Monday 14 May 2012

USNO POHON GUNA LAMBANG SENDIRI



USNO SECARA RASMI POHON PENGGUNAAN LAMBANG SENDIRI 

TUNJUK.....Datu Arifin menunjukan surat permohonan yang dihantar kepada SPR dan Pendaftar Pertubuhan yang masih menunggu kelulusan untuk menggunakan lambang sendiri bagi menyertai pilihanraya ke 13.

PERMOHONAN Parti USNO yang dipimpin oleh Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha, anak kepada mantan Bapa Kemerdekaan Sabah dan pengasas kepada Parti Kemerdekaan Negeri Sabah telah berada di peringkat KDN (Kementerian Dalam Negeri) Kuala Lumpur semenjak Mei 2011 tahun lalu, masih belum mendapat sebarang kelulusan daripada pihak yang berkenaan.
Memandangkan Pilihanraya mungkin diumumkan pada bila-bila masa kerana tempoh kerajaan sekarang hanya tinggal 10 bulan atau kurang setahun, USNO khuatir ROS lambat mengemukakan lambang parti itu kepada SPR.

Jesteru itu, USNO telah mengemukakan Permohonan rasmi supaya Logo USNO dapat didaftarkan sebagai salah satu logo dalam PRU13 bagi mewakili calon-calon USNO pada PRU13 selaras dengan peruntukanUndang-undang dan peraturan Pilihanraya.




USNO yang telah mengumumkan hasratnya untukbertanding dalam Pilihanraya kali ini, bercadang untuk meletak calon-calon mereka antara 20 kerusi dan 22 kerusi dan berharap mendapat jawapan dari SPR dalam tempoh 14 hari.

Permohonan tersebut dibuat selaras dengan Peraturan AKTA SURUHANJAYA PILIHANRAYA 1957, Undang-Undang Malaysia Akta 19 (AktaPilihanraya 1958), Bahagian VI Peraturan Peraturan Pilihanraya yang terkandung dalam Perkara 16, Sub-Seksyen 2 (bb) atau Bahagian VI Peraturan-PeraturanPilihanrayaPerkara 16.2 (bb). (Media USNO)

8 comments:

  1. dah lama USNO menungguh jawapan permohonannya, harap penubuhan USNO semula dpt diluluskan.

    ReplyDelete
  2. Ini permohonan logo sudah ni, penubuhan parti pula sudah diluluskan?

    ReplyDelete
  3. Mungkin ianya adalah satu kesilapan membubarkan USNO suatu ketika dahulu?

    ReplyDelete
  4. Apa pun tunggu saja kelulusan yang akan diberikan kepada USNO ini.

    ReplyDelete
  5. USNO masih lagi belum diluluskan permohonan mereka.

    ReplyDelete
  6. jika parti usno diluluskan oleh ROS, adakah mereka akan bekerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain?? atau sekadar pemecah undi??

    ReplyDelete
  7. baik bekas2 pemimpin usno bergabung saja dengan parti2 pembangkang yang sedia ada di Sabah.. kenapa perlu tubuhkan lagi parti?? adakah bagi usno parti2 pembangkang yang lain mempunyai agenda yang tidak baik untuk negeri ini?? atau pemimpin2 usno ini terlalu tamakkan jawatan kabinet??

    ReplyDelete