Friday 15 June 2012

ADUAN BALB KG TINGKAYU TIDAK BENAR




Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada posting di Sabahkini.net bertarikh 7 Jun 2012 dengan tajuk 'Projek NKRA Tingkayu Memalukan'. Antara aduan yang diketengahkan bagi Projek Sistem Bekalan Air Kg Tingkayu adalah catuan bekalan air atau bekalan air yang terputus, masalah meter air palsu, kontraktor atau sub kontraktor tidak bertauliah atau berkelayakan, penggunaan tenaga kerja PATI dan kegagalan menutup semula Iubang di permukaan tanah yang digali bagi pemasangan rangkaian paip air (reservior).

Hasil siasatan oIeh KKLW mendapati bahawa:

i. Catuan bekalan air terpaksa dibuat kerana Jabatan Air Kunak menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih dan bukannya disebabkan oIeh projek sistem bekalan air. Projek sistem bekalan air dijangka akan menyelesaikan isu catuan bekalan air apabila siap sepenuhnya.

ii. Dakwaan meter air palsu tidak berasas sama sekali memandangkan sehingga kini belum ada Iagi kerja-kerja pemasangan meter dan stand metre di kawasan projek.

iii. Dakwaan kontraktor/ subkontraktor tidak bertauliah atau berkelayakan juga tidak berasas berdasarkan strategi perancangan kerja standard dan pemantauan kontraktor/ projek juga sering dibuat.

iv. Siasatan turut mendapati hanya seorang pekerja bukan warganegara yang terlibat dalam projek di mana pekerja berkenaan mempunyai dokumentasi yang sah untuk membolehkannya diambil bekerja.

v. Sehingga kini hanya jalan milik Pejabat Daerah Kunak di Kg Asli sahaja yang teriibat dengan pemotongan jalan. Berdasarkan visual Sabahkini.net menunjukkan kerja pengorekan dan penanaman paip di mana kontraktor telah menutup semula apabila selesai skop kerjandengan menggunakan batu baur halus. KKLW tidak menolak sebab- sebab jalan berkenaan menjadi rosak berdasarkan kadar Ialu Iintas yang tinggi/kerap oleh Iori-Iori besar kelapa sawit, ketiadaan Iongkang/saliran air hujan menyebabkan jalan mudah becak dan bertakung air.

KKLW telah mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat di mana pihak kontraktor bersetuju untuk membuat pembaikan semula dengan meletakkan batu baur di kawasan berlubang dan sekitarnya setelah semua kerja pengorekan selesai.

Kami merakamkan ucapan berterima kasih kepada Sabahkini.net mahupun media massa yang Iain kerana membangkitkan perkara ini yang menunjukkan keprihatinan media terhadap permasalahan rakyat. Secara tidak Iangsung menjadi salah satu saluran maklumat kepada KKLW untuk bertindak dengan Iebih proaktif menyelesaikan sesuatu masalah khususnya dalam memajukan komuniti luar bandar.
Salam Hormat,

SYAJARATUL NADIA BT. SAKIRAN
Unit Komunikasi Korporat
KKLW, PUTRAJAYA

26 comments:

  1. Good for KKLW for clarifying the issue so that the people can gain the necessary information regarding the Water supply system complaints.

    ReplyDelete
  2. Nevertheless, hopefully the related contractors in this project will try to repair the damaged roads soon.

    ReplyDelete
  3. Lain kali buat dakwaan tu kena berpada-pada. silap2 haribulan boleh kena saman.

    ReplyDelete
  4. Yang penting sekarang, semua sudah diperjelaskan dan projek dapat dijalankan dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, perkara sudah jelas dan tidak perlu di perbesarkan lagi.

      Delete
  5. semua dah diperjelaskan dan masalah yang timbul harus segera diselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya tindakan dan aduan telah diperjelaskan.

      Delete
    2. respon yang diberikan dapat menjwab persoalan yang timbul.

      Delete
  6. Jangan membuat aduan jika perkara itu tidak benar, menyusahkan banyak pihak sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak yang membuat aduan yang tidak benar adalah amat tidak bertanggungjawab.

      Delete
  7. Piahk berkuasa harus menyelesaikan masalah yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kontraktor harus bertanggung jawab jiak berlakunya kerosakan semasa projek yang dijalankan.

      Delete
  8. Kontraktor akan menyelesaikan masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  9. Aduan boleh dibuat, yang penting isu dapat diambil perhatian yang wajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua aduan harus diambil berat agar tidak memberi isyarat negatif kepada orang awam.

      Delete
  10. Syabas KKLW mengambil langkah untuk membincang dengan pihak kontraktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, langkah yang dibuat memang wajar dan baik.

      Delete
  11. memang bagus KKLW memberikan penjelasan mengenai pekara ini.

    ReplyDelete
  12. Kerosakan harus diambil langkah yang wajar.

    ReplyDelete
  13. penjelasan telaah dibuat, semoga pihak yang membuat aduan faham keadaan yang berlaku dan boleh terima penjelasan yang dibuat.

    ReplyDelete
  14. Harapkan kontraktor akan selesaikan masalah dan cuba elakkan perkara yang sama berulangi.

    ReplyDelete
  15. Baguslah kalau siasatan dibuat mengenai perkara ini. Harap tidak ada pihak yang cuba memberikan pelbagai berita yang bukan-bukan tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
  16. Those who wants to complain better get the facts right first.

    ReplyDelete
  17. pihak yang membuat aduan yang tidak benar adalah sengaja mencari kesalahan semata-mata.

    ReplyDelete
  18. nah, ada sudah penjelasan dari pihak KKLW.. amacam? puas hati ka tidak?

    ReplyDelete
  19. saya harap pihak KKLW bukan sahaja tampil menjelaskan isu ini, malah tampil membetulkan masalah2 yang dibangkitkan pada kadar yang segera..

    ReplyDelete