Monday 18 June 2012

BOIKOT PREMIS WARGA PENYU SATU JIHAD!




Oleh : DATUK PATRICK SINDU

TINDAKAN memboikot premis niaga Warga Penyu iaitu warga asing yang memiliki kerakyatan songsang di Sabah adalah tindakan jihad terakhir bagi menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai Pendatang Asing dan IC Projek.

Walaupun banyak pihak mengutuk seruan saya agar rakyat Sabah tulen memboikot premis niaga warga asing yang memiliki IC Projek di Sabah, namun majoriti rakyat Sabah berdiri di belakang saya untuk menjayakan Visi RCI ini yang mula menampakkan cahaya setelah gelap gelita sejak 1972.

Di antara pihak yang menentang saya ialah Dewan Perindustrian dan Perniagaan India Muslim Sabah (DPPIMS) dan Parti KIMMA Sabah yang dipimpin oleh Datuk Baisul Khan Salman Faris; termausk ancaman berat untuk menyaman saya.

Dalam hal ini, sebagai rakyat Sabah, saya tetap berpendirian tegas bahawa atas apa juga alasan, rakyat Sabah tidak boleh menerima hakikat bahawa pemberian kerakyatan songsang adalah sah; sebaliknya mencabul kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan Menderhaka kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Kehadiran warga asing terutama Ahli DPPIMS dan pertubuhan lain yang menggunakan Kad Pengenalan Projek dan Palsu untuk menjadi ahli adalah 'Mencabul Hak Asasi' rakyat Sabah dan merupakan jenayah berat yang sewajarnya dihukum TEMBAK seperti yang dilaksanakan di negara CHINA.

Walau apa juga yang terjadi dan apa juga cara, pemberian kerakyatan songsang ini harus dihentikan, dibatalkan dan ditarik balik SERTA MERTA dan pemiliknya wajib meninggalkan negara ini dalam kadar segera.

Sehubungan itu, kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh berdolak dalih berhubung Terma Rujukan (TOR) kerana bagi pihak NGO di Sabah, saya bersama Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Penulis Kontroversi, Mutalib M.D telah menghantarkan Memorandum Ke Bawah DYMM Yang Di Pertuan Agong yang mengandungi TOR yang cukup jelas bersama segala bukti pada 25 Januari 2007 di Istana Negara, Kuala Lumpur. 


 

Berikut adalah Enam TOR yang telah dicadangkan dan mendapat perkenaan DYMM Yang DiPertuan Agong ketika itu seperti berikut;

01. Pemberian kerakyatan Malaysia secara tidak sah kepada warga asing melalui kad pengenalan projek yang digelar KP Projek Mahathir.

02. Pemberian kad pengenalan merah kepada Pemegang IMM13 iaitu kepada pelarian perang dari Filipina sedangkan Malaysia tidak pernah menandatangani Konvensyen 1967 berhubung Pelarian Perang sehingga Kerajaan menutup Kem Pelarian di Pulau Bidong dan Rohingya.

03. Pemberian pasport Malaysia yang sah laku selama dua tahun kepada warganegara asing yang memperolehi kad pengenalan secara tidak sah dan memansuhkan pasport berkenaan.

04. Mengkaji semula penahanan 15 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan 25 orang awam yang terlibat dalam Ops Gembleng iaitu memberikan kerakyatan secara tidak sah di bawah Akta Keselamatn Dalam Negeri (ISA) dan menarik kembali kad pengenalan yang dikeluarkan oleh sindiket yang ditumpaskan oleh Kerajaan Malaysia serta memansuhkan nama mereka dalam Daftar Pemilih.

05. Membuat Dasar berhubung anak-anak dan keluarga (dependen) Pendatang Asing yang berada secara tidak sah di Sabah.

06. Menggubal Dasar Khusus berhubung Peraturan, undang-undang dan pemberian kerakyatan kepada warga asing melalui cara masukan menurut Perlembagaan Persekutuan.

Memorandum enam perkara yang telah ditandatangani oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; saya sendiri dan Mutalib M.D sewajarnya menjadi landasan awal untuk kerajaan melaksanakan RCI sekalipun dalam lawatan terbaru Perdana Menteri ke Sabah pada 16 dan 17 Jun 2012 tidak langsung menyebut isu penting ini.

28 comments:

  1. jgn beri sokongan kepada PATI, boikot PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalannya, semua bekerjasamakah boikot PATI?kalau mereka ada kepentingan dengan PATI ni mesti mereka tidak sokong.

      Delete
    2. ekonomi ni PATI sudah kontrol...

      Delete
    3. Pati harus di halau dari Sabah.

      Delete
    4. PATI harus dihantar balik. Golongan ini membawa lebih banyak keburukan.

      Delete
    5. Pati harus dihantar balik agar tidak menjejas prestasi perkembangan ekonomi yang dirancang.

      Delete
  2. Cara terbaik tanggani hal ini ialah boikot Pati contohnya jangan beli barang niaga mereka. Bukan apa kalau kita terus jadi pelanggan mereka, nanti makin naik kepala lah mereka nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. contohnya rokok seludup. memang murah tapi tetap haram,sama juga dengan PATI yang datang secara haram di negara ni.

      Delete
    2. Betul tu, tidak perlu beri barangan daripada mereka..utamakan perniaga tempatan.

      Delete
    3. Kerajaan harus mencari cara penyelesaian dengan bantuan dan kerjasama rakyat.

      Delete
    4. Golongan ini tidak harus dikongsi kebajikan yang sama seperti warganegara tulen.

      Delete
  3. Pendek kata rakyat pun punya peranan besar dalam hal ni. Asalkan semua pihak bekerjasama pasti semua masalah dapat ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Sokong penuh RCI untuk siasat yang ada IC palsu atau dapat IC ikut pintu belakang.

    ReplyDelete
  5. kalau rakyat mahu tu PATI diusir, maka jangan beri mereka peluang untuk berkembang dan maju..boikot premis dan barangan jualan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree. PATI are not welcome in Sabah. They are troublesome and nuisance.

      Delete
    2. Apa boleh dibuat jika mereka membuat perniagaan untuk PATI mereka sendiri?

      Delete
  6. Tidak ada bukti juga. Ini yang menjadi masalahnya sekarang.

    ReplyDelete
  7. Let RCI to investigate the root of the PATI and project ic.

    ReplyDelete
  8. Isu pati tidak harus berlanjutan sebab golongan ini semakin bertambah dan akan membawa lebih banyak isu seperti masalah sosial, ekonomi dll.

    ReplyDelete
  9. Boikot cuma cara jangka pendek, apa akan berlaku jika berganda-ganda jumlah PATI masuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. langkah jangka masa panjang amat diperlukan.

      Delete
  10. harap RCI akan menyiasat semua isu berkaitan pati.

    ReplyDelete
  11. semoga isu ini akan mendapat penyelesaian terbaik dan tidak terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. diharap penyelesaian terbaik bagi kes ni,.

      Delete
  12. PATI memang membawa masalah

    ReplyDelete
  13. saya cadangkan Datuk Patrick Sindu menganggotai panel RCI di Sabah..

    ReplyDelete