Monday 14 May 2012

TNB LEPAS TANGAN DALAM INDUSTRI TENAGA?




Oleh : CHANG SHAK HUNG

LAWATAN Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato Seri Peter Chin Fah Kui dan rombongannya ke Sandakan baru-baru ini, telah menyedarkan kita betapa seksanya penduduk di Sandakan yang sering berhadapan dengan permasalahan bekalan elektrik.

Walaupun telah memberikan khabar gembira yang melibatkan peruntukan sebanyak RM49.2 juta untuk melaksanakan projek memperbaiki dan mempertingkatkan bekalan elektrik di daerah Sandakan, namun persoalan yang timbul adalah berkenaan peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada penduduk Sandakan.

Satu surat telah dikirimkan melalui faksimili kepada Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh untuk mendapatkan penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab TNB dalam membantu penduduk di Sabah khususnya di Sandakan.

Kandungan surat ini juga telah menyentuh bahawa setiap kali berlakunya gangguan bekalan elektrik, kerajaan dan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sentiasa dipersalahkan; padahal TNB yang telah memegang kepentingan SESB sebanyak 80%, sepatutnya memberikan perkhidmatan tanpa bergantung kepada peruntukan kerajaan, memandangkan TNB merupakan sebuah syarikat yang berasaskan keuntungan yang juga disenaraikan di Bursa Malaysia.

TNB yang mempunyai aset bernilai RM71.4 billion dengan bilangan pekerja sebanyak 28,000 orang, sepatutnya memberikan tumpuan yang khusus dan lebih dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada Sabah dan bukannya mengaut keuntungan sebanyak 80% semata-mata.

TNB yang pernah memenangi anugerah “The Prime Minister’s Industry Excellence Award” pada tahun 2007 dan berada di tempat ke-100 daripada 250 syarikat tenaga di seluruh dunia pada tahun 2008, namun apa yang menghairankan adalah kesemua permasalahan bekalan elektrik yang timbul, seolah-olah hanya menunggu peruntukan daripada kerajaan?

Persoalannya, kenapa sebuah syarikat utiliti tenaga yang berasaskan keuntungan perlu bergantung dengan peruntukan beratus juta ringgit daripada kerajaan? Adakah ini bermakna, semua peruntukan adalah diperolehi daripada duit kerajaan tanpa TNB perlu membelanjakan sesen pun kecuali membayar gaji pekerja?

Oleh yang demikian, pada asalnya peruntukan yang diberikan kepada Sabah untuk menaiktaraf utiliti tenaga oleh kerajaan sepatutnya disambut dengan gembira, namun apa yang mendukacitakan adalah sepatutnya TNB membelanjakan perbelanjaan memandangkan rakyat di seluruh Malaysia adalah pembayar bil elektrik kepada TNB.

12 comments:

  1. TNB should spend the allocations from the government to upgrade and improve their services to the people.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The Sandakan folks deserve better electrical service after many years of inadequate electric supply.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. masalah elektrik bukan saja sering berlaku di Sandakan, tapi juga seluruh Sabah. seharusnya TNB biarkan SESB bergerak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. SESB sepatutnya diberi kebebasan untuk bergerak sendiri dan bukan dikawal oleh TNB.

      Delete
    2. jika SESB tidak dikawal, pasti masalah elektrik di Sabah dpt diselesaikan.

      Delete
  4. TNB perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada penduduk@rakyat Sabah. Lagipun kewangan tidak menjadi masalah utama buat mereka.

    ReplyDelete
  5. Kalau TNB tidak dapat urus semuanya dengan baik, kembalikan saja SESB kepada Sabah.

    ReplyDelete
  6. Tidak adil jika semua salahkan SESB saja padahal mereka juga sudah cuba buat yang terbaik. Kena pantau kegiatan curi kabel, sambungan elektrik haram yang merupakan salah satu punca mengapa masalah elektrik sering berlaku.

    ReplyDelete
  7. Kita harap dengan peruntukkan yang ada ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ini.

    ReplyDelete
  8. Users satisfied must be considered.

    ReplyDelete
  9. bermakna TNB tidak sepatutnya mempunyai masalah kewangan untuk melaksanakan kerja2 menaiktaraf atau menyelengarakan perkhidmatan bekalan elektrik di negeri ini memandangkan mereka mempunyai kekuatan kewangan bukan sahaja hasil dari peruntukkan kerajaan malah dari kutipan bayaran pengguna..

    ReplyDelete