Saturday 12 May 2012

TRIBUNAL DAPATI BUSH, TUJUH LAIN BERSALAH




KUALA LUMPUR : Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT) mendapati bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan tujuh sekutu beliau bersalah bagi tuduhan 'melakukan jenayah penderaan dan jenayah perang'.

Ketujuh-tujuh mereka ialah Dick Cheney, Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat; Donald Rumsfeld, bekas Setiausaha Pertahanan; Alberto Gonzales, yang pernah menjadi penasihat kepada Presiden Bush; David Addington, dahulunya Ketua Penasihat Kepada Naib Presiden; William Haynes, Bekas Ketua Penasihat Kepada Setiausaha Pertahanan; Jay Bybee, bekas Penolong Peguam Negara; dan John Yoo, Bekas Timbalan penolong Peguam Negara.

Dengan sebulat suara, Bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, yang mengetuai kuorum tribunal memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

"Dengan ini kami mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan," kata Hakim Lamin.

Empat hakim lain dalam panel terdiri Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Prof Salleh Buang dan Mohd Saari Yusuf.

Panel membuat keputusan setelah mendengar keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah pihak pendakwaan dan pihak pembelaan.

Perbicaraan berlangsung empat hari bermula 7 Mei, dengan mendengar keterangan daripada tiga saksi manakala dua saksi memberi keterangan secara akuan bersumpah.

Prof Gurdial Singh Nijar mengetuai pasukan pendakwaan manakala Jason Kay Kit Leon yang dilantik selaku 'amicus curae' (rakan mahkamah) bagi mewakili pihak tertuduh.

Kelapan-lapan tertuduh didakwa melakukan jenayah penderaan dan bahawa mereka dengan sengaja mengambil bahagian dalam merangka dan mengeluarkan perintah dan arahan eksekutif dengan membelakangkan konvensyen dan undang-undang antarabangsa iaitu Konvensyen Terhadap Penderaan 1984, Konvensyen Geneva 1949, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu, berhubung perang yang dilancarkan Amerika Syarikat dan yang lainnya ke atas Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada Mac 2003. (Bernama)

7 comments:

  1. What sort of actions will be taken against the 7 convicted?

    ReplyDelete
  2. We should just wait and see what else will happen next.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. jadi kenakan hukuman yang setimpal terhadap Bush dan sekutunya.

    ReplyDelete
  4. Bekas presiden pun dikenakan tindakan. memalukan bagi seorang pemimpin negara. mesti rakyat pun hilang rasa hormat.

    ReplyDelete
  5. Adakah keputusan tribunal ini mampu membawa Bush dan sekutunya dihadapkan ke mahkamah?

    ReplyDelete
  6. Kita harap kes ini akan dapat diselesaika secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  7. ba kalau begitu, jangan tunggu lama.. bawa terus mereka ke mahkamah antarabangsa untuk menerima hukuman..

    ReplyDelete