Friday 4 May 2012

TINGGALKAN UMNO DEMI BANGSA BERMARUAH






JUJUR....Nazmawati sedang meluahkan isi hati dan landasan perjuangannya membela kepentingan rakyat Semporna.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto :SYAHADAH YAHYA

DENGAN dorongan dan galakan kedua ibubapa serta suaminya, Nazmawati Binti Walli telah menceburi arena politik pada tahun 2008 dan memilih UMNO sebagai landasan utama perjuangannya, terutama tugas sibuknya sebagai Setiausaha Cawangan.

Namun selama hampir dua tahun bersama UMNO, beliau mengesan terlalu banyak kepincangan dalam kepimpinan Ketua Bahagian, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Jawatankuasanya; terutama birokrasi dan ketidakadilan dalam pengagehan bantuan yang disalurkan melalui ADUN.

Akibatnya beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO setelah terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada kedua ibubapa serta suaminya, lantaran tidak boleh bertahan lama di dalam UMNO kerana banyak perkara songsang berlaku.

Atas nasihat yang diberikan itu beliau menguatkan tekad dan mengambil keputusan muktamad untuk keluar besama-sama beberapa rakan lainya daripada UMNO dan kemudian menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR) pada tahun 2010 sehinggalah sekarang ini.

"Bukan senang untuk kita menyertai parti pembangkang seperti PKR, yang sememangnya serba serbi kekurangan dana untuk perbelanjaan mengurus parti dan terpaksa mengorbankan wang sendiri semi survival perjuangan untuk menegakkan keadilan," kata Nazmawati.

Nazmawati, wanita Bajau yang dilahirkan pada 8 Januari 1979 di Tawau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains Sosial) dan Ijazah Sarjana Ekonomi Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut Nazmawati, sebelum beliau melangkah lebih jauh ke gelanggang politik, beliau aktif dalam NGO, Tabung Alam Malaysia (WWF) daerah Semporna dan berpeluang menjelajah hampir keseluruhan daerah Semporna.

Hatinya tersentuh melihat mural alam dan kemiskinan yang melanda penduduk kampung yang terletak di pesisir pantai dan pulau yang dinafikan hak asasi dan kemudahan asas sehingga gagal mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan yang merantai mereka sejak zaman berzaman.

"Saya fikir jika kita menyokong UMNO maka mereka akan membantu menaikkan taraf hidup kita, tetapi rupanya kita hanya dijadikan hamba abdi oleh pemimpin dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya," kata Nazmawati yang membidas mutu kepimpinan Shafie dan semua Adun Semporna yang tidak mempunyai visi.

Namun setelah berada di pihak pembangkang, azam dan tekadnya hanya satu iaitu ingin membela nasib rakyat yang terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara dan membasmi kemiskinan yang gagal dilaksanakan BN kerana kronisme dan rasuah yang membudaya.

“Biarlah saya berterus terang, DUN Sulabayan terlalu daif. Sebagai contoh, Jeti Umum untuk kegunaan ke Pulau Bum-Bum, sebahagiannya sudah usang dan tidak ekonomi dibaiki, namum wakil rakyatnya langsung tidak memperdulikan kebajikan rakyat dan pelancong," kata Nazmawati lagi.

Malah katanya, projek pemasangan lampu jalan di Kampung Simunul adalah Projek Gajah Putih dan membazirkan wang rakyat kerana hanya tiang yang terpacak berdiri menongkat langit, tetapi projek yang tergendala sejak dua tahun lalu, gelap gelita di waktu malam.

Manakala Kompleks Komuniti seperti Pasar Ikan, Pasar Sayur, Pasar Umum dan sebagainya, kata Nazmawati langsung tidak dipedulikan sehinggakan berbilion ringgit yang dicurahkan ke Semporna tidak kelihatan langsung dan hanya masuk ke kocek Ahli Parlimen dan Wakil Rakyatnya.




HIASAN.....Projek 'Janji Terang Bulan' di Kampung Simunul ini hanya untuk mengisi kocek pemimpin BN.

Bintangnya di dalam PKR semakin cerah kerana pada 24 April 2012, beliau telah dilantik sebagai EXCO Wanita Pusat PKR dan Timbalan Ketua Sri kandi Negeri Sabah, Ketua Sri Kandi Cabang Semporna dan Setiausaha Jentera Gerakan PRU 13 Cabang Semporna.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Pucuk Pimpinan Pusat PKR kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menerajui kepimpinan PKR di Semporna. Saya dengan tulus ikhlas berikrar akan berjuang berhabis-habisan menentang kemungkaran BN," kata Nazmawati lagi.

Nazmawati turut menyerahkan kepada PKR Pusat untuk memilih siapakah calon yang layak untuk menentang semua calon yang bakal ditonjolkan BN kerana meyakini apa kemarahan mula membara untuk menafikan cengkaman BN sejak merdeka; terutama menghilangkan Dinasti Sakaran dan Shafie Apdal dari muka bumi.

11 comments:

  1. PKR Sabah pun byk kepincangan, kerana itu ramai ahlinya keluar.

    ReplyDelete
  2. Lain orang lain pandangannya. Terserahlah mau ikut parti apa sekalipun.

    ReplyDelete
  3. They are free to join any at anytime they want..

    ReplyDelete
  4. Kalau dah tidak sehaluan, lebih baik keluar dan mencari nasib lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu famous jadi ceritalah jalan hidup politiknya..

      Delete
  5. Perkara ini perlu dibetulkan bagi memastikan tidak ada pembaziran dibuat oleh kerajaan. Sudah sampai masanya penduduk Semporna menilai sendiri bagaimana dengan pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  6. Setiap orang ada penilaian mereka sendiri. Maka kita tidak boleh salahkan sesiapa itu terpulag dengan diri kita untuk menyertai mana parti yang kita percaya.

    ReplyDelete
  7. Perlu tanya Shafie mana tu duit peruntukan...

    ReplyDelete
  8. kenapa Nazmawati tidak tampil membetulkan kepincangan dalam kepimpinan umno Sabah?? beliau yang berada dalam parti itu patut bertanggungjawab dan berusaha menguatkan parti dari dalam, bukannya ambil jalan mudah iaitu lepas tangan.. atau Nazmawati sebenarnya menunggu jika ada apa2 durian runtuh sepanjang dua tahun berada dalam umno??

    ReplyDelete
  9. kalau tengok kepada perenggan2 akhir, nampak sangat Nazmawati sebenarnya mahukan jawatan atau mahu dicalonkan.. tapi berselindung disebalik kononnya kepincangan dalam umno..

    ReplyDelete
  10. Nazmawati yakinkah bahawa pemimpin2 PKR mengorbankan wang sendiri demi survival perjuangan untuk menegakkan keadilan?? sedangkan kos guaman adun seri muda pun ditanggung menggunakan dana awam kerajaan negeri selangor, inikan pula hal2 parti??

    ReplyDelete