Monday 11 June 2012

DEKATI ANAK MUDA DENGAN MEDIA SOSIAL




Oleh : ABDUL RAHIM SABRI

PERDANA Menteri Seri Najib Tun Razak menggesa ahli politik dan anggota kerajaan lebih berani membuat perubahan dengan mendekati anak muda menggunakan media sosial.

Sambil menegaskan bahawa mereka perlu mengadaptasi dengan perubahan semasa, Najib berkata mereka perlu mengikut 'rentak' anak muda dengan mengguna media sosial bagi mengetahui 'keluhan, aspirasi dan kehendak' anak muda.

"Kita tidak boleh kaku. Sebagai anggota kerajaan atau ahli politik (berada dalam keadaan) yang tidak sesuai dengan peredaran zaman.

"Kita tahu Malaysia antara negara paling aktif di media sosial... Ada akaun Facebook, Twitter, Blogger. Jadi kita juga perlu mengikut rentak wahana anak muda supaya mereka mengetahui kita, dan kita mengetahui mereka. Kita tahu apa keluhan, aspirasi dan kehendak mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap anggota kerajaan dan ahli politik perlu bersikap berani membuat perubahan dan cuba mengadaptasinya sesuai dengan kehendak semasa dengan mendekati mereka dengan media sosial tersebut.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan bersama dalam perhimpunan #TwtUpKami - sebuah komuniti Twitter - di perkarangan Stadium Bukit Jalil petang ini, Najib berkata kerajaan sanggup membuat perubahan demi perubahan demi memenuhi aspirasi golongan muda.

Katanya, golongan tersebut mahu kerajaan menyediakan peluang dalam pendidikan, kemahiran, keusahawanan "supaya mereka dewasa, esok lebih baik daripada hari ini."

"Dasar transformasi (kerajaan) untuk mencapai (bahawa) esok lebih bersinar daripada hari ini," katanya.

Beliau juga berharap anggota dan pemimpin BN lebih aktif mendampingi anak muda dengan menggunakan media sosial supaya melihat bahawa "BN adalah kerajaan untuk generasi muda."

Tambahnya lagi, beliau juga kini sedang mempelajari "bahasa orang muda" antaranya seperti "LOL, TGIF, OMG dan FYI" yang kini sudah menjadi bahasa penggunaan oleh kumpulan berkenaan.

"Kalau tak ada, kita tak jadi sempoi atau tidak cool," katanya sambil diiringi ketawa hadirin yang hadir.

Sebelum itu, Najib beramah mesra dengan menjawab soalan yang diajukan melalui Twitter khususnya berkaitan pasukan bola sepak yang disokongnya.

Beliau menjangkakan bahawa pasukan Sepanyol bakal menjuarai dalam pertandingan bola sepak Euro 2012 di Poland dan Ukraine - yang bermula semalam.

Dalam soal jawab itu juga, Najib turut mendedahkan rahsia bagaimana beliau menjaga kesihatan walaupun kelihatan sibuk dengan tugas negara.

"Saya ada rahsia... Letih juga, tetapi mesti ada semangat kuat di samping ada (amalkan) cara hidup sihat.

"Saya bersenam di gimnasium tiga hingga empat kali seminggu, dan saya ada personal trainer... Saya buat macam-macam (senaman)," katanya sambil diiringi sorakan dan tepukan hadirin.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut beberapa pemimpin BN seperti Datuk Saifuddin Abdullah, Gan Peng Sieu dan P Kamalanathan serta anak lelaki Najib - Ashman- yang kini sedang berjinak-jinak menjadi DJ.

Ashman, 21 - yang baru sahaja tamat pengajian dari sebuah universiti di Amerika Syarikat - berkata beliau meminati 'housemusic' dan mengenali penyanyi popular Yuna.

Sebelum itu, sewaktu tiba di perkarangan stadium itu, Najib merasmikan pertandingan bola keranjang #YbsCanJump dan beramah mesra dengan peniaga Sooq Bazar di kawasan berdekatanPusat Perubatan Nuklear & Radioterapi, Likas

15 comments:

  1. Almost all parties are using social media to reach the young voters nowadays such as through Facebook, Twitter, blogs and forums.

    ReplyDelete
  2. The young people are the target of many parties as these are on-the-fence voters. Any parties who are capable of getting them to their side will have some valuable supporters.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah makin ramai pemimpin yang cuba untuk dekati golongan belia ni dengan pelbagai program.

      Delete
  3. Media sosial memang terkenal dan sebati dengan diri golongan belia tapi lebih efektif lagi jika Najib sendiri turun padang dan mendekati golongan ni face to face.

    ReplyDelete
  4. golongan muda penting dalam menentukan masa depan negara, mereka mmg perlu didekati.

    ReplyDelete
  5. Semoga Datuk Najib akan dapat membantu anak muda untuk berjaya pada akan datang.

    ReplyDelete
  6. memang Najib la satu2nya pemimpin negara yang benar2 berjiwa rakyat.. beliau bukan sahaja kerap turun padang sehingga ke sarawak dan sabah, malah kerap meluangkan masa bersama belia2 muda seperti menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya..

    ReplyDelete
  7. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman wants the Sabah Barisan Nasional (BN) Youth to gear up their social media machinery in preparation for the upcoming general election.

    ReplyDelete
  8. “This is because social media has become the best medium for them to interact especially with the younger generation and to know the people’s needs and aspirations,” he said in his speech delivered by Deputy Chief Minister, Datuk Yahya Hussin at the closing of the Cyber Troopers Workshop organised by the Sabah BN Youth.

    ReplyDelete
  9. The three-day workshop at Likas near here was participated by 85 youths including those from Umno. It teaches participants ways to coordinate and update new media units in BN.

    ReplyDelete
  10. Participants also get a better understanding of new media applications such as facebook, Twitter, Youtube, blogs and propaganda techniques.

    ReplyDelete
  11. Yahya, Sabah Umno secretary, also launched the Sabah Umno Youth’s New Media Unit facebook page at the event.

    ReplyDelete
  12. Musa, who is also the Sabah BN chairman, further suggested that Cyber Troopers collaborate with government agencies including the Sabah Institute for Development Studies (IDS) to obtain accurate information, to be disseminated to the people.

    ReplyDelete
  13. Meanwhile, Sabah BN Youth chief Awang Kadin Tang urged members to remain positive against onslaughts by the opposition.

    ReplyDelete
  14. Also present were Sabah BN Youth deputy chief, Mohd. Joh Haji Wid, Sabah Umno Youth New Media Unit chairman, SH Sahar SH Ading, Umno Youth Central Exco, Mohd. Gasing Haji Salleh, and Sabah Umno Youth assistant secretary, Shahelmey Haji Yahya.

    ReplyDelete