Sunday 27 May 2012

UMNO SABAH PERLU MENANG PERANG SIBER



ANGGOTA BN perlu sentiasa bersiap sedia untuk menangkis pembohongan dan propaganda pembangkang yang merosakkan pemikiran rakyat menerusi alam maya.

Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Said berkata pembangkang akan menggunakan apa jua cara untuk menghasut pemikiran rakyat khususnya golongan muda melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.

"Kita sekarang berhadapan dengan perang siber dan kita perlu memenangi peperangan ini," katanya pada perasmian Bengkel Cyber Troopers Pemuda BN Sabah di Kota Kinabalu malam tadi. Bengkel tiga hari yang akan berakhir esok itu disertai 80 orang.

Sehubungan itu, beliau meminta anggota BN melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu ketika berhadapan dengan masyarakat untuk menjelaskan usaha-usaha BN dalam membantu rakyat dan membangunkan negara.

"Masyarakat sekarang semakin matang dan mampu menghargai keikhlasan dan usaha yang telah dilakukan kerajaan BN," katanya.

Mohd Salleh berkata anggota BN juga perlu memberi penjelasan yang tepat bagi memikat hati rakyat dan menarik kepercayaan golongan muda.

Ramai anak muda kurang memahami atau kurang mengetahui usaha yang dijalankan oleh BN akibat lambakan maklumat palsu yang diperoleh melalui Internet, katanya. (Bernama)

21 comments:

  1. Anak muda kena bijak menilai dan tidak melihat sesuatu perkara dari sudut yang sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemudahan arus teknologi memudahkan maklumat disampaikan terutama melalui alam maya, namun tidak semua itu benar, kita perlu bijak dalam menilainya.

      Delete
  2. Arus teknologi sudah membawa 'peperangan' politik di alam maya.

    ReplyDelete
  3. pada masa ini perang cyber begitu sengit, BN perlu bijak dalam menghadapi perang ini.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin kena up to date dan aktif dengan ruang2 siber.

    ReplyDelete
  5. Cyber can help and ruin a party.

    ReplyDelete
  6. Transmission of info via cyber are really helpful.

    ReplyDelete
  7. Maklumat dari cyver harus dinilai sama ada boleh dipercayai atau tidak.

    ReplyDelete
  8. Banyak maklumat yang telah manipulat, harus berhati-hati semasa membaca. Jangan pula teramat mempercayainya.

    ReplyDelete
  9. Itu sudah semestinya UMNO perlu sedar yang mana Pembangkang kebanyakkan memainkan isu mereka didalam siber. Maka UMNO perlu menepis semua ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Strategik peperang berubah mengikut peredaran zaman.

      Delete
  10. Pelaksanaan kerajaan dalam pembangunan adalah lebih penting. tingkatkan prestasi dan tunaikan segala janji.

    ReplyDelete
  11. bukan pembangkang saja yang berhak memanfaatkan kebebasan bersuara di negara ini, malah BN juga berhak menggunakan sebaik2nya kebebasan ini..

    ReplyDelete
  12. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman wants the Sabah Barisan Nasional (BN) Youth to gear up their social media machinery in preparation for the upcoming general election.

    ReplyDelete
  13. “This is because social media has become the best medium for them to interact especially with the younger generation and to know the people’s needs and aspirations,” he said in his speech delivered by Deputy Chief Minister, Datuk Yahya Hussin at the closing of the Cyber Troopers Workshop organised by the Sabah BN Youth.

    ReplyDelete
  14. The three-day workshop at Likas near here was participated by 85 youths including those from Umno. It teaches participants ways to coordinate and update new media units in BN.

    ReplyDelete
  15. Participants also get a better understanding of new media applications such as facebook, Twitter, Youtube, blogs and propaganda techniques.

    ReplyDelete
  16. Yahya, Sabah Umno secretary, also launched the Sabah Umno Youth’s New Media Unit facebook page at the event.

    ReplyDelete
  17. Musa, who is also the Sabah BN chairman, further suggested that Cyber Troopers collaborate with government agencies including the Sabah Institute for Development Studies (IDS) to obtain accurate information, to be disseminated to the people.

    ReplyDelete
  18. Meanwhile, Sabah BN Youth chief Awang Kadin Tang urged members to remain positive against onslaughts by the opposition.

    ReplyDelete
  19. Also present were Sabah BN Youth deputy chief, Mohd. Joh Haji Wid, Sabah Umno Youth New Media Unit chairman, SH Sahar SH Ading, Umno Youth Central Exco, Mohd. Gasing Haji Salleh, and Sabah Umno Youth assistant secretary, Shahelmey Haji Yahya.

    ReplyDelete