Tuesday 1 May 2012

TAKAFUL HULUR ZAKAT





ZAKAT….Saddi telah menyampaikan Zakat kepada salah seorang penduduk yang disumbangkan oleh Takaful  Ikhlas

Oleh : SHAIMON S JUMADI

BERSEMPENA Minggu Saham Aamanah (MSA) peringkat daerah Sandakan yang ke 12, seramai 30 orang penduduk di empat Kampung di Mukim Maumiang Kinabatangan menerima sumbangan zakat RM100.00 setiap seorang daripada  Takaful Ikhlas yang diadakan di Kampung Bongon Besar, kelmarin.

Takaful Ikhlas telah membelanjakan sebanyak RM3,000 untuk membayar zakat kepada mereka yang daif sebagai sebahagian projek amal jariah Takaful bagi membantu golongan miskin.

Ketua Pegawai Syariah Takaful Ikhlas Negeri, Ustaz Wan Jamizan Wan Deraman, berpesan sebagai insan, jangan lupa dan mengabaikan nasib orang yang telah dikategorikan golongan miskin kerana mereka harus dibantu dan merupakan satu ibadah serta amal jariah kepada sesama insan.

Kata Ustaz Jamizan lagi, dilihat dari segi gaya hidup penduduk pulau dengan tanah besar memang jauh berbeza kerana jika di kampung tradisi, banyak sumber makanan yang boleh diperolehi tanpa mengeluarkan sesenpun.

"Asalkan rajin dan tidak segan membanting tulang empat kerat sudah memadai; berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar. Kalau kita tidak mempunyai wang memang susah nak hidup kerana semuanya kena beli," kata Ustaz Jamizan lagu.

"Justeru itu Takaful Ikhlas pada saban tahun terlibat sama-sama menghulurkan bantuan, walaupun tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka,” ujar Ustaz Wan Jamizan.

Takaful Ikhlas adalah sebuah syarikat agensi insuran di bawah naungan PNB yang berfungsi menjual pelbagai insuran perlindungan kepada manusia dan sekiranya seseorang ahli pemegang insuran itu meninggal dunia, maka isteri atau anak-anaknya sebagai pewaris mereka boleh membuat tuntutan untuk menyara kehidupan sekeluarga. Inilah untungnya kalau kita membeli insuran,” jelasnya.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman diberikan penghormatan oleh Takaful Ikhlas telah menyampai zakat kepada 30 orang penduduk sejurus selepas menyempurnakan Program Belia Mesra 1Malaysia peringkat Mukim Maumiang.

11 comments:

  1. Semoga bantuan zakat ini akan meringankan beban orang miskin di Kinabtangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna bantuan yang diberi sebaik mungkin

      Delete
  2. Ini barulah kegunaan yang betul untuk zakat yang dikumpulkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hairan kenapa ada segelintir orang berani salah gunakan wang zakat.

      Delete
  3. Bantulah mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan tu harus diberi pada yang layak saja.

      Delete
  4. bantuan yang diberikan harus dihargai dan gunakan ia dgn sebaikya.

    ReplyDelete
  5. Takaful Ikhlas mengamalkan falsafah perkongsian tanggungjawab sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat dalam strategi perniagaan dan akan terus memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Belilah insurans dari Takaful Ikhlas:)

    ReplyDelete
  7. Harap akan ada bantuan lain lagi akan disumbangkan kepada penduduk kampung.

    ReplyDelete
  8. syabas kepada Takaful Ikhlas.. jika banyak badan samada swasta atau kerajaan tampil memberi derma ikhlas kepada penduduk yang sangat memerlukan, alangkah amannya negara ini..

    ReplyDelete