Monday 7 May 2012

SRI KANDI SAMBUT HARI IBU SECARA SEDERHANA





Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI anak yang penuh didikan agama penuh kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang ibu di samping yang membesarkan kita tidak harus melupakan jasa-jasanya.

Kebanyakannya bila berlakunya keruntuhan dan penceraian rumah tangga memang jarang sekali seorang bapa yang mahu membela anak-anak mereka; apa lagi kalau anak-anak mereka ramai.

Lazimnya si bapa hanya keluar dari rumah dengan membawa sehelai sepinggang, berbanding ibu yang ditinggalkan suami terus berada bersama-sama anak-anak kesayangan mereka.

Lelaki bila sahaja bercerai dengan isteri, tidak sampai dua minggu sudah ada penggantinya; sama ada janda atau sebaliknya. Manakala isteri yang diceraikan suami  dan bersama-sama ramai anak-anak, maka sukar untuk mencari jodoh yang sesuai sebab terdapat sesetengah lelaki yang hanya suka kepada ibunya; tetapi tidak suka kepada anak-anak. Apatah lagi jika wanita berkenaan ramai anak kerana merupakan satu beban berat untuk ditanggung.

Begitulah penjelasan yang membawa pengertian dan cukup bermakna yang disampaikan oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna, Nazmahwati Walli ketika berucap sempena Sambutan Hari Ibu di pejabatnya di Semporna, kelmarin.

"Walaupun kami di pihak pembangkang yang kurang dalam serba serbi, namun kami masih mampu untuk menyambut Hari Ibu 2012 bersama-sama masyarakat secara cukup sederhana. Ini juga merupakan satu ibadah dan amal jariah Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang sentiasa mengambil perhatian dalam apa juga kebajikan penduduk di Semporna," kata Nazmah.


 


Tegas Nazmah, Ini adalah kali pertama Sri Kandi PKR Semporna mengadakan program kemasyarakatan seumpama itu, sejurus selepas lawatannya ke pasar-pasar dan lorong-lorong kedai sepanjang daerah Semporna sambil mengageh-agehkan jamuan rakyat yang berupa bubur kacang dan buah tangan, terutama sekali kepada kaum ibu.

Selain itu 1,000 helai bendera kecil PKR habis diageh-agehkan kepada pemilik kenderaan, sama ada persendirian dan awam sambil mereka melaung-laungkan "Hidup PKR" dan "kita mahu buat perubahan besar di Semporna".

Sabahkini.Net difahamkan ramai di kalangan ahli PKR Cabang Semporna termasuk penyokong luar pagar mereka mahu pucuk pimpinan PKR pusat meletakkan Nazmahwati sebagai calon Parlimen Semporna untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mereka yakin kerana Nazmah mempunyai kelayakan, pengalaman dan merupakan anak tempatan Semporna yang mempunyai kredibiliti untuk menumpaskan Shafie yang sudah empat penggal menjadi Ahli Parlimen Semporna.

9 comments:

  1. If Nazmahwati was appointed as the candidate for Semporna against Shafie Apdal, it is possible that Shafie will win again because he has garnered many supporter over the years as the Semporna District MP.

    ReplyDelete
  2. When BN members went around meeting the people and giving out gifts, the opposition called it corruption. But its completely ok for PKR members to do the same, no problem at all. Just something I observed over the years.

    ReplyDelete
  3. Perbanyakkan program kemasyarakatan dan aktiviti turun padang tanpa mengira waktu.

    ReplyDelete
  4. kita harus hargai ibu kita, mereka yang melahirkan kita.

    ReplyDelete
  5. Parti BN juga perlulah mengerakkan ahli mereka untuk mendekati rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin turun padang dan rajin melawat rakyat adalah perlu

      Delete
  6. Dekat2 PRU pembangkang memang menyusun strategik untuk mendekati rakyat dan menarik perhatian rakyat kepada parti

    ReplyDelete
  7. kalau mahu dapat populariti pun jangan la sampai memburuk2kan kaum lelaki.. Nazmahwati ada guna otak ka ketika buat kenyataan ini?? cuba lihat berapa banyak kes di mahkamah berkenaan dengan tuntutan hak penjagaan anak.. kalau benar lelaki lepas tangan, tidak akan timbul kes mahkamah..

    ReplyDelete
  8. memandangkan Nazmahwati baru sahaja memegang jawatan dalam politik, eloklah beliau berhati2 sebelum membuat kenyataan.. nanti terludah muka sendiri pula..

    ReplyDelete