Tuesday 19 June 2012

BALAK PUNCA ELEKTRIK TERPUTUS DI SILAM




LAHAD DATU: Sebatang kayu balak yang tumbang mengakibatkan bekalan elektrik di sebahagian kawasan Silam telah terputus pada kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, menyebabkan sebahagian daripada penduduk di situ mengalami masalah gangguan bekalan.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat ialah disekitar Jalan Silam, Jalan Asam dan kawasan Taman CL.

Kayu balak berhampiran kawasan perkampungan Silam Kem telah tumbang akibat hakisan tanah lalu menimpa voltan tinggi milik Sabah Electricity Sdn.Bhd. (SESB).

Kejadian tersebut telah mengakibatkan talian berkenaan putus manakala tiang milik SESB turut mengalami kerosakkan teruk.

Menurut Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj Abd Razak Sallim, pemulihan bekalan elektrik di kawasan berkenaan bagaimanapun telah dapat dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 7.51 pagi pada hari yang sama.

Sementara itu katanya, kerja-kerja pembaikkan kerosakan dan pembersihan sisa kayu berkenaan telah dilaksanakan serta merta dan siap sepenuhnya pada hari yang sama.

“Anggaran jumlah kerugian ekoran daripada kejadian ini adalah sekitar RM5,000,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, para pengguna juga adalah digalakkan untuk terus menghubungi talian Hotline 15454SESB ataupun (088) 515000 sekiranya bekalan di kawasan mereka terputus.

“Maklumat awal ini juga akan membolehkan pihak SESB membuat kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera,” katanya.

No comments:

Post a Comment