Sunday 3 June 2012

AMAH INDONESIA KEMBALI BERTUGAS DI MALAYSIA




KUALA LUMPUR : Berikutan keputusan Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuatkuasa 1 Dis 2011, kumpulan pertama 29 amah Indonesia mula bertugas semula dengan majikan tempatan hari ini.

Wanita dari Jawa Timur yang tiba di Malaysia tiga hari lalu itu diserahkan kepada majikan masing-masing pada satu majlis khas di sini.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) Jeffrey Foo berkata kemasukan semula pembantu rumah Indonesia itu menjadi realiti melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia yang dimuktamadkan November lepas.

Beliau berkata MoU berkenaan lebih menjamin kebajikan amah dari negara jiran itu terutama dalam soal pembayaran gaji dan tugas mereka.

“Sekarang, majikan wajib membuka akaun khas untuk pembantu rumah Indonesia, dan kemasukan gaji akan dipantau bagi memastikan tidak ada unsur manipulasi,” Foo memberitahu pemberita pada majlis itu.

Foo berkata tugas pembantu rumah dihadkan kepada melakukan kerja-kerja rumah sahaja manakala tugas seperti menjaga anak atau warga tua adalah terpulang kepada budi bicara pembantu rumah berkenaan.

“Majikan juga tidak boleh memaksa dan membuat aduan sekiranya amah mereka tidak mahir menjaga anak kecil kerana ia bukan kepakaran mereka,” katanya.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Ditanya tentang cuti, Foo berkata setiap pembantu rumah berkenaan diberi cuti sehari seminggu, dan ia tidak semestinya jatuh pada hujung minggu sahaja.

“Jika mereka ingin bercuti pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), ia perlu mendapat persetujuan majikan terlebih dahulu,” kata presiden PAPA itu.

Bagaimanapun, jika pembantu rumah itu diminta bekerja pada hari mereka bercuti, majikan perlu membayar RM27 sehari dan bayaran tersebut tidak termasuk gaji RM700 sebulan, jelas Foo.

Beliau menarik perhatian bahawa kedatangan kumpulan pertama itu, walaupun bilangannya sedikit, merupakan hasil perbincangan kerajaan dengan pihak berkuasa Indonesia dalam usaha mengisi permintaan bagi mendapatkan pembantu rumah di Malaysia.

“PAPA sendiri menerima kira-kira 3,000 permintaan untuk pekerja domestik dan kedatangan 29 pembantu rumah dari Jawa Timur itu ialah hasil persetujuan bersama kedua-dua negara,” katanya.

Penarikan balik pembekuan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia diumumkan selepas mesyuarat dua hala melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di luar Sidang Kemuncak Asean di Bali pada November 2011. (Bernama)

10 comments:

  1. Glad that Indonesia can continue to work with out country in supplying domestic maids.

    ReplyDelete
  2. Hope that the memorandum will help protect the domestic maid's welfare while working for Malaysian employers.

    ReplyDelete
  3. hrap selepas ini tak ada timbul lagi masalah berkenaan amah.

    ReplyDelete
  4. Lepas ni apa yang akan dikatakan oleh Irene pula ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irene tu lebih baik dia tolong rakyat M'sia daripada pendatang asing

      Delete
  5. Pekerja dengan majikan perlu ada hubungan baik supaya tidak berlaku perkara2 seperti yang pernah terjadi sebelum ni.

    ReplyDelete
  6. Tahu juga Indonesia takut tidak ada peluang pekerjaan kepada amah mereka nanti. Cuba bayangkan cuma Malaysia, Brunei saja yang faham akan bahasa mereka sedangkan amah mereka tidak ramai yang mahir berbahasa English.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Indonesia tidak benarkan amah mereka kerja di M'sia pun ramai juga rakyatnya ke M'sia cari kerja, mungkin ada juga kerja amah. sama juga cerita.

      Delete
    2. si Irene yang cakap Malaysia tidak selamat tu sekadar mahu cover up saja ba tu.. kunun Malaysia ni bergantung dengan tenaga kerja Indonesia, sedangkan mereka la yang bergantung dengan Malaysia untuk memberikan peluang pekerjaan kepada warga mereka yang mana jumlah penduduknya tidak seimbang dengan pembangunan..

      Delete
  7. bilang Malaysia tidak selamat.. tapi masih juga mahu hantar amah ke Malaysia.. Indonesia tidak ada peluang pekerjaan sudah ka??

    ReplyDelete