Saturday 30 June 2012

222 AHLI PARLIMEN LAHIRKAN PENJENAYAH?




Saudara Pengarang,

PENINGKATAN kes jenayah rogol, rompak dan bunuh di Seluruh Malaysia, terutama di Lembah Kelang secara mendadak mungkin tidak memberi kesan kepada 222 Ahli Parlimen Malaysia yang telah menyebabkan Kerajaan Malaysia begitu rapuh dan tidak berdaya mempertahankan rakyatnya daripada segala jenis jenayah.

Penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman telah dikenalpasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah kerana ramai 'penjenayah' yang selama ini dikurung, telah dibebaskan tanpa syarat.

Bayangkanlah jika lebih 2,000 penjenayah tegar termasuk pembuat bom, perompak, pengedar dadah dan pengkhianat negara yang ditahan di Kemunting dan Simpang Renggam bakal dibebaskan tidak lama lagi oleh Menteri Dalam Negeri; adalah hasil desakan semua Ahli Parlimen yang telah bertungkus lumus membahas untuk melupuskan 'Tongkat Sakti' kerajaan iaitu kuasa mempertahankan diri daripada ancaman subversif seperti ISA dan sebagainya.

Malangnya sebahagian daripada 2,000 penjenayah yang bakal dibebaskan sudah pastinya tidak akan diterima dalam sistem sosial masyarakat dan terpaksa menjadi 'Bom Jangka' yang mengancam keselamatan negara.

Betapa berisikonya hidup di Malaysia jika penjenayah yang terkurung selama beberapa tahun dan bercampur dengan penjenayah lain berada dalam masyarakat tanpa sebarang kawalan?

Mungkinkah akan terjadi 2,000 rompakan, 2,000 kes rogol, rompak, samun dan jenayah lain jika 2,000 tahanan berkenaan dibebaskan. Bagaimana perasaan anda jika salah seorang daripada bakal mangsa adalah keluarga tersayang anda?

Jadi, sebelum mengundi pada pilihanraya umum akan datang, berfikirlah secara rasional kerana mungkin wakil rakyat yang anda pilih bakal melahirkan perogol, perompak dan penjenayah kolar putih kerana selama ini mereka terlalu gian menjadi 'polis' dan penyibuk sehingga menghapuskan kuasa polis untuk melakukan tindakan pemantauan dan kekangan.

Terima kasih kepada Peguam Negara, Menteri Dalam Negeri dan semua Ahli Parlimen Malaysia yang telah menyumbang fikiran dan tenaga sehingga penjenayah yang diasingkan selama ini kembali mengancam keselamatan negara.

Sewajarnya, berilah kepakaran kepada polis untuk mengatasi masalah jenayah si Malaysia dan bukannya menyerahkan kuasa polis kepada Ahli Parlimen dan Menteri yang menjadikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai budaya dan sarapan pagi!

Bayangkan jika polis tiada di Malaysia? Siapakah yang akan menjaga keamanan jika semua rakyat asyik berbalah tentang politik dan meletakkan keselamatan mereka di tangan Ahli Politik yang tidak mampu menjaga diri mereka sendiri!

Salam Hormat,

PEMILIH PINTAR

12 comments:

  1. TIDAK LAGI DAPAT DINAFIKAN BERHUBUNG PENINGKATAN DALAM KES JENAYAH DIMALAYSIA. KITA SUDAH MULA RASA TIDAK SELAMAT DINEGARA KITA SENDIRI. PENJENAYAH TIDAK GENTAR DENGAN LAW ENFORCERS......KITA KENA BUAT SESUATU SEKIRANYA KITA MAHU ANAK CUCU KITA HIDUP AMAN DI NEGARA INI. HAPUSKAN PENGKHIANAT YANG SUMBANG KEPADA PENINGKATAN KES JENAYAH. MACAM ADA KAWAN CAKAP BARU BARU INI... KALAU ADA WANG APA PUN BOLEH DI MALAYSIA...FIKIRKAN LAH.... BARANG KES BOLEH HILANG DALAM SIMPANAN POLIS, PENJENAYAH BOLEH LARI DARI LOKAP YANG DIKAWAL KETAT....DAN MACAM MACAM LAGI. BIJAK MENGUNDI UNTUK MASA DEPAN YANG BAHAGIA.

    ReplyDelete
  2. The PDRM have the responsibility to reduce the crime rates within the state.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statistics show an improvement in the Key Performance Indicators (KPI) to reduce crime rates in Sabah

      Delete
  3. Hope to see a safer and more peaceful country in the near future.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. makin byk kes jenayah didengari pada masa kini, ia membimbangkan.. moga SPRM dpt mengawal dan banteras jenayah2 tersebut.

    ReplyDelete
  5. kalau dengar berita jenayah di radio, televisyen atau surat khabar memang tiap hari ada saja tu dan tidak miss pelakunya mesti ada warga asing kan..

    ReplyDelete
  6. Yang ditahan di bawah ISA ni memang berbeza dengan penjenayah biasa.

    ReplyDelete
  7. Walaupun ISA dimansuhkan, kerajaan tidaklah terlalu naif sehingga mahu melepaskan tahanan ISA dengan sewenangnya jika mereka ini merbahaya kepada orang awam.

    ReplyDelete
  8. Kes Jenayah di Negara kita ini tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah yang sederhana saja. Namun itu masih membimbangkan rakyat dengan kehadiran pelbagai jenis jenayah yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. indeks jenayah di Sabah turun 13,29% dalam 6 bulan pertama tahun ini dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. syabas dengan penurunan ini, tapi itu bukanlah jaminan bahawa rakyat Sabah tidak perlu berhati2 atau berwaspada.. jenayah ada dimana2 dan bila2 masa..

      Delete
  10. bagaimana jika semua tahanan ISA itu dibicarakan di mahkamah?? barulah tau samada mereka benar2 bersalah atau tidak..

    ReplyDelete