Tuesday 1 May 2012

STAR ADALAH PENYELAMAT ANAK NEGERI!


 



Oleh :  JAMES AIK

KEBETULAN pada hari ini Mei 2012, adalah 'Hari Pekerja'. Tetapi jiwa saya dikuasai oleh peristiwa pemergian Allahyarham Mohd. Daud Abdullah (Lorenzo) dan berita BERSIH 3.0 di Malaya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan "Selamat Hari Pekerja" kepada semua rakan di Malaysia. Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Daud Abdullah (Lorenzo Sabadun).

Beliau adalah antara rakan seperjuangan yang berjuang di atas pena. Darah juang yang mengalir di jari jemarinya menjadi pedang tajam bermata dua. Saya kurang memberikan komen-komen terhadap artikel beliau, tetapi tetap mengikutinya.

Kesedaran dan darah juang beliau melalui hasil tulisannya membolehkannya hidup setelah pemergiannya kerana, selepas ini nama beliau tetap disebut-sebut di dunia nyata ini. Sebagai rakan seperjuangan kepada Lorenzo, saya percaya STAR dan rakan-rakan yang lain boleh mengumpul hasil-hasil tulisan beliau untuk dibukukan untuk tatapan generasi akan datang.

Berhubung BERSIH 3.0 di Malaya, menyaksikan apa yang dikatakan gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati di tengah-tengah. Kegagalan pemimpin kerajaan Barisan Nasional mengamalkan STAR (Sistem Tidak Amal Rasuah) menjadikan negara Malaysia antara negara yang hina di dunia.

Rakyat mana yang tidak marah kerana akibat nila setitik, rosak susu sebelanga? Scorpene, wang balak dalam siasatan, projek IC palsu, pilihan raya yang tidak demokrasi; bukanlah hasil kemerdekaan yang perlu dinikmati.

Rakyat yang menyedari perkara ini menjadi amat malu. Para pemimpin kerajaan Barisan Nasional pula berusaha mempertahankan kuasanya melalui pilihanraya yang tidak bersih. Akibatnya rakyat memberontak. Pemimpin kerajaan pula menekan pihak keselamatan supaya pemberontakan rakyat ditangani dengan apa cara sekali pun.

Maka terjadilah tragedi BERSIH 3.0 di Malaya. Sudah tentu pemimpin kerajaan Barisann Nasional harus bertanggung jawab terhadap perkara yang berlaku. Pemimin kerajaan Barisan Nasional perlu bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku.  





Sebagai rakyat negara Sabah, saya amat bangga dengan sikap peribumi Sabah. Kebetulan, mereka yang mengambil bahagian dalam BERSIH 3.0 di Sabah (dan negara Sarawak juga) adalah bumiputera tulien negara Sabah.

Kematangan pemikiran bumiputera tulen Sabah sangat jelas walau pun sebenarnya rakyat Sabah berhak bertindak seperti masyarakat di Malaya. Kenapa? Sebab rakyat Sabah telah menghadapi pelbagai tekanan sejak hampir 49 tahun dalam persyarikatan Malaysia.

Bayangkanlah betapa kekayaan tanah air Sabah telah dirampas oleh pemimpin Malaya. Nikmat kemerdekaan rakyat negara Sabah telah dicabuli pemimpin Malaya. Tragedi BERSIH 3.0 Malaya dan Duduk Aman BERSIH 3.0 di Sabah dan Sarawak adalah perbezaan yang sangat ketara antara rakyat negara rakan kongsi Malaya dan rakyat Borneo.

Tidaklah keterlaluan kalau saya katakan bahawa akibat sikap nakal pemimpin Malaya, Malaysia menghadapi banyak masalah. Akibat sikap nakal pemimpin Malaya, pemimpin Barisan Nasional juga menjadi nakal.

Rakyat Sabah dan Sarawak berhak mengekalkan nilai-nilai profesional ini, sebab itulah sifat nenek moyang kita yang kita warisi sebagai identiti Orang Asal Borneo. Sikap nakal para pemimpin Barisan Nasional tidak perlu kita pelajari.

Kegagalan rakan senegara Malaya menghormati Perjanjian Malaysia, pencabulan terhadap perkara 20 Sabah dan perkara 18 Sarawak adalah punca kepada BERSIH 3.0. Persamaan yang sangat ketara antara masyarakat Sabah dan Sarawak adalah pintu kepada penyatuan rakyat Borneo, tanpa mengabaikan persyarikatan Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk selamatkan Malaysia melalui penyatuan masyarakat Borneo. Kita telah memulakan melalui parti STAR. Usaha untuk selamatkan Malaysia juga adalah melalui STAR. Pilihanraya Umum ke 13 ini, adalah ujian sejauh mana rakyat Borneo di Sabah dan Sarawak bersatu memperjuangkan hak-haknya dalam Malaysia. Malaysia adalah negara kita. Sabah dan Sarawak adalah tanah air kita.

Kita dilahirkan di sini dan dibesarkan di sini. Tanah air Sabah dan Sarawak adalah milik generasi bangsa kita. Kita perlu sediakan tanah air ini sebaik-baiknya untuk generasi bangsa kita. Kita tidak perlu Malaya urus tanah air kita dan bangsa kita. Malaya hanyalah rakan kongsi dalam Malaysia. Tanpa Malaya, kita tetap Malaysia. Kita bersatu untuk tanah air kita dan maruah bangsa kita. Sebab kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?

31 comments:

  1. Bukankah isu scorpene itu sudah dijelaskan?

    ReplyDelete
  2. STAR belum ada sumbangan signifikan pun. Macam mana STAR boleh dikatakan penyelamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously, I don't think STAR is making something of a blue.

      Delete
    2. kalau betul penyelamat, bagaimana pula dengan STAR di Sarawak dulu?

      Delete
    3. Let see how far STAR can go.

      Delete
  3. I don't think STAR will be a good party to begin with.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In my opinion, opposition is unlikely to get a ticket for the next pit stop.

      Delete
    2. Kita tengoklah dulu bagaimana prestasi STAR dalam PRU nanti.

      Delete
  4. Star saja rasakan mereka penyelamat, ketua mereka c Jefferey yang paling suka lompat parti.

    ReplyDelete
  5. Bagi saya STAR hanya lah satu batu loncatan bagi sesetengah pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemunculan banyak parti baru termasuk STAR hanya memberi kelebihan pada parti BN.

      Delete
  6. STAR harus kerjasama dengan parti lain untuk menyakinkan lagi rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Star tidak akan bekerjsama dengan parti lain untuk menang. Dia mahu sapu semua 60 kerusi.

      Delete
  7. STAR semakin ke depan. Rasa-rasa satu lagi saingan hebat antara BN & parti pembangkang.

    ReplyDelete
  8. STAR belum pasti lagi menjadi penyelemat untuk Sabah. Kerana STAR sendiri pun masih belum stabil untuk masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya macam tidak rasa Star penyelamat Sabah. Kalau PRU13 boleh menang baru la boleh angkat bakul sendiri (minta puji la ba)

      Delete
  9. jika STAR benar2 mahu menyelamatkan Sabah, bolehkah Jeffrey bergabung saja dengan SAPP? atau semua pembangkang2 di Sabah?? bolehkah beliau lupakan hasrat beliau untuk menjadi KM Sabah yang seterusnya??

    ReplyDelete
  10. bagi saya, keengganan Jeffrey untuk bergabung dengan parti pembangkang yang lain dan tindakan Jeffrey membawa masuk parti Sarawak ke Sabah, juga didorong oleh sikap tamak beliau.. yang mana sikap tamak ini juga akan mendorong beliau untuk terlibat dengan rasuah sekiranya memerintah negeri ini kelak..

    ReplyDelete
  11. I doubt STAR can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.

    ReplyDelete
  12. With 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.

    ReplyDelete
  13. The development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  14. This is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.

    ReplyDelete
  15. To this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  16. BN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality.

    ReplyDelete
  17. The BN Government is indeed a government that fulfils its promises.

    ReplyDelete
  18. When Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.

    ReplyDelete
  19. The Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.

    ReplyDelete
  20. There is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks.

    ReplyDelete
  21. In addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.

    ReplyDelete
  22. To top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.

    ReplyDelete