Sunday 17 June 2012

10 PELAJAR MISKIN TERIMA DERMASISWA BAKTI




TERIMA KASIH…Salah seorang penuntut telah menerima sumbangan derma Bakti daripada Lindai Lee

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto: SAFFIE S JUMADI

SERAMAI 10  orang penuntut  daripada sembilan buah sekolah menengah di Sandakan iaitu SMK Sandakan, SMK  Pangiran Galpam, SMK Muhibbah, SM Sung Siew, SM  St Michael, SM  Tiong Hua, SM Vokasional, SM St Marys dan SM Cecilia Convent masing-masing menerima sumbangan Dermasiswa  daripada  BAKTI Sandakan.

Pengerusi Biro  Bencana Alam BAKTI, Datin Dr Lindai Lee, Isteri kepada Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong telah menyampaikan sumbangan tersebut yang dilangsungkan di Bilik Gerakan pejabat Parlimen Sandakan baru-baru ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr  Lindai Lee antara lain menjelaskan tujuan memberikan sumbangan tersebut kepada 10 pelajar berkenaan ia adalah untuk membantu pelajar cemerlang dalam peperiksaan; di samping  itu juga membantu kepada keluarga pelajar yang terdiri daripada golongan miskin tegar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka.

Lindai Lee berkata, ini sudah menjadi amalam kepada badan BAKTI bagi menghulurkan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada mana-mana pihak yang amat memerlukan kerana ini merupakan acara aktiviti-aktiviti tahunan BAKTI.

Katanya, dalam tempoh 4 tahun ini, BAKTI telahpun berjaya menghulurkan derma seumpama itu kepada 70 orang pelajar dan ada yang sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dalam dan luar negeri.

Dr Lindai menambah,  setiap  seorang penuntut menerima dermasiswa tersebut dua kali dalam setahun. Pusingan  pertama menerima sebanyak RM600 dan pusingan  kedua jumlah yang sama dan kesemuanya berjumlah RM1,200.

"Saya harap kepada pelajar yang sudah menerima bantuan tersebut, gunakanlah sebaik-baiknya derma itu dan jangan disalah gunakan. Belilah barang-barang keperluan sekolah  sahaja seperti buku, baju seragam dan kasut. Sementara  pelajar yang belum mendapat bantuan seumpama ini, diharap bersabarlah dan belajarlah rajin-rajin. Peluang dan rezeki  tidak akan  pergi ke mana-mana jika ada keinginan,” pesannya.

7 comments:

  1. Sekarang ni tidak susah sudah lanjutkan pelajaran walaupun kurang berkemampuan sebab ada biasiswa, pinjaman, baucer buku dan macam2 lagi la.

    ReplyDelete
  2. Harap apa pihak lagi yang tampil cuba untuk membantu pelajar untuk meneruskan pendidikkan mereka.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan memang prihatin.

    ReplyDelete
  4. Kita patut menyokong usaha kerajaan yang baik kepada rakyatnya. Ini demi kebaikkan kita sendiri juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti kerajaan bersedia membantu para pelajar yang pintar tapi berasal dari keluarga susah.

      Delete
  5. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita2

    ReplyDelete
  6. syabas kepada BAKTI.. teruskan berbakti kepada pihak yang benar2 memerlukan perhatian atau bantuan..

    ReplyDelete