Sunday 6 May 2012

TIADA GURU, SEKOLAH TERPAKSA DITUTUP






TINJAU.....Bung Moktar ketika meninjau keadaan SK Balat kelmarin.

Oleh :  YUSOP TEPPO

KINABATANGAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Inarat yang terletak di pedalaman negeri Sabah telah ditutup hampir dua minggu ekoran ketiadaan guru di sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin meminta Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Sabah supaya melihat pelantikan guru-guru yang berasal dari Kampung Inarat itu sendiri untuk berkhidmat.

“Kampung ini memang terpencil dan sekiranya menggunakan kenderaan melalui jalan darat, mengambil masa tujuh hingga lapan jam perjalanan untuk sampai ke sana,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah terbabit.

Beliau menambah kalau hujan sudah tentu kawasan itu sukar dilalui dan guru-guru tidak dapat sampai dan ekoran daripada ini SK Inarat telah ditutup hampir dua minggu.

“Guru-guru yang berkhidmat di kawasan itu sukar untuk sampai ke sana ekoran keadaan jalan yang teruk,” katanya.

Beliau yang turut melahirkan rasa kesal ekoran terdapat dua orang guru tempatan yang berkhidmat di situ telah diberhentikan perkhidmatannya kerana mereka ini adaalah guru sandaran.

“Ini telah mengakibatkan murid-murid di sekolah itu tidak dapat bersekolah dan sekolah terpaksa ditutup,” katanya.

Bung Moktar menjelaskan ini telah menafikan dasar Kementerian Pelajaran itu sendiri yang mana pihak kementerian telah memilih guru-guru dari luar yang kadang-kadang sukar untuk berkhidmat di situ.

“Kementerian perlu selesaikan masalah ini dengan segera kerana kita tidak mahu anak-anak di Kampung Inarat itu tidak dapat bersekolah dan tertinggal dari pelajaran mereka yang sepatutnya,” katanya.

Sementara dari itu dalam lawatan ke sebuah sekolah lagi, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, demikian juga SK Balat yang mana sekolah itu masih melaksanakan pembelajaran mereka di bawah bangunan sekolah berkenaan.

“Ini dilihat adalah tidak amat sesuai dan pihak berwajib perlu melihat permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata satu lagi masalah di SK Balat ini di mana sistem solar yang terdapat di sini tidak berfungsi sejak dipasang lima tahun lalu.

“Saya amat kesal dan ini amat menyukarkan pihak sekolah serta murid-murid yang mengharapkan sistem solar itu dapat dimanfaatkan tetapi tidak pernah beroperasi sejak dipasang,” katanya.

Beliau menegaskan sekiranya pihak kementerian tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan, lebih baik ia mencadangkan agar sistem solar yang ada itu ditutup kerana tidak berfungsi.

“Tiada satu manfaat yang diperolehi oleh pihak sekolah dan murid-murid di sini kerana tiada sebarang sumbangan selepas pembinaan projek solar berkenaan,” katanya. (Utusan Borneo)

9 comments:

  1. I suggest the GSTT be absorb as permanent teachers so that the lack of teachers within the country can be resolved. Many schools still does not have enough teachers, hope that the Ministry of Education will consider this.

    ReplyDelete
  2. Its a shame that the schools have to be closed down due to lack of teachers, the students will not be able to continue with their studies this way.

    ReplyDelete
  3. kerana masalah ketiadaan guru inilah pengambilan GSTT perlu dilakukan bagi atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  4. Masalah utama yang dapat dilihat di sini ialah jalan raya. mohon wakil rakyat berusaha untuk mendapatkan peruntukan untuk naiktaraf jalan supaya guru2 dan pelajar pun mudah dan tidak memakan masa berjam2 untuk datang ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. Harap sistem solar yang sudah lima tahun dipasang dapat beroperasi. tiada gunanya diberi kemudahan kalau tidak diguna dan dimanfaatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada gunanya ada sistem solar, kalau tiada funsi..

      Delete
  6. Maka cadangan memberikan penduduk tempatan yang berkelayakkan perlu diterima bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Lebih baik ambil orang2 Sabah jadi guru2 di Sabah, lebih terjamin sentiasa ada guru yang boleh mengajar.

    ReplyDelete
  8. pihak yang berkenaan tidak patut memandang ringan masalah ini walaupun jumlah pelajarnya tidak ramai.. lakukan apa yang patut..

    ReplyDelete