Monday 18 June 2012

DARI DATARAN PALMA KE DATARAN PALAU?




Saudara Pengarang,

LAHAD DATU yang dijenamakan sebagai Bandar Palma sudah menjadi seperti Semporna kerana dipenuhi kanak-kanak jalanan yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Palau'; sekalipun hasil siasatan Krew AMK Parti Keadilan Rakyat mendapati ramai daripada mereka adalah kanak-kanak 'Suluk Filipina'; bukannya 'Palau'.

Sewaktu mengikuti program AMK di Bandar Wilayah Lahad Datu petang kelmarin, saya terkejut melihat pemandangan luar biasa kerana ramai kanak-kanak meminta wang daripada orang ramai yang berlalu lalang, terutamanya pelancong yang melalui kawasan berkenaan.

Dataran Palma yang selama ini dibanggakan terutama berhampiran Pusat Membeli Belah Dynajaya kini menjadi Dataran Palau kerana dipenuhi Palau atau yang seangkatan dengannya.

Anehnya penduduk Lahad Datu tidak melihat senario ini sebagai satu masalah kepada mereka, malah merasakan insiden peminta sedekah ini amat unik kerana Kumpulan Palau ini tidak tidur di atas perahu, sebaliknya tidur di kaki lima kedai.



Lebih mengejutkan, mitos Palau takut kucing tidak lagi berlaku kerana ramai kanak-kanak Palau ini memberi makan atau makan bersama kucing yang berkeliaran; membuktikan bahawa mereka bukan spesis 'Palau Tulen'.

"Kami memang orang Suluk (Filipina) tapi kami tinggal bersama Palau kerana mereka tidak pernah dichecking (periksa). Kami memang tiada pas dan baru datang dari Filipina," ujar seorang Ketua Kumpulan 'Palau' dalam bahasa pelat Filipina ketika ditanya kenapa mereka tidak tidur di perahu sebagaimana kumpulan 'Sea Gypsy' di seluruh dunia.

Sebagai warganegara Malaysia, saya amat kesal kenapa perkara ini masih berlaku terutama pencabulan kedaulatan Sabah oleh warga asing. Malangnya menurut maklumat umum, mereka ini tidak dilarang oleh Ahli Parlimen Silam dan Adun Lahad Datu; malah diberikan bantuan ehsan termasuk makanan setiap hari.

Jika perkara ini berterusan, bagaimana mungkin RCI menjadi realiti? Pelancong akan melihat rakyat Sabah sebagai peminta sedekah dan Sabah akan terus menjadi 'negara' yang termiskin di dunia?
Salam Hormat,

CITRA MASADI
Ketua Penerangan AMK PKR Sabah.

15 comments:

  1. begitu ramai peminta sedekah di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan, kehadiran mereka ni byk menyusahkan dan menganggu kita, patut mereka ni dibanteras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak berkuasa harus bertindak lebih tegas lagi dengan mengusir mereka..

      Delete
    2. Perlu ambik tindakan segera berkenaan dengan masalah ini. Sungguh menakutkan bilangan mereka banyak.

      Delete
    3. Tindakan wajar diambil segera untuk menanggani masalah yang timbul sementara masih dalam kawalan.

      Delete
  2. Tidak hairan ni kalau di daerah2 Lahad Datu, Tawau dan Semporna.memang ramai pendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan tersebut memang ramai pendatang, sebab itulah ramai pengemis.

      Delete
  3. Kadang2 menyampah@geram bila nampak peminta sedekah jalanan. bukan tidak lengkap fizikal pun.

    ReplyDelete
  4. haraplah tu RCI dipercepatkan..

    ReplyDelete
  5. Masalah sebegini harus ditangani.

    ReplyDelete
  6. penguatkuasaan perlu dibuat dengan kerap untuk mengambil tindakan terhadap golongan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa perlu memikirkan cara penyelesaian bagi masalah ni.

      Delete
  7. Semakin ramai PATI di Sabah semakin ramai anak2 PATI kalau tidak dikawal pasti akan menimbul masalah sosial.

    ReplyDelete
  8. pegawai2 MDLD, Polis dan Imigresen cawangan Lahad Datu perlu ditukar..

    ReplyDelete
  9. saya pernah tinggal di bandar ini untuk beberapa tahun.. saya akui memang tidak selamat untuk bersiar2 samada siang mahupun malam..

    ReplyDelete