Saturday 12 May 2012

SUHAKAM SABAH TERIMA 153 ADUAN TANAH





KOTA KINABALU : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) cawangan Sabah menerima 250 aduan sepanjang tahun lepas dengan majoriti daripadanya berkaitan isu tanah.

Menurut laporan Tahunan Suhakam 2011 yang dikeluarkan di sini, suruhanjaya itu berjaya menyelesaikan 45 kes manakala kes selebihnya masih dalam proses siasatan.

Kes terbanyak yang diadukan kepada Suhakam Sabah ialah hal yang berkaitan tanah iaitu 153 kes, diikuti masalah pekerja migran tanpa dokumen pengenalan diri sebanyak 29 kes, kewarganegaraan 15 kes dan pelbagai kes lain.

Laporan itu menyebut suruhanjaya berkenaan turut menerima empat memoradum sepanjang tempoh itu iaitu berkaitan tanah, bantahan mengenai pemberian geran komunal dan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Mengenai forum dan latihan terhadap sistem perundangan orang asal/asli (FTILS), suruhanjaya itu menyambut baik peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM30 juta kepada Sabah untuk tujuan infrastruktur dan pentadbiran di empat Mahkamah Anak Negeri dan penubuhan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri. (Bernama)

11 comments:

  1. tahniah untuk beberapa kes yang telah selesai.. untuk kes yang belum selesai, teruskan usaha..

    ReplyDelete
  2. Tidak hairan sebab memang Sabah paling banyak laporan tentang kes tanah.

    ReplyDelete
  3. Hope that Suhakam will do their best to help the people resolve their land issues.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Cooperation between Suhakam and the Sabah state forestry department is needed to resolve the land issues faced by the locals, especially for the natives.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong. Kerjasama di antara kedua pihak amat penting dalam mencari jalan penyelesaian.

      Delete
  5. kes tanah byk berlaku di sabah, walaupun ada beberapa telah selesai, namun masih byk perlu diselesaikan. harap ia dpt diselesaikan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu tanah dah lama timbul, ia perlu diselesaikan segera.

      Delete
  6. Kalau bukan masalah tanah, masalah PATI. Memang inilah masalah yang sering dilaporkan.

    ReplyDelete
  7. Semoga tindakan yang wajar terhadap lebih banyak kes.

    ReplyDelete
  8. Semoga peruntukan yang diberi digunakan dengan wajar.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya kes tanah ini semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete