Friday 22 June 2012

22 PELACUR DISELAMATKAN




DISELAMATKAN… antara 22 wanita yang berjaya diselamatkan oleh Imigresen.

KOTA KINABALU: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah menyelamatkan 22 wanita dari Filipina yang dipercayai diperdagangkan oleh satu sindiket pelacuran di Penampang, dekat sini petang Selasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Mohammad Mentek berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 35 tahun itu diselamatkan dalam serbuan antara pukul 1.30 dan 2.30 petang di dua rumah hasil intipan selama sebulan selepas menerima maklumat orang awam.

Beliau berkata kesemua wanita itu tidak mempunyai dokumen dan mereka dibawa masuk ke Kota Kinabalu menerusi jalan laut dari Lahad Datu dan Sandakan dengan dijanjikan pekerjaan sebagai pelayan restoran di negeri ini.

“Setelah diperdaya oleh sindiket itu dan diugut menggunakan kekasaran, kesemua mangsa dipaksa menjalankan aktiviti pelacuran bagi membayar balik kos pengangkutan mereka ke sini,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Mohammad berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang rakyat Filipina berusia 38 tahun yang bertugas sebagai pemandu menghantar wanita terbabit ke hotel dan salon yang dijadikan sebagai transit.

Beliau berkata pihaknya juga menyita sebuah kereta Proton Saga yang diguna untuk membawa kumpulan gadis berkenaan.

Mohammad berkata siasatan awal mendapati kebanyakan gadis itu telah berada di sekitar negeri ini untuk tempoh sebulan hingga lima bulan.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti tiga lelaki tempatan yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.

“Ini merupakan kes kedua di bawah Akta Anti Pemerdagangan (ATIP) di Sabah, selepas kejadian pertama di Tawau yang melibatkan sembilan warga asing diperdagangkan,” katanya.

8 comments:

  1. Replies
    1. Sabah recorded 31 cases of human trafficking involving 87 victims between 2008 and 2011, among the lowest in the country. The 87 victims constitute only 9% of the total national figure of human trafficking between 2008 and 2011. 9% is only a small figure but it is still a transnational crime with drugs topping the list followed by human trafficking and smuggling.

      Delete
  2. Memang perlu rondaan dan siasatan yang kerap di Penampang ni sebab bukan saja aktiviti pelacuran malah kegiatan perjudian juga semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  3. Wanita jangan mudah terpedaya dengan ejen-ejen pekerjaan yang menawarkan pekerjaan di luar negeri/negara yang menjanjikan tawaran2 menarik seperti gaji, pelbagai bonus dsbg..

    ReplyDelete
  4. Inilah bila dijanjikan pelbagai perkara manis-manis mendorong mereka ini terpedaya.

    ReplyDelete
  5. Human trafficking semakin parah dan membimbangkan.

    ReplyDelete
  6. siapa la orang tempatan tu ya.. bikin malau orang sabah saja..

    ReplyDelete
  7. pihak imigresen dan polis Marin perlu juga membuat rondaan di kawasan2 perairan yang menjadi laluan mereka untuk sampai ke negeri ini..

    ReplyDelete