Tuesday 19 June 2012

ENAM WARGA EMAS BAPA CONTOH




PENGHARGAAN......Azizah menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada seorang warga emas yang mendapat mendapat Anugerah Bapa Contoh pada sambutan Hari Bapa di Kg Palu-Palu Kuala Penyu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU: Seramai enam warga emas menerima Anugerah Bapa Contoh pada majlis sambutan Hari Bapa di Dewan Dato' Hj Ajak, Kampung Palu-palu di sini baru-baru ini.

Mendahului senarai penerima ialah Datuk Awang Damit Osman diikiuti Mardan Dahlan, Awang Hashim Awang Damit, Masri Majit, Anggin @ Hamdan Opor dan Anggang Ahjau.

Upacara penyampain anugerah itu disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun selepas merasmikan program yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) itu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, john Teo Mau Sing, Timbalan Setiusaha Tetap KPMHEP, Janet Chee, Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmund Teo, Ketua Daerah Kuala Penyu Ag Anak Yusuf, Wakil Pengarah Jabatan Perkhidmatan kebajikan AM( JPKA), Pengiran Ishak Pengiran Abd Rahman dan Pengerusi JKKK Kg Palu-palu, Marleh Ag Damit.

Azizah berkata anugerah itu adalah sebagai salah satu penghargaan terhadap jasa dan sumbangan seorang bapa terhadap keluarganya sehingga mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

Beliau berkata, bapa sebagai ketua dan pemimpin keluarga berdepan tanggungjawa berat memastikan kesejahteraan ahli keluarga.

“Bapa adalah nadi dan tonggak kepada kecemerlangan keluaraga yang dibantu oleh ibu dalam mencorak hala tuju rumah tangga dengan mengambil kira keperluan setiap ahli keluarga mengikut kemampuan agar kehidupan dapat dilayari dengan aman, bahagia dan penuh kasih sayang,” katanya.

Sehubungan itu beliau mengajak hadirin menghargai jasa dan pengorbanan seorang yang bergelar bapa.

“Marilah kita mengimbau sejenak, sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan untk menghargai dan memberi kasih sayang kepada bapa kita? Ingatlah pesanan ini, bagaimana kita melayan ibu bapa kita pada hari ini, begitulah layanan yang bakal kita terima daripada anak-anak kita nanti. Justeru itu, hormatilah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini,” katanya.



KENANGAN..... Azizah (berdiri empat kanan) dan John Teo (tengah) serta jemputan merakamkan gambar kenangan bersama enam penerima (duduk) Anugerah Bapa Contoh pada sambutan Hari Bapa di Kg Palu-Palu Kuala Penyu.

No comments:

Post a Comment