Monday 11 June 2012

20 AKAUN INDIVIDU DIKAWAL OLEH ANWAR




KUALA NERANG : Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan 20 akaun individu bernilai RM3 bilion, yang dikawal oleh Ketua Pambangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda Umno Kedah Badrol Hisham Hashim berkata laporan polis itu dibuat bagi mendesak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat sumber wang yang begitu banyak dan ke mana hilangnya wang tersebut.

"Ini satu kes yang sangat serius dan perlu diambil perhatian segera oleh kerajaan dan perlu siasatan rapi," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di sini Ahad.

Beliau berkata siasatan mesti dibuat bukan sahaja terhadap Anwar, sebaliknya 20 individu lain juga perlu disiasat.

"Dengan terbongkarnya isu ini, rakyat boleh lihat dan nilai sendiri siapa Anwar yang sebenar. Anwar juga perlu membuat penjelasan tentang isu ini supaya rakyat tahu apa yang telah beliau lakukan," katanya. (Bernama)

10 comments:

  1. Hopefully this allegation that Datuk Anwar Ibrahim is controlling 20 individual accounts worth RM3 billion can be investigated by the authorities.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa agaknya 20 individu tersebut yang terlibat?

      Delete
  2. Any allegations should not be dismissed easily, Anwar should also give explanation regarding the cover up on the losses from Bank Negara.

    ReplyDelete
  3. Pembangkang pun ada juga skandal macam ni. Perkara ni diharap disiasat dengan lebih teliti. hairan kenapa Anwar mengawal 20 akaun individu tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang yang sentiasa memerangi skandal pun ada skandal.

      Delete
  4. hal ini kena disiasat, nilai aset dari 20 akaun tersebut bukan sedikit.

    ReplyDelete
  5. Benarkah mengenai perkara ini. Rasanya tidak mustahil perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini perlu disiasat. Anwar tidak boleh lari dari undang2.

      Delete
  6. nanti bila Anwar jadi PM, dia akan kawal dana kerajaan untuk kepentingan dia pula..

    ReplyDelete
  7. Anwar sememangnya telah kaya ketika menjawat jawatan TPM dan menteri kewangan.. sebab itu dia mampu bayar hampir rm10 juta kos guaman bagi kes liwat beliau..

    ReplyDelete