Wednesday 16 May 2012

ZAHIDA MASUKKAN WANG TUNAI RM1 JUTA



 

BEKAS pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sebanyak RM100,000... Saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta. Itu nilai paling tinggi," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Terdahulu, Noor Azman mendakwa beliau dan ibu saudaranya 'diganggu' individu yang tidak dikenali selepas direman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan wang pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.

"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi,"dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Nama Noor Azam menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman, 38, pada 13 Mac di Balai Polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.




Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman, Dayangku Intan berkata rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya. (MKINI)

9 comments:

  1. surat saman dari Zahida dan Shafie terhadap Zuraidah telah tiba, sedia ja di mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Noor Azman dipergunakan oleh pihak pembangkang. ada cerita di sebaliknya..

    ReplyDelete
  3. Skandal ni memberi imej negatif pada Shafie apa lagi dekat2 PRU ni. mungkinkah Shafie masih tersenarai sebagai winnable candidate??

    ReplyDelete
  4. Skandal ini sengaja ditimbulkan time2 dekat PRU13.

    ReplyDelete
  5. Hanya Shafie dan Zahida saja tahu statu sebenar mereka.

    ReplyDelete
  6. Setakat ini, hanya kenyataan daripada ex-driver saja. Belum ada bahan bukti baru.

    ReplyDelete
  7. tunjukkan la bukti lain seperti gambar mereka berdua atau resit2 pembayaran atau apa sahaja yang boleh dijadikan bukti bekenaan dengan hubungan mereka..

    ReplyDelete
  8. sia2 saja buat kenyataan media dan berkempen kehulu kehilir menyebarkan isu ini tapi tidak ada tindakan dibuat seperti membuat laporan sprm atau polis..

    ReplyDelete