Tuesday 19 June 2012

1AZAM SEJAHTERAKAN RAKYAT SABAH




TERTARIK.......Saidin (dua kanan), Yassin (dua kiri) dan Nordin (kanan) tertarik dengan hasil tangan peserta Kursus Kemahiran Seni Kreatif Kraftangan Tradisional Program 1Azam di Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT:Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya termasuklah usaha-usaha pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar khususnya kepada masyarakat di kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun berkata, pelbagai bentuk program yang dilaksanakan oleh agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan amatlah dialu-alukan demi merealisasikan matlamat kemiskinan tegar sifar, seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

“Saya berharap agar semua jabatan dan agensi kerajaan serta NGO yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan keikhlasan supaya matlamat yang dihasratkan daripada program murni ini akan dapat dicapai dengan jayanya agar isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini menikmati faedah daripada program ini, sekaligus berupaya mendorong mereka untuk lebih berdikari dan menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Azizah berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan dan penyampaian sijil Kursus Kemahiran Seni Kreatif Kraftangan Tradisional Program 1Azam di Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah, Beaufort di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Saidin Musih.

Hadir sama Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Bahagian Beaufort, Yassin Omar dan Pegawai KBSS Daerah Beaufort, Nordin Ismail an Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan, Safwan.

Seramai 20 peserta yang mengikuti kursus lima hari anjuran KBSS itu menerima sijil yang disampaikan Saidin.

Azizah yang juga Adun klias itu berkata peruntukan RM40 juta yang disalurkan untuk menjayakan program 1 Azam di Negeri Sabah, memberi banyak peluang serta potensi besar yang akan menanti kumpulan isi rumah berpendapatan rendah di negeri ini.

“Kepada rakyat yang akan menikmati program ini, pergunakanlah peluang yang telah disediakan oleh kerajaan ini dengan sebaik mungkin untuk membantu diri sendiri dan juga keluarga meningkatkan taraf hidup sedia ada.

“Ini kerana kerajaan tidak akan selamanya dapat membantu rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik sekiranya rakyat sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan, terutamanya peluang-peluang berupa peningkatan pendapatan seperti Program 1 Azam ini,” katanya.

Beliau juga mahu semua pihak yang terlibat sama ada dalam Program 1 Azam mahupun program-program peningkatan pendapatan yang lain haruslah bergerak bersama-sama serta saling bantu-membantu demi memastikan usaha kerajaan membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk seluruh lapisan rakyat di negeri dan negara ini mencapai matlamatnya.

“Kerajaan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semua program peningkatan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah di negeri ini.

“Kerajaan Negeri Sabah juga akan terus berusaha memastikan semua kelompok masyarakat di negeri ini dapat mengecapi nikmat pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan,” katanya.

26 comments:

  1. penduduk harus gunakan peluang yang ada untuk tingkatkan tahap hidup mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sesekali biarkan diri dibelenggu fitnah.

      Delete
    2. Rakyat sendiri juga harus berusaha.

      Delete
  2. Kerajaan bagi program dan latihan, yang selebihnya terserah pada rakyat. jangan tunggu 'nasi disuapkan ke mulut'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat...selebihnya rakyat yang perlu berusaha..

      Delete
    2. Rakyat harus bersyukur dengan bantuan yang di beri oleh kerajaan.

      Delete
  3. 1Azam has helped thousands of villagers in achieving a better life.

    ReplyDelete
  4. Thanks the government for such an opportunity.

    ReplyDelete
  5. 1Azam ni memang bertujuan untuk membantu rakyat dalam meningkatkan kualiti hidup.

    ReplyDelete
  6. Bagus jugalah. Dengan adanya usaha sebegini dapat juga basmi kemiskinan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Harap kerajaan akan meneruskan lagi usaha untuk menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan pasti akan meneruskan usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat..

      Delete
  8. rakyat haruslah mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kemahiran diri dan mengubah taraf kehidupan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha masing-masing amat diperlukan. Tidak mungkin perubahan akan terjadi tanpa usaha.

      Delete
  9. Even though they get 1Azam's help, they need to have their own initiative to improve their standard of living.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan akan sentiasa memastikan rakyat tidak terbiar dan program sebegini pasti akand apat menbantu rakyat.

    ReplyDelete
  11. Pelbagai usaha telah dibuat oleh kerajaan untuk memastikan penduduk mendapat kepentingan daripada usaha yang dibuat oleh kerajaan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Syukurlah kerajaan memberi perhatian kepada rakyat.

    ReplyDelete
  13. Rakyat sendiri juga harus berusaha dan tidak teramat bergantung kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Mereka yang berhasrat untuk membaiki kehidupan, harus juga menyerti program kerajaan yang sering mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  15. program yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan memang baik dan haus diteruskan.

    ReplyDelete
  16. individu sendiri juga perlu sentiasa berusaha untuk majukan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, selain daripada usaha kerajaan, individu juga perlu berusaha gigih untuk berjaya.

      Delete
  17. kesungguhan semua pihak dapat membantu untuk membasmi kemiskinan.

    ReplyDelete
  18. memang benar kerajaan telah menyediakan banyak peluang untuk rakyat meningkatkan taraf hidup mereka, namun masih ramai lagi rakyat yang tidak mengetahui wujudnya program2 bantuan kerajaan seperti 1AZAM ini.. oleh itu, lebih baik kerajaan melalui wakil rakyat dan juga pemimpin2 diperingkat kampung berusaha menyampaikan segala maklumat berkenaan dengan bantuan2 yang disediakan oleh kerajaan kepada penduduk kampung..

    ReplyDelete