Saturday 16 June 2012

ALI HAMSA DILANTIK KSN BARU




Oleh : JAHABAR SADIQ

KUALA LUMPUR : Pegawai kanan kerajaan Datuk Seri Dr Ali Hamsa akan dinamakan sebagai Ketua Setiausha Negara (KSN) minggu depan, menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan bersara pada 23 Jun selepas perkhidmatannya dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak pelantikannya pada 3 September, 2003.

Ali yang berumur 60 tahun itu adalah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di dalam Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa Ali atau Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Professor Datuk Ir. Dr. Zaini bin Ujang akan mengganti Sidek.

“Ali Hamsa akan menjadi KSN yang baru,” sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Pada tahun 2009, Ali dinamakan sebagai ketua pengarah pertama UKAS dan telah dikreditkan dengan menggandakan pencapaian sasaran tahunan sektor swasta pada tahun 2011, di mana ia melompat dari sasaran RM30 milion kepada lebih dari RM65 milion.

Adalah difahamkan bahawa Ali (gambar) telah mendahului beberapa kakitangan kanan kerajaan yang lain, termasuklah ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, untuk menjadi kakitangan kerajaan yang tertinggi di negara ini.

Abu Bakar, yang jabatannya disalahkan kerana peningkatan gaji untuk kakitangan kerajaan yang tidak seragam, adalah dijangka meninggalkan perkhidmatan awam tidak lama lagi.

The Malaysian Insider juga mendapat tahu bahawa Setiausaha Agung Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah telah diberi pelanjutan selama tiga bulan selepas tarikh bersara rasminya pada akhir bulan Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melanjutkan perkhidmatan kakitangan kanan kerajaan menjelang pilihan raya untuk mendapatkan mandat peribadi sejak mengambil alih jawatan tersebut pada bulan April 2009.

Pilihan raya umum hanya perlu diadakan pada tengah tahun 2013 tetapi spekulasi bahawa ia akan diadakan lebih awal telah bertambahan sejak tahun lalu.

The Malaysian Insider telah melaporkan bahawa pilihan raya umum sedang dipertimbangkan untuk diadakan pada bulan November selepas pengumuman Bajet 2013 dan musim Haj.

“Menyimpan anggota kerajaan melebihi umur bersara mereka adalah untuk memastikan kesinambungan. Tetapi dengan pelantikan Ali Hamsa, ini mungkin bermakna pilihan raya akan ditangguhkan sehingga dia membiasakan diri dengan jawatan itu,” kata satu sumber kerajaan, yang juga berkata bahawa ketua setiausha baru itu perlu mengambil alih dan mengawal selia pentadbiran dan allokasi yang diluluskan untuk ahli parlimen minggu ini.

Ali sebelum ini adalah timbalan ketua pengarah program transformasi dan kemajuan nasional di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam Jabatan Perdana Menteri.

Beliau merupakan graduan Universiti Malaya pada tahun 1979 yang memegang ijazah sarjana muda kesusasteraan (kepujian), di mana beliau telah bekerja sebagai tutor selama dua tahun.

Beliau kemudian telah menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1981, dan menjadi penolong pengarah bahagian perdagangan antarabangsa dalam kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sehingga tahun 1985, sebelum menjadi koordinator program di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dari tahun 1986 ke tahun 1992.

Beliau kemudian telah menjawat beberapa jawatan kanan dalam beberapa kementerian dan Jabatan Perdana Menteri.

Ali juga seorang graduan dalam bidang ekonomi dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan mempunyai sijil Ph.D dalam bidang ekonomi alam sekitar dari universiti yang sama pada tahun 1997.

Jawatan KSN sebelum ini, dilantik dari pelbagai agensi dengan Tan Sri Abdul Halim Ali dinaikkan pangkat ke jawatan ini 20 hari selepas dinamakan sebagai setiausaha agung Kementerian Luar Negeri pada tahun 1996.

Tan Sri Sallehuddin Mohamed merupakan ketua pengarah EPU sebelum menjawat jawatan ketua setiausaha negara dari tengah 1984 sehingga 31 Jan, 1990.

Sidek yang berasal dari Perak, juga datang dari MITI di mana dia merupakan setiausaha agung sebelum dilantik menjadi ketua setiausaha negara. Umur bersara untuk anggota kerajaan sekarang adalah 60 tahun tetapi adalah difahamkan bahawa kerajaan akan menawarkan Ali satu kontrak yang sekurang-kurangnya dua tahun untuk jawatan kakitangan kerajaan yang tertinggi itu. (TMI)

8 comments:

  1. tahniah atas pelantikan tersebut, jalankan tanggungjawab dgn baik.

    ReplyDelete
  2. Tahniah. tingkatkan komitmen.

    ReplyDelete
  3. Najib pasti akan mengumumkan tarikh PRU tidak lama lagi. saya rasa memang lepas bajet 2013 diumumkan:)

    ReplyDelete
  4. Lantikkan yang patut diambil sebaiknya peluang ini. Tahniah diucapkan kepada Ali Hamsa.

    ReplyDelete
  5. Semoga dapat berkhidmat dengan telus dan amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkidmatan yang baik pasti mendapat berkat.

      Delete
  6. Laksanakan tanggungjawab dengan amanah

    ReplyDelete
  7. tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa..

    ReplyDelete