Sunday 10 June 2012

AMANAH SULAMAN HARGAI KEJAYAAN POLIS TUARAN




ANGKATAN Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Kawasan Sulaman, bagi pihak orang ramai di kawasan ini ingin mengambil kesematan untuk merakamkan penghargaan atas kejayaan pihak polis di daerah ini memberkas tiga daripada empat perompak berbahaya yang telah menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Kota, Tuaran, baru-baru ini.

"Atas Kejayaan polis memberkas perompak-perompak yang terlibat menunjukkan pihak keselamatan telah menjalankan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab, meskipun sebenarnya anggota polis berhadapan dengan pelbagai risiko kerana memburu perompak yang berbahaya dan boleh mengancam keselamatan pihak polis yang bertugas. Atas kejayaan besar memberkas perompak yang berkenaan, maka kita benar-benar memerlukan perkhidmatan polis untuk menjaga keselamatan awam".

Kejayaan pihak polis membuat tangkapan pertama membabitkan seorang suspek dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Dunggang, Tuaran kira-kira jam 11.30 malam selasa lalu. Kesemua tiga lelaki yang berjaya ditangkap itu adalah lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 24, 27 dan 41 tahun dan merupakan penagih dadah (syabu).

Pengerusi AMANAH Kawasan Sualaman, Haji Ghulabdin Enjih yang tinggal di Kampung Kota Tuaran amat gembira atas kejayaan pihak polis di sini memberkas perompak yang menyamun sebuah kedai runcit berkenaan, mengharapkan agar orang ramai terus dan sentiasa menghargai perkhidmatan polis dengan memberikan kerjasama kepada mereka untuk menetukan keselamatan awam agar sentiasa terjaga.

Kecekapan pihak polis yang menerima laporan rompakan itu, kemudiannya menjalankan gerakan memburu semua suspek berkenaan dan hasilnya, tiga daripada mereka telah berjaya ditangkap dalam dua serbuan di Menggatal dan Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip memberitahu polis sedang menjalankan gerakan secara besar-besaran bagi memburu seorang daripada empat perompak berbahaya yang berjaya melepaskan diri daripada ditangkap.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang pada 2 Jun itu, seramai empat lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Kancil berwarna kuning telah pergi ke sebuah kedai runcit di Kampung Kota Tuaran, dengan salah seorang suspek berpura-pura membeli rokok.

"Seorang wanita berusia 20 tahun telah diugut dengan senjata parang samurai oleh seorang rakan suspek sewaktu suspek pertama berada di kedai runcit berkenaan," kata Zaharudin lagi.

"Pada waktu itu, ada seorang lagi rakan suspek masuk ke dalam kedai dan bertindak secara ganas dengan menghantukkan kepala penjaga permis itu ke dinding yang menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Perompak itu kemudiannya melarikan diri bersama sejumlah wang dan dua buah telefon bimbit kepunyaan peniaga kedai berkenaan dengan kesemua perompak meninggalkan tempat itu dengan menaiki sebuah kereta Perodua Kancil yang berwarna kuning," kata Zaharudin ketika memberitahu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran pada selasa lepas.

Haji Ghulabdin menyatakan kejayaan polis amat dihargai kerana berjaya menangkap dua lagi suspek di dua rumah berasingan dan tidak bernombor di Kampung Rampayan Menggatal pada jam 3 pagi pada hari yang sama.

Sehubungan itu, polis sedang memburu seorang lagi suspek yang terbabit dalam rompakan itu yang dikenali sebagai Mohd Afenddy Jamainus, 35, berbangsa Dusun memakai Kad pengenalan bernombor 770415-12-5085 dan beralamat di Kampung Ketiau, Putatan.

Haji Ghulabdin yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kota Tuaran menyatakan pihaknya akan mengambil langkah untuk menubuhkan pasukan skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah supaya  kejadian rompakan seperti itu tidak akan berulang lagi di kampung tersebut.

Jesteru itu, beliau juga mengharapkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang dikehendaki polis agar memberi makluman dengan menghubungi IPD Tuaran menerusi talian 088-794313 atau terus menghubungi Inspektor Mazli Azhar Mohamed menerusi 0179137295.


8 comments:

  1. penangkapan perompak2 tersebut memperlihatkan kecekapan polis dalam membanteras jenayah.

    ReplyDelete
  2. Police and the public must have good cooperation in order to bring down the crimes rate.

    ReplyDelete
  3. Tanggunjawab seorang polis adalah menjaga keamanan dan juga menjaga keselamatan orang awam.

    ReplyDelete
  4. Semoga pihak polis akan meneruskan usaha membenteras jenayah yang berkeliaran diluar sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. State Police Commissioner Datuk Hamza Taib said the percentage represent a decrease of 427 cases out of 2,785 cases recorded this year as compared to 3,212 cases recorded in 2011.

      Delete
  5. crime index in the state capital dropped 13.29% in the first six months of this year as compared to the same period last year

    ReplyDelete
  6. syabas kepada pihak polis.. teruskan usaha membanteras jenayah..

    ReplyDelete
  7. tips berhadapan dengan pencuri, bagi saja apa barang yang dia minta.. lepas mereka keluar, buat saja laporan polis..

    ReplyDelete