Thursday 14 June 2012

BANYAK KEMAJUAN DICAPAI DI ZAMAN BN




RASMI… Pairin bersama kaum wanita menampi beras sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan di Kampung Keranaan.

Oleh : ROZIE JUMAT

TAMBUNAN :  Generasi muda  perlu diperjelaskan mengenai perubahan dan kemajuan yang dicapai agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa terhadap pembangunan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, jika dibandingkan di masa lalu dan masa kini banyak yang telah berubah dan kemajuan telah mengambilalih sesuatu kawasan seperti kawasan luar bandar yang dahulunya serba kekurangan. Malahan ekonomi penduduk di kawasan luar bandar juga semakin meningkat dan semakin maju.

“Generasi muda harus diberitahu tentang perubahan yang telah dinikmati oleh kaum kita dan anak-anak muda harus tahu sejarah perubahan yang berlaku disekelilingnya dan peluang-peluang yang berada di hadapan mereka,” kata Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur ketika merasmikan sambutan perayaan Pesta Kaamatan Kampung Keranaan di sini.

Menurut Pairin, anak-anak muda masa kini berada dalam keadaan yang lebih baik dan selesa berbanding 30 tahun yang lalu.

Pembangunan yang dicapai itu kata Pairin adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan yang memerintah memberikan perlindungan dan keselesaan kepada rakyat.

“Ada orang datang dengan idea-idea yang mempersoalkan pembangunan yang di bawa oleh kerajaan. Jika kita sudah biasa kita tidak lihat perubahan itu, kerana kita telah selesa dengan keadaan tersebut,” kata Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau.

Oleh itu Pairin menggesa rakyat untuk menggunakan kebijaksanaan dalam mempertimbangkan pandangan yang dijadikan isu oleh pihak pembangkang.

“Kenyataannya telah banyak perubahan yang berlaku disekeliling kita berbanding di masa-masa lalu, di mana keselesaan yang dinikmati itu adalah berkat usaha kita bersama selama ini,” kata Pairin.

Sememangnya, kata Pairin, semua pihak mahukan kemajuan dan pembangunan malahan pihak kerajaan negeri dan Persekutuan mempunyai pelan perancangan yang disediakan untuk rakyat yang telah dan akan terus dilaksana seperti Transformasi Kerajaan dan Sabah Development Corridor (SDC).

“Hargailah apa yang telah kita capai atas usaha kita bersama selama ini. Usaha kerajaan harus diambil berat,” ujar Pairin.

Ujarnya, jika seseorang  pemimpin yang berusaha memperbaiki nasib dan masa depan rakyat haruslah diberi sokongan.

Hadir sama Penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Tambunan, Daniel Kinsik; Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Wilfredoline Jakil, mantan timbalan speker Datuk Lawrence Gimbang dan Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tambunan, Laiwon Dalus.

Mengenai sambutan perayaan pesta kaamatan Pairin meminta agar perayaan itu dijadikan masa untuk merenung kehidupan dan masa depan seterusnya.

“Kita renung apa yang terbaik, yang tidak baik jadikan pengajaran dan elakkan dari berlaku, yang baik jadikan jambatan dan inspirasi untuk kita melangkah ke hadapan ,” ujar Pairin.

38 comments:

  1. Sabah mmg dah byk berubah, byk kemajuan dan pembangunan dicapai.

    ReplyDelete
  2. projek2 pembangunan seperti SDC, projek Samur, SOGT, agropolitan dan byk lagi pasti akan memacu lagi pembangunan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabahan perlu manfaatkan peluang2 yang wujud dari projek ni.

      Delete
    2. Projek yang telah di buat di Sabah telah banyak membantu ekonomi Sabah.

      Delete
    3. Pengurusan projek amat penting untuk membawa Sabah ke arah ekonomi yang lebih pesat. Usaha ini harus berterusan.

      Delete
  3. Undeniably there are indeed many progress done by the BN government over the years, although there are still plenty of room for improvements but that does not mean there are no developments at all.

    ReplyDelete
  4. Hope that the BN government will continue to bring more progress and development to Sabah so that we may achieve an high income state by 2020.

    ReplyDelete
  5. Sebagai penyumbang utama kelapa sawit negara dan bakal menjadi pengeluar ketiga terbesar di dunia serta pengeluar minyak dan gas sepatutnya Sabah tidak akan memegang gelaran negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan potensi sumber yang ada, ekonomi Sabah akan terus berkembang.

      Delete
  6. SEmemangnya Sabah sudah semakin menbangun, ekonomi juga semkain baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks to BN government, Sabah has become what it is now.

      Delete
  7. BN has made a lot of positive impact towards sabah. We see various changes in the economy sector.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We see development every where in sabah. However, i think the government should prioritize in developing the rural areas at the moment.

      Delete
    2. Pembangunan harus stabil dan secara keseluruhan.

      Delete
  8. Long live BN! I hope the BN government will work harder in order to maintain and/or increase the people support towards them. Whatever issue that were addressed by the people must be immediately taken an action in solving those issue.

    ReplyDelete
  9. Banyak pembangunan dan banyak juga kelemahan harus diperbaiki lagi. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bn harus memahami kelemahan dan mengambil langkah yang wajar untuk diperbaikinya.

      Delete
  10. Dengan sumber semulajadi yang banyak, harus juga Sabah akan berkembang selagi pesat.

    ReplyDelete
  11. harapan bujet yang banyak disalurkan aka nmembawa Sabah ke peringkat yang lebih berkembang.

    ReplyDelete
  12. How to compare? We should compare across the state for better illustration.

    ReplyDelete
  13. Usaha ini harus dikekalkan sebab Sabah masih banyak perlu dimajukan.

    ReplyDelete
  14. Indeed BN contributed good development, such effort shall continue to bring Sabah to a greater level.

    ReplyDelete
  15. Semoga perkembangan ekonomi dapat membaiki masalah kemiskinan dan pengangguran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap ekonomi negeri ini akan terus berkembang dengan pesat.

      Delete
  16. Mengenai kemajuan itu rasanya memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun yang pasti kerajaan harus memberikan tumpuan juga dikawasan pendalaman juga.

    ReplyDelete
  17. Teruskan menyokong kerajaan yang mampu memberikan yang terbaik kepada Sabah. Semoga rakyat akan terus membuat penilaian yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  18. According to Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir at the Dewan Rakyat, Sabah pulled in the highest amount of private investments in the first quarter this year. This shows that investors are confident with BN and CM Musa's leadership.

    ReplyDelete
  19. teruskan usaha untuk membangunkan rakyat dan negeri ini.

    ReplyDelete
  20. harap usaha pembangunan akan berterusan bagi menjadikan negeri ini lebih membangun lagi.

    ReplyDelete
  21. memang banyak kemajuan yang dicapai sepanjang BN memerintah negeri ini.. kalau mahu buat perbandingan, bandingkan saja dengan negeri kelantan yang lebih 20 tahun ditadbir oleh PAS..

    ReplyDelete
  22. namun, walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai, ada banyak juga masalah2 yang perlu diselesaikan..

    ReplyDelete
  23. Since the launch of the Sabah Development Corridor (SDC) in 2008 and as of June 30 this year, Sabah has attracted planned and committed investments of RM112.8bil.

    ReplyDelete
  24. The new investments include those by Annam Corp, a subsidiary of the Brunei Investment Agency.

    ReplyDelete
  25. Musa said Sedia, which was steering the implementation of various SDC projects had sealed a heads of agreement (HOA), with Annam on June 16.

    ReplyDelete
  26. He said the Jejak Teraju programme launched on June 5, was aimed at among others, enhancing the participation of bumiputras in the SDC's projects.

    ReplyDelete
  27. The programme is also aimed at faciliting interested bumputra entrepreneurs in Sabah to access advisory services on the use of the RM100mil special fund.

    ReplyDelete
  28. “I am told that Sedia is now working with BiotechCorp to venture into the biotechnology industry in Sabah. For a start, both will sign a memorandum of cooperation, which will outline the scope of work to be undertaken, ” he said.

    ReplyDelete
  29. He said all the flagship projects, including the Lahad Datu and Sandakan POIC, the Sandakan Education Hub, Keningau Integrated Livestock Centre, the Agro-Industrial Precinct, Oil and Natural Gas Cluster, Marine Industry Cluster, Kinabalu Gold Coast Enclave and Agropolitan Project, were now in various stages of implementation while infrastructure projects had been successfully completed.

    ReplyDelete