Thursday 24 May 2012

SUKARELAWAN PERANGI JENAYAH DADAH




RASMI.....Azizah merasmikan Serambi Pintas sambil disaksikan pemimpin masyarakat setempat.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT:Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyeru penduduk agar mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi dalam memerangi jenayah dadah.

Beliau berkata gejala dadah merupakan jenayah merentasi sempadan utama yang perlu diperangi dan melaksanakan pembasmian permasalahan dadah melalui gelombang kesukarelaan di dalam masyarakat.

“Saya mengharapkan penduduk, khususnya di Beaufort ini agar mempunyai Semangat sukarelawan yang tinggi dan saya percaya ia memerlukan lebih dari sekadar minat dan pengetahuan untuk menjadi seorang sukarelawan anti dadah. Ia memerlukan minat, semangat, keprihatinan dan kesabaran. Ia memerlukan suatu motivasi yang tidak bersifat material, tetapi kepuasan bahawa setiap yang menjadi mangsa penagihan adalah penting untuk dipulihkan dan we can make a difference,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sukarelawan Anti Dadah (Skuad) 1Malaysia anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kg Pintas di sini, baru-baru ini.

Sempena program itu beliau mengajak agar rakyat sama-sama duduk sebagai satu pasukan Sukarelawan Anti-Dadah (SKUAD) 1Malaysia.
”Mudah-mudahan melalui gabungan seperti ini, kita akan dapat bersama-sama bergerak dalam satu barisan sebagai satu pasukan untuk bersama memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

”Saya berharap mulai hari ini, melalui gelombang yang dimulakan ini, AADK akan dapat menggerakkan satu gelombang yang lebih besar dan gelombang inilah yang akan kita manfaatkan sepenuhnya untuk membawa kebaikan kepada negara dan bangsa; menjadikan negara bebas dari masalah penagihan dadah,” katanya.

Azizah yg juga Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Sabah itu berkata lebih daripada 150,000 sukarelawan.yang berdaftar di bawah AADK, 147,034 daripadanya di dalam Rakan Anti Dadah (RADA); 5,837 orang di dalam Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH); 1,639 orang di dalam Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) dan bakinya di dalam Persatuan Alumni AADK (PENDAMAI), Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ahli Lembaga Pelawat. Saya juga difahamkan setiap tahun AADK mensasarkan setiap daerah ada 1000 ahli yang berdaftar sebagai sukarelawan AADK.

”Di luar AADK pula terdapat pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dan kemudahan dalam rawatan dan pemulihan dadah dan NGO-NGO yang sudi menghulurkan tangan biarpun tidak mempunyai kepakaran dan kemudahan rawatan dan pemulihan. Ini tidak termasuk komuniti di kalangan penduduk sesuatu kawasan, pemimpin masyarakat setempat dan individu-individu yang turut membantu di atas sifat kemanusiaan dan keprihatinan. Kita perlu mendampingi setiap mereka ini dan kita perlu membawa mereka untuk bersama-sama menangani dan membasmi permasalahan dadah,” katanya.

Beliau juga berharap pihak AADK menggandakan usaha secara berterusan bagi melaksanakan inovasi dalam rawatan dan pemulihan disamping perlaksanaan program pencegahan dadah yang lebih mantap dan berkesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

”Masa depan Malaysia adalah tanggugjawab setiap satu dari kita. Maka tekadkanlah usaha dan keazaman untuk menyahut seruan Transformasi kerajaan. Bersama- sama kita membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik untuk anak-anak kita dan kesejahteraan keseluruhan masyarakat khasnya,” katanya.

Sempena program itu Azizah merasmikan premis perniagaan Serambi Pintas dan rumah komuniti di Kg Pintas yang menjadi satu pusat aktiviti gerakan masyarakat dalam usaha untuk menentang masalah penyalahgunaan dadah,khususnya bagi membantu bekas penagih dadah dan keluarga mereka supaya menjadi ahli masyarakat yang produktif dan proaktif.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan bantuan barang-barang kelengkapan masjid bagi Kg Klias baru dan sumbangan 10 kompang untuk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Mempagar.

Pelbagai aktiviti turut diadakan pada program bersama rakyat itu antarany pemeran oleh Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), Jabatan Tenaga kerja (JTK) dan kaunter Clinic Cure & Care.

Selain itu pertandingan mmenggubah bunga hidup, gubahan manik sukaneka dan cabutan tiket bertuah turut diadakan.

AZIZAH ketika melawat kaunter pameran pada program Sukarelawan Anti Dadah (Skuad) 1Malaysia di Kg Pintas Beaufort.

19 comments:

  1. kita semua harus bekerjasama dalam memerangi dadah.

    ReplyDelete
  2. dadah merosakkan kita, jgnlah kita terlibat dgn dadah.

    ReplyDelete
  3. Ramai golongan belia yang terlibat dalam kes berkaitan dengan dadah.kesedaran perlu didedahkan kepada mereka supaya tidak cuba berjinak2 dengan dadah.

    ReplyDelete
  4. Dadah musuh negara. Dadah boleh menghancurkan masyarakat kita. Jauhi dadah!

    ReplyDelete
  5. Jauhi dadah dari masyarakat.

    ReplyDelete
  6. kalau semua masyarakat negeri ini mampu bekerjasama, gejala pengedaran dan penagihan dadah pasti mampu diselesaikan.. mudah saja untuk bekerjasama.. laporkan saja jika ada kes2 dadah dikawasan sekitar..

    ReplyDelete
  7. The drug menace is becoming more serious with the advent of sophisticated technology, which now makes it even more difficult to detect the entry of drugs.

    ReplyDelete
  8. As a concerned and responsible society, we must act fast to prevent traffickers from taking advantage to expand their illegal activities in the State, particularly in Papar district, said Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Shirlin Haji Abdul Rashid.

    ReplyDelete
  9. She believes the fight against drug is endless for as long as there is a demand, the supply and purchase will be there and this is why people today need to mobilise their resources to eradicate the drug menace that can destroy our race, religion and country.

    ReplyDelete
  10. The Papar Member of Parliament said this when opening the “Tekad” programme organised by Pemadam Papar at the district rest house recently.

    ReplyDelete
  11. She said the “Tekad” programme is implemented to encourage participation of the general public, especially among the fisherman community, in government campaigns to eradicate the dadah menace.

    ReplyDelete
  12. According to Rosnah, the government had tried to get rid of this menace for a long time already with various campaigns and activities, but these efforts have yet to achieve success as expected, she said.

    ReplyDelete
  13. She said it had been acknowledged that dadah is the number one enemy of the nation.

    ReplyDelete
  14. The government has also set a goal that by 2015, our country is to be dadah-free and had also allocated millions of ringgit for implementation of anti-dadah campaigns and eradication programmes so that the people are aware of the danger of drug abuse.

    ReplyDelete
  15. Dadah, she said, is not only harmful to the human body but it can also destroy the faith of a person. This is because when a person is taking drugs, he will become hallucinated.

    ReplyDelete
  16. Some drug addicts would even hurt members of their families, just for the money to buy drugs.

    ReplyDelete
  17. “Sometimes we also hear of the collapse of the family institution caused by drug addiction of one member of their family,” she explained.

    ReplyDelete
  18. “Sometimes we also hear of the collapse of the family institution caused by drug addiction of one member of their family,” she explained.

    ReplyDelete
  19. She advises the people to look at this problem seriously by helping to educate and motivate the fishermen to work together to ensure that drug abuse would be reduced in time in the State.

    ReplyDelete