Thursday 10 May 2012

SURAT TERBUKA BUAT PENGERUSI SPR




Saudara Pengarang,

SURAT Terbuka ini kami tujukan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof berhubung isu Peraturan-peraturan Pilihan Raya Dan Pindaan di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya.

Tindak Malaysia adalah satu kumpulan reformasi sistem pilihanraya yang khususnya memberi latihan kepada Agen Tempat Undi dan Agen Pengira Undi. Kami juga memberi pendidikan Kesedaran Pilihanraya kepada rakyat secara umum.

Pihak kami telah menjemput Tan Sri untuk satu sessi dialog yang dianjurkan oleh Tindakan Malaysia di Auditorium Pusat Sivik Petaling Jaya pada 24 Apr 2012 yang bertajuk 'Sejauh Manakah Bersihnya Pilihanraya Ke-13 Yang Akan Datang?”.

Sambutan pada hari itu amat mengalakkan kerana hampir 600 orang yang hadir. Namun agak malang kerana Tan Sri tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, isu-isunya masih kekal dan perlu dibincangkan.

Justeru itu, pihak kami memohon Suruhanjaya Pilihanraya untuk menganjurkan taklimat selama dua hari penuh untuk menjelaskan kepada orang awam atas implikasi serta kaedah pelaksanaan 5 Peraturan-Peraturan yang telah diperkenalkan sejak Jun 2011, iaitu:

1. Warta 2011 PU (A) 193 2011: undang-undang Pilihan Raya pindaan Jun 11 Borang 13 - 16

2. Warta 2012 PU (A) 43 - 2012: Peraturan-Peraturan Perjalanan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 - dakwat kekal

3. EOA Pindaan DR042012E: Pemerhati Barung dibatalkan dan penyingkiran identiti penerbit bahan kempen, (Ditarik balik dari Dewan Negara pada 8 Mei 2012)

4. Warta PU (A) 106 Peraturan 2: Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) (Pindaan) 30 April 2012

5. Warta PU (A) 113: Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (No. 2) Peraturan-Peraturan 30 April 2012

6. Warta PU (A) 114: Pilihan Raya (Pengundian Pos) (Pindaan) Peraturan-Peraturan 30 April 2012

Kami meminta bahawa ia akan diuruskan pada hujung minggu oleh Pengarah Akademi Latihan anda. Bahasa perantaraan bolehlah dalam BM atau Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-duanya. Kami akan menjemput jurulatih dan agen-agen tempat mengundi yang dilatih agar hadir supaya mereka dapat menanyakan keraguan mereka mengenai prosedur baru tersebut.

Kami berharap Tan Sri dapat memaklumbalas balik kepada kami dengan keputusan yang menggalakkan

Tarikh yang dicadangkan: Sabtu 19 dan Ahad 20 Mei 2012 (sepenuh hari).

Tempat: Kami mengharapkan pihak SPR dapat menyediakan kemudahan tersebut atas kesenangan Tan Sri.

Untuk memberikan gambaran yang lebih meluas kepada mereka yang tidak dapat hadir, kami meminta agar diliputi secara langsung melalui media elektronik supaya lebih banyak memberikan manfaat kepada rakyat.

Tindak Malaysia adalah sebuah gerakan masyarakat awam untuk mempromosikan Pilihanraya Bebas dan Adil melalui pendidikan pengundi. Baru-baru ini, bersama-sama dengan Jawatankuasa Bersih 2.0, ia telah mengemukakan senarai cadangan pindaan kepada undang-undang dan peraturan pilihan raya ke Jawatankuasa Khas Parlimen.

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan latihan percuma dengan mendaftar di https://sites.google.com/site/pacabatraining/

Yang benar,

PYWONG
Tindak Malaysia
012-2149322

9 comments:

  1. Rasanya pemohonan ini akan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi lebih baik jika pihak SPR dapat berikan kerjasama dalam sama2 merealisasikan pilihan raya yang adil dan bersih.

      Delete
  2. Tindak Malaysia adalah sebuah gerakan masyarakat awam untuk mempromosikan Pilihanraya Bebas dan Adil melalui pendidikan pengundi. Baru-baru ini, bersama-sama dengan Jawatankuasa Bersih 2.0, ia telah mengemukakan senarai cadangan pindaan kepada undang-undang dan peraturan pilihan raya ke Jawatankuasa Khas Parlimen.

    Its better to hand up a memorandum to the Electoral Commission rather than holding a demonstration because this a more mature thing to do and will not affect public peace.

    ReplyDelete
  3. Hopefully these Electoral reformist will talk to the Electoral Commission to discuss about ways to improve the transparency and fairness of the country's election.

    ReplyDelete
  4. SPR kena memastikan pilihanraya kita benar2 bersih dan adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab SPR untuk memastikan PRU dilaksanakan dengan jujur, bersih dan amanah

      Delete
  5. Kita harap sangat SPR akan dapat memberikan yang terbaik pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  6. Mungkin SPR perlu mempertimbangkan isi surat tu

    ReplyDelete
  7. kesilapan penubuhan PSC ialah apabila jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil2 dari pembangkang yang tidak guna.. kan bagus jika Ambiga dan Anwar saja yang menganggotai jawatan kuasa PSC ini..

    ReplyDelete