Sunday 3 June 2012

HANYA PELAJARAN ANJAK PARADIGMA


SERAH….Jusie menyerahkan Surat Tawaran Kemasukan UiTM kepada salah seorang bakal pelajar.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEMISKINAN hidup yang membelenggu keluarga seseorang bukanlah penghalang  kemajuan untuk  mematahkan semangat demi meneruskan cita-cita untuk belajar sampai  ke peringkat universiti di dalam dan luar negeri.

Pelajar yang cemerlang, walaupun datangnya daripada golongan keluarga miskin tetapi mempunyai ruang dan peluang yang meluas untuk melanjutkan pelajaran tinggi selagi mereka ada kemahuan untuk memajukan diri mereka sendiri.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia tetap memberi bantuan kepada golongan pelajar yang cemerlang untuk melanjutnya ke pengajian tinggi sama ada di dalam negara sendiri mahupun di luar negara.

Ahli Parimen Libaran, Datuk Haji Juslie Ajirol berkata demikian ketika berucap di majis Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan Ke UiTM cawangan Sabah seramai 35 orang bakal pelajar UiTM yang dilangsungkan di Dewan Lembaga Hasil Dlam Negeri (LHDN) Sandakan, kelmarin.

 

KENANGAN….Datuk Juslie bergambar  bersama-sama 35 orang bakal pelajar UiTM.

"Program yang bertemakan 'Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM' itu adalah untuk memberi peluang keemasan kepada golongan keluarga yang berpendapatan rendah,” ujar Juslie.

Kata Juslie, mereka yang dibelenggu kepompong kemiskinan tidak patah semangat untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang.

"Dalam konteks ini, saya menyeru kepada ibubapa berilah semangat kepada anak-anak mereka supaya rajin belajar kerana kerajaan sentiasa membantu mereka yang berjaya dalam peperiksaan dan mendapat keputusan yang baik. Dari itu rebutlah segala peluang yang disediakan oleh kerajaan,” tegas Juslie.

“Hanya orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam pembelajaran akademik ia boleh mengubah corak kehidupan yang lebih baik di masa akan datang kerana setelah tamat mengikuti pengajian, sudah semestinya mereka mendapat gaji yang lumayan apabila dilantik memegang satu-satu jawatan," ujarnya.

9 comments:

  1. Hope that the program will help more poor students further their studies, hopefully education will help them lift their families out of the poverty cycle.

    ReplyDelete
  2. The government have given scholarship and loans for elite students especially those who come from low income family. This is a good opportunity for them.

    ReplyDelete
  3. Tanggungjawab kerajaan untuk sediakan kemudahan pendidikan dan rakyat pula kena ambil peluang yang ada untuk majukan diri mereka dengan menimba ilmu sebanyak yang mungkin.

    ReplyDelete
  4. Pelajar miskin pun tidak mustahil dapat pelajaran yang bagus sekarang sebab banyak sudah bantuan yang diberikan oleh kerajaan. biasiswa, pinjaman, baucer buku dan banyak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala usaha kerajaan kepada pelajar2 adalah untuk meringan beban keluarga mereka.

      Delete
  5. Harap pelajar2 sekarang manfaatkan bantuan yang diberi. pada masa lalu manalah ada bantuan kerajaan yang banyak macam ni. biasiswa pun hanya dapat bila berada di sekolah menengah. itu pun terhad juga. sekarang ni macam2 pula yang ada.

    ReplyDelete
  6. Maka bantu anak-anak kita ini untuk meneruskan pendidikkan mereka dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Ada PTPTN guna la sebaik mungkin untuk melanjutkan pelajaran.

    ReplyDelete
  8. di negara2 maju, penduduknya terdiri daripada pekerja mahir dan separuh mahir. di Malaysia, penduduknya masih ramai yang terdiri dari pekerja tidak mahir..

    ReplyDelete