Tuesday 12 June 2012

AMANAH WADAH BARU RAKYAT SABAH




PELANCARAN... Bumburing (kelima dari kanan) semasa pelancaran AMANAH Sabah di Sekolah Kian Kok, Kota Kinabalu.

OLEH: KREW SABAHKINI.NET

TAMPARULI : Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kini telah melebarkan sayapnya ke seluruh Sabah akan menjadi wadah memperjuangkan hak-hak yang sepatutnya dimiliki sepenuhnya oleh rakyat bumiputera pelbagai kaum di negeri ini agar setaraf dengan rakyat negeri-negeri lain di negara ini.

Pengerusi AMANAH Negeri Sabah, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tuaran menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sepetang bersama AMANAH di Dewan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) Kampung Molisau Tenghilan dekat sini baru-baru ini.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh AMANAH Ranting Tamparuli turut dihadiri oleh Pengerusi AMANAH Kota Kinabalu, Datuk Herman Tiongsoh; Pengerusi AMANAH Ranting Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih; Ketua Penerangan AMANAH Kawasan Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul; Ahli Majlis Daerah Tuaran, Denis Gimpah, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Tuaran, Jumin Parit dan Pengerusi AMANAH Ranting Tamparuli, Thony Julian

Bumburing menyatakan perjuangan AMANAH adalah murni untuk kepentingan rakyat pelbagai kaum di negeri ini mencakupi beberapa perkara berkaitan hak-hak rakyat tempatan negeri ini yang sehingga kini belum lagi terbela termasuklah dalam soal tanah adat (NCR),isu kewarganegaraan dan isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan pelbagai lagi masaalah ritin seperti perumahan dan kebajikan.

"Meskipun sekian  lama saya telah berjuang dalam kancah politik dan juga merupakan Ahli Parlimen di Tuaran yang sering menyuarakan permasalahan rakyat untuk perhatian kerajaan, namun selantang mana suara yang disampaikan kepada pihak berwajib ia akan mempunyai batas-batas tertentu kerana sebagai ahli dalam pertubuhan politik saya akan dibayangi oleh tatatertib parti  dan terpaksa atur dengan peraturan tersebut.

"Setelah mempertimbangkan sedalam-dalamnya, maka saya mengambil keputusan untuk menyertai Badan Bukan Kerajaan seperti AMANAH agar kebebasan menyuarakan kepentingan rakyat akan dapat dilakukan untuk menentukan masa hadapan rakyat bumiputera di negeri ini dapat diperjuangkan supaya perhatian dan tindakan pihak berwajib dapat dilaksanakan," kata Bumburing.

Beliau menyatakan AMANAH yang kini semakin mendapat sambutan rakyat akan berusaha untuk menubuhkan cabang dan rantingnya di semua kawasan di negeri ini bagi mengumpul lebih ramai ahlinya agar ia menjadi sebuah NGO yang mantap dan kuat untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bumburing juga memberitahu bahawa AMANAH bercadang untuk menjayakan dua projek ia itu menubuhkan Tabung Kebajikan dan Tabung Pendidikan yangmana kedua-dua tabung ini akan diuruskan sepenuhnya oleh sebuah bank dan diharap perlaksanaan kedua-dua projek ini akan memberikan kemudahan kepada ahli-ahlinya  terutama untuk persiapan menghadapi masa tua dan untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka,

Sementara itu Pengerusi AMANAH Ranting Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih yang turut memberikan ucapannya menyatakan perjuangan Bumburing sebagai Ahli Parlimen Tuaran dan juga dalam AMANAH sewajarnya mendapat sokongan padu dari rakyat pelbagai lapisan di negeri ini kerana ia sanggup menyuarkan permasalahan rakyat tanpa menghiraukan kedudukannya sebagai seorang pemimpin dalam kerajaan yang mempunyai banyak saluran lain untuk tujuan itu.

"Saya memang telah mengenali Bumburing sebagai seorang pemimpin yang cukup berpengalaman dan berwibawa, pengalaman beliau menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan termasuklah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sudah cukup membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pejuang tulen yang sanggup membela dan berjuang bersama rakyat dari dahulu sehungga kini. Sehubungan dengan kesediaan Bumburing mendambakan dirinya  kepada rakyat maka  kita harus berdiri teguh di belakangnya agar perjuangan untuk rakyat akan diambil tindakan oleh kerajaan yang ada pada hari ini," kata Haji Ghulabdin yang juga mantan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tuaran.

Dalam pada itu Ketua Penerangan AMANAH Cabang Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul menyambut baik kenyataan yang menyebut AMANAH akan menjayakan penubuhan Tabung Kebajikan dan Tabung Pendidikan yang mana menunjukkan betapa seriusnya pimpinan badan NGO itu yang inginkan rakyat pelbagai kaum di negeri ini mendapat pembelaan sewajarnya.

"Selain memperjuangkan nasib dan hak-hak rakyat bumiputera yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan, AMANAH yang baru sahaja dilancarkan secara rasminya di negeri ini cuba memfokuskan perhatian lebih serius kepada pembelajaran anak-anak terutamanya di kalangan bumiputera di Sabah, kerana kita sedar bahawa persaingan sengit untuk mencari peluang di negeri ini akan berlaku apabila kebanjiran pendatang tanpa izin semakin meruncing dan boleh mendatangkan kesan kepada generasi kita pada masa hadapan di negeri ini," kata Haji Awang Puasa.

Beliau memberitahu AMANAH Tuaran akan mengadakan sesi penerangan kepada penduduk di daerah ini untuk menarik lebih ramai penduduk tempatan menyertai dan menyokong perjuangan AMANAH demi membela kepentingan dan hak dalam pelbagai permasalahan yang masih dihadapi rakyat.

Pada Program Sepetang Bersama Pengerusi AMANAH Sabah yang turut dihadiri oleh kira-kira 200 orang penduduk kampung dan kawasan berhampiran, kaunter pendaftaran sebagai ahli AMANAH yang diadakan telah berjaya mendaftar sebanyak 87 ahli baru dan AMANAH Ranting Tamparuli kini mempunyai ahli yang dianggarkan seramai 1000 orang.

8 comments:

  1. moga Amanah dpt mempertahankan hak2 dan kepentingan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik kalau Amanah ni tidak diterajui oleh orang-orang politik.

    ReplyDelete
  3. Sekarang, apa status Wilfred Bumburing dalam UPKO?

    ReplyDelete
  4. pastikan AMANAH benar2 satu badan bebas yang tidak pro kepada mana2 parti politik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pastikan benar2 bebas daripada pengaruh politik.

      Delete
  5. Dengan kehadiran Amanah ini harap dapat membantu menyuarakan sedikit masalah yang dihadapi oleh penduduk.

    ReplyDelete
  6. Perjuangan Amanah ini mendapat sambutan di Sabah.

    ReplyDelete
  7. Amanah harus bergerak sesuai dengan objektif penubuhannya

    ReplyDelete