entrepreneurs in the small and medium industries so that they may expand their business and services.

    ReplyDelete
  3. The 400 entrepreneurs who successfully obtained the loans should use the money effectively to improve their business.

    ReplyDelete
  4. Harap banyak ushawan tempatan yang dapat manfaat daripada peluang ini.

    ReplyDelete
  5. Usahawan2 pasti mudah memperkembangkan perniagaan mereka dengan adanya pinjaman ni.

    ReplyDelete
  6. para usahawan yang mendapat peluang tersebut harus memanfaatkan peluang dgn baik untuk menjadi usahawan yang berjaya.

    ReplyDelete
  7. Semoga pinjaman ini akan digunakan sebaiknya untuk peniagaan yang telah dirancang.

    ReplyDelete
  8. banding dengan bank2 lain, SME bank sangat jarang disebut2 atau kurang dikenali.. saya harap selepas ini SME bank akan lebih aktif mempromosikan perkhidmatan mereka dan membuka lebih banyak cawangan seperti bank2 lain..

    ReplyDelete