Tuesday 5 June 2012

AZIZAH LANCAR KEMPEN AMAL RM1




REPLIKA.....Azizah bersama Rokiah dan belia memasukan replika wang RM1 ketika penyempurnaan majlis pelancaran Kempen Amal RM1.00 From Beaufort to Beaufort di tapak Pasar Malam Up Town.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna sabah, Datuk Azizah Mohd Dun melancarkan Kempen Amal RM1 pada majlis santai bersama belia di tapak mingguan Up Town Beaufort Water Front baru-baru ini.

Kempen amal itu bertujuan mendapatkan kutipan derma orang ramai bagi membiayai kos pembaikan bangunan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan sekolah tadika St John Beaufort.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Saidin Musih; Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan kebajikan Am (JPKA) Beaufort, Rokiah Salleh; Pegawai Kementerian Belia dan Sukan, Daerah Beaufort, Nordin Ismail dan Pengerusi Persatuan Suara Belia Beaufort, Mohd Halbi Abd Hassan.

Pada majlis itu Azizah menyeru orang ramai menyokong kempen amal itu dengan menghulurkan derma RM1 sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada institusi pemulihan dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Walaupun sedikit, sumbangan anda semua amat bermakna justeru itu hulurkanlah derma kerana saya yakin semua kita memiliki wang RM1 dan dengan wang sebanyak itu kita semua mampu untuk menderma sekaligus meyumbang sesuatu kepada masyarakat khususnya di Daerah Beaufort ini,” katanya.

Menyentuh mengenai pasar malam dikenali sebagai 'Up Town' yang diilhamkan Persatuan Suara Belia Beaufort itu, Azizah meminta belia terus meningkatkan usaha mempelbagaikan jualan mereka bagi menarik lebih banyak ramai pengunjung.

“Saya amat berharap peniaga di sini khususnya belia agar sentiasa berusaha dan mencari inisiatif untuk memajukan lagi Up Town ini dengan mempelbagaikan jualan dan aktiviti yang bersesuaian sekali gus dapat menerik oarang ramai untuk datang ke sini,” katanya.

Pada pertemuan itu Azizah menyaksikan pertandaingan Nyanyian Karaoke yang menjadi acara bulanan di Up Town itu.

Beliau tidak menghampakan permintaan pengunjung apabila bersetuju menyumbangkan beberap buah lagu bersama beberapa pagawai JPKA Beaufort.

5 comments:

  1. This is a good charity event to raise money for the Beaufort community.

    ReplyDelete
  2. I'm sure everyone can afford to donate one ringgit, even though the amount is small but combined together it can make a difference.

    ReplyDelete
  3. Orang ramai perlu turun dan sama-sama memberikan bantuan.

    ReplyDelete
  4. Kudos to the people in Beaufort for having such alternative in order to get money to repair the Community Rehabilitation Centre (PDK) and St John Beaufort kindergarten.

    ReplyDelete
  5. lebih baik menderma dengan cara ini daripada menderma untuk tabung parti seperti yang biasa dilakukan oleh pemimpin2 politik pembangkang ketika berkempen..

    ReplyDelete