Tuesday 1 May 2012

TUNTUTAN GAJI MINIMUM RM1,500





Oleh : KOH JUN LIN

SERAMAI kira-kira 700 orang menyertai perarakan di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini dalam perhimpunan tahunan Hari Buruh dengan mesej utama, gaji minimum yang diumumkan Perdana Menteri semalam tidak memadai.

Kumpulan itu mendesak supaya kadar gaji minimum ditetapkan pada kadar RM1,500 dan bukan hanya RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawah.

Kumpulan berpakaian merah itu berarak dalam suasaran meriah sambil memukul gendang dan melaung slogan untuk menuntut "gaji minimum RM1,500."

Selain itu, kumpulan itu juga menyuarakan tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil, menghentikan diskriminasi ke atas pekerja wanita dan eksploitasi ke atas pekerja asing.

Turut disuarakan ialah tuntutan untuk pendidikan percuma dan supaya kerajaan mengawal harga barang keperluan.

Sebanyak 14 tuntutan itu dinyatakan dalam risalah dinamakan Deklarasi 1 Mei 2012 yang diedarkan kepada orang ramai semasa perarakan itu.

Deklarasi itu disokong 58 NGO dan parti politik termasuk Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (Nube), PKR, PSM dan Dewan Pehimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagaimanapun, presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Khalid Atan yang ditemui di perhimpunan itu berkata, dasar yang diumumkan kerajaan itu memadai buat masa ini.

Katanya jumlah itu bukanlah sesuatu yang akan dikekalkan buat selama-lamanya tetapi akan disemak semula setiap dua tahun. (MKINI)

10 comments:

  1. gaji minimum dah ditetapkan, ada lagi tak puas hati dan minta lebih tinggi. minta pun ikutlah keadaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah dia..sudah dibagi peha mau lagi betis.memang susah puaskan hati semua pihak.

      Delete
  2. Tidak habis2 dengan perhimpunan.

    ReplyDelete
  3. Minta gaji RM1,500. Mampukah majikan mereka beri? Majikan yang mebuat keuntungan banyak, boleh la. Bagaimana dengan yang sedikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1500 akan diberi sekiranya layak. Mesti ada kriteria2 yang perlu diteliti.

      Delete
  4. Mungkin Kerajaan perlu menetapkan gaji minimun mengikut kelayakkan. Contoh.. PMR Gaji minimum adalah RM600, SPM RM800, STPM dan DIP RM1200 dan Degree RM1800..

    Ini bagi keadilan bagi mereka yang mempunyai kelulusan dengan yang tidak ada kelulusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tetapkan gaji mengikut qualification dan pengalaman.

      Delete
  5. ada yang cakap, kesan gaji minimum akan menaikkan harga barang.. dan ada juga yang cakap akan meningkatkan jumlah pengangguran di negara ini..

    ReplyDelete
  6. baik laksanakan dulu gaji minimum rm900 dan rm800.. biar jumlah itu dinaikkan secara berperingkat2.. kalau bagi rm1500, banyak pula syarikat2 yang mengalami kejutan nanti.. silap2 semua pekerja dibuang dan hanya mengekalkan mana2 yang boleh buat lebih dari satu kerja pula..

    ReplyDelete