Sunday 10 June 2012

HENTIKAN FITNAH BURUK TERHADAP DPPIMS




Saudara Pengarang,

SAYA, Datuk Hj Baisul Khan Salman Faris selaku Yang Di Pertua KIMMA dan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS). Saya ingin menyuarakan beberapa kebimbangan dan ketidakpuashatian saya terhadap beberapa artikel yang tersiar di Sabahkini.net sejak akhir-akhir ini.

Pertama, saya ingin menyoal mengapa ada individu yang tidak berpuas hati terhadap DPPIMS. Untuk makluman orang ramai, DPPIMS sah berdaftar dengan ROS dan laporan tahunan juga dihantar kepada ROS. Suara suara sumbang yang meminta DPPIMS diharamkan adalah disifatkan rasa cemburu yang terlalu amat melihat DPPIMS dipimpin dengan baik oleh ahli jawatankuasa kami.

Dewan kami telah begitu berpengaruh sehingga berjaya membela masalah ahli-ahli kami. Melihat Persatuan Islam yang semakin diperlukan, ada pihak pihak tertentu yang saya kira 'Dajjal' yang tidak suka kami membuat aktiviti keagamaan.

Kami kira ini isu keagamaan. Tuduhan liar 'Dajjal-Dajjal' yang semakin ramai iaitu menuduh kami Persatuan membuat aktiviti haram adalah tidak benar sama sekali. Istilah 'Dajjal' amat sesuai untuk golongan tersebut.

Kami (DPPIMS) belum pernah mencari pasal dengan mana-mana Individu tanpa sebarang keperluan. Kami belum menyaman mahupun mengambil sebarang tindakan terhadap individu-individu ini termasuk Sabahkini.net yang selalu memaparkan fitnah kepada kami. Belum pernah dibuktikan kami melakukan apa-apa kegiatan haram dalam Dewan mulia kami. Kami ada Misi dan Visi. Kami ingin menjaga dan memberi khidmat kemasyarakatan kepada penduduk Sabah, temasuk masyarakat India.

Ada yang memfitnah kami merekrut pendatang asing. Ada yang fitnah kami agen membuat IC. Ada yang memfitnah kami menubuhkan persatuan untuk melindungi PATI dan tidak kurang juga suara-suara sumbang yang meminta persatuan kami diharamkan; DPPIMS diboikot; DPPIMS ditutup dan sebagainya.

Apa semua ini? Nampak sangat pihak-pihak ini iri hati dengan DPPIMS. DPPIMS satu badan bebas khas untuk menjaga kebajikan ahli-ahli kami. Kami bukannya dewan yang ditubuhkan untuk mencari pasal dengan jawatankuasa lain.
Tidak payah saya terangkan panjang lebar. Dahulu kami ada blog. Namun kami tutup blog tersebut kerana Sabahkini.net sering mengambil dan menerbitkan gambar kami untuk fitnah kejam.

Mungkin ada AJK kami yang bersalah, namun bukan tanggungjawab orang ramai untuk masuk campur dalam urusan dewan kami. Biar kami yang adili AJK kami yang bersalah. Jika pun ada masalah dengan dewan dan ada rasa tidak puas hati terhadap kami, jadilah orang yang jujur dan berani.

Tampil berjumpa saya atau menghantar surat rasmi kepada saya. Saya akan mempertimbangkan. Anda juga boleh menghantar komen, pandangan dan cadangan ke e-mail rasmi kami dppims@gmail.com.

Terbaru fitnah beberapa pihak terhadap Mohd Ansar Bin Maidin. Saya melihat hal ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan nama dewan kami. Saya merasakan tidak ada keperluan saya memecat keahlian Mohd Ansar kerana beliau layak menduduki jawatan itu mengikut perlembagaan kami.

Mohd Ansar juga adalah pengasas dan pencetus idea penubuhan DPPIMS. Siapa kamu untuk mempersoalkannya? Jika ada masalah peribadi dengan sesiapa ahli kami, jangan serang DPPIMS. DPPIMS tidak akan bertanggungjawab terhadapnya.

Seorang yang mengelar dirinya Butitit Poimposik baru-baru ini mengina dan menfitnah Setiausaha Dewan kami. Kami dalam dewan sangat mengenali Ansar. Beliau merupakan antara pengasas persatuan keagamaan kami di samping orang yang kuat dan aktif menjalankan aktiviti dalam dewan kami termasuk aktiviti keagamaan.

Bagaimana ada pihak yang boleh menuduh beliau kaki botol, kaki perempuan, kaki sihir dan penjual syabu? Jelas ini antara contoh membuktikan bahawa ada pihak berpakat untuk menjatuhkan nama ahli-ahli kami satu per satu untuk mengambil peluang supaya DPPIMS diharamkan.

Butitit mungkin juga orang upahan pihak tertentu kerana kami mempunyai bukti untuk mengatakan termasuk mungkin sekali seorang dua individu daripada Lahad Datu. Hal itu tidak penting, kami tidak akan melawan balik dengan menfitnah orang. Kami berpegang pada ajaran Islam. Kami hanya akan mempertahankan diri dengan cara sebegini.

Ansar sudah pun membuat laporan polis terhadap tuduhan tersebut. Namun, cabaran Mohd Ansar supaya beliau tampil dalam masa 24 jam membuat laporan polis tidak berjaya disahutnya sehingga kini. Jelas di sini bahawa ini isu yang dibuat-buat untuk menjatuhkan maruah India Muslim di Sabah seterusnya meletakkan tanggapan buruk orang ramai terhadap Orang India di Sabah.

Begitu juga ada yang cuba menfitnah Madrasah yang kami jalankan. Sikap Sabahkini.net yang suka menyiarkan gambar saya dan ahli-ahli DPPIMS yang diedit teruk memperlihatkan juga ada individu dalam Sabahkini.net yang membenci DPPIMS.

Orang ramai jangan cuba menghina dewan kami. Kami ada bukti-bukti dewan yang menjaga kebajikan ahli-ahli di samping  aktiviti kemasyarakatan. Pergilah tanya kampung-kampung seperti kampung Inanam Laut, Kampung Kelangsanan, Kampung Delima Melayu, Gentisan Sepanggar, Kampung Keboni, Kampung Bantayan dan Kampung Petagas bahawa mereka adakah tidak mereka pernah menerima apa-apa  bantuan DPPIMS?

DPPIMS juga memiliki 3 buah Madrasah yang memberi pendidikan agama dan Al-Quran kepada masyarakat tempatan. Banyak aktiviti agama yang dilaksanakan oleh DPPIMS.

Langsung tidak wajar, Datuk Patrick Sindu yang meminta DPPIMS membuang keahlian Mohd Ansar dan mengharamkan Dewan. Bagaimana dia boleh persoalkannya? Dia orang luar dewan, dia tidak tahu menahu tentang perlembagaan kami. Dia tidak tahu menahu aktiviti kami. Dia juga tidak turun melihat aktiviti yang kami buat.

Bagaimana dari jauh dia boleh dengan sesedap lidahnya mengatakan sebegitu rupa sehingga nama baik dewan kami tercalar. Dewan ada hak-hak untuk menyaman mana-mana individu yang menghina kami.

Perkara ini adalah berlandaskan undang undang negara. Jangan mempersoalkannya. Sedang Patrick ini tidak dapat menjaga Persatuan CASHnya sendiri dengan baik, dia minta Persatuan yang aktif seperti kami pula diharamkan.

Saya menjemput siapa sahaja yang mahu menahu apa aktiviti kami laksanakan supaya turun berjumpa kami. Kami tiada pernah membuat apa apa jenayah seperti yang difitnah dari dahulu lagi. Kami pernah difitnah oleh Kamaruddin, diikuti oleh Mutalib MD dan Datuk Patrick Sindu.

Saya panggil pihak pihak ini turun melihat aktiviti kami dan buat laporan polis jika kami melakukan apa apa yang haram. Bukan urusan dewan kami untuk menyiasat kerakyatan songsang. Kenapa tuduh dan meminta kami menyiasat kerakyatan songsang dan meminta ahli-ahli kami dibuang.

Saya bukan Yang Dipertua RCI mahupun kakitangan agensi Kerajaan. Saya hanya Yang Dipertua NGO kami. Saya tiada sistem untuk menyemak siapa ahli kami yang IC tulen dan siapa yang tidak.

Jangan asyik cakap kosong sahaja di luar sana. Tahu tidak betapa susahnya kami membangunkan persatuan kami. Tiada agensi atau kerajaan yang membantu kami. Kami bangun sendiri dengan tajaan sepenuhnya daripada ahli-ahli kami.

Kami membuat mesyuarat bulanan, membaca Yasin, Tadarrus Al-Quran dan ceramah agama yang lain. Bukan seperti yang dikatakan oleh suara-suara sumbang tersebut. Mungkin ada dalam kalangan ahli kami yang memegang IC projek, namun kami bukan badan yang bertanggungjawab menyiasatnya.

Kami akan menjadikan mereka ahli kami selagi Mahkamah tidak memutuskannya. Ada antara pemegang IC Projek mungkin juga layak menjadi penduduk tetap atau warganegara. Mereka mungkin sudah berkeluarga secara sah di sini dan mungkin tinggal berpuluh tahun di sini dan situasi situasi yang lain. Orang seperti ini tetap sah menjadi ahli kami walaupun pada asalnya pemegang IC Projek.

Saya sangat kecewa dengan sikap sesetengah orang yang menuduh masyarakat India Muslim Sabah sebagai penjenayah dan samseng. Saya minta jika ada orang yang buat jenayah, laporlah pada polis.

Apa tujuan mereka siar dalam Sabahkini.net. Ia bertujuan sama sekali untuk menjatuhkan imej kami. Tuduhan seperti Orang India Muslim kuat merasuah, membuat jenayah dan lain lain adalah tidak berasas sama sekali. Jika ada laporlah pada polis. Kenapa siar pada Sabahkini.net. Mereka penyiasat bebaskah?

Saya juga meminta semua parti politik lain termasuk MIC agar tidak menyerang sesuka hati terhadap kami. Kami ingin bersaing secara sihat. Kami tidak mahu pangkat dan kedudukan dengan cara terkutuk. Kami mengunakan cara-cara yang dipakai oleh pemimpin tersohor dunia, Nabi Muhammad.

Kami tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan penubuhan dewan. Biasanya, itu realiti kehidupan. Namun, jangalah sampai memburukan kami sebegitu teruk. Kami tiada apa-apa modal lain selain ahli-ahli kami. Tiada siapa bantu kami, selain ahli-ahli kami sendiri. Kami bergantung pada ahli kami sepenuhnya. Sepatutnya MIC harus memberikan sokongan kepada kami kerana kami juga Masyarakat India di Malaysia.

Saya mengucapkan terima kasih yang teramat banyak kepada Sarrulnizam melalui artikelnya yang tersiar 10 Jun lebih kurang jam 9.07 tadi kerana memberikan sokongan kepada kami dengan mendedahkan ada orang tertentu mempunyai kepentingan memburukkan kami.

Beliau mengatakan ada orang dalam DPPIMS sendiri menjadi duri dalam daging. Kami tidak takut jika ada yang membocorkan rahsia kami kepada sesiapa pun kerana kami bukannya menjalankan aktiviti haram. Apa yang ada untuk dibocorkan kepada orang lain. Kami hanya menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Mungkin ada baiknya juga kami tahu siapa orang tersebut. Biar kami siasat dan jika sesiapa mempunyai maklumat orang seperti ini, sila maklumkan kepada saya.

Ahli-ahli kami yang terdiri daripada rata-rata peniaga tidak boleh menerima sikap sesetengah orang yang meminta perniagaan orang India di boikot, ditutup dan diharamkan. Tidakkah sikap itu terlalu kejam. Saya sudah katakan kami tiada sistem semak IC seperti projek dan tulen.

Jadi kami tidak boleh pastikan peniaga mana yang memiliki IC projek yang tidak sah. Oleh itu, tindakan bodoh sesetengah pihak memperlihatkan mereka tidak tahan melihat bangsa kami bekerja kuat dan berjaya. Kami juga bukan saja saja makan duit hasil perniagaan kami sendiri. Kami memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kami membantu memajukan ekonomi negara di samping membayar cukai perniagaan. Jika kami memakai pekerja asing sekalipun, kami tetap memberikan bayaran tertentu kepada kerajaan melalui Imigresen.

Akhir kata,saya tidak bersedia mendengar lagi suara-suara sumbang yang meminta haramkan dewan kami. Jika ada lagi, kali ini saya tidak tergamak untuk menyaman dan mengambil tindakan terhadap pihak tersebut.

Jika Sabahkini.net menyiarkan artikel sebegitu, walaupun mengamalkan dasar tidak menapis internet, kami akan mengambil tindakan. Hal ini kerana, ada pihak dalam Sabahkini.net yang membantu pihak lain untuk menjatuhkan imej dewan kami. Kami ada bukti bukti tersebut. Tanggunglah dosa besar meminta mengharamkan sesuatu persatuan keagamaan di samping menfitnah sesuka hati.

Sekian, Yang benar,

DATUK BAISUL KHAN SALMAN FARIS.

10 comments:

  1. pihak yang membuat tuduhan dan fitnah itu harus sediakan bukti atas dakwaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak bersedialah kena saman atau kena seret ke mahkamah.

      Delete
    2. Yup. Perlu ada bukti. Supaya tiada siapa boleh pertikaikan.

      Delete
  2. Mungkin tindakan beberapa orang ahli dalam DPPIMS telah merosakkan nama pertubuhan ni. siasat dulu.

    ReplyDelete
  3. We should allow the DPPIMS to make their explanation first before jumping in to conclusions.

    ReplyDelete
  4. Hopefully the people make their own judgement about this.

    ReplyDelete
  5. Jika DPPIMS tidak mahu difitnah cuba buktikan kebenaran kepada semua mengenai dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya tu cuma fitnah, perlu la report polis

      Delete
  6. ba kalau yakin semua itu hanya fitnah semata2, baik ambil tindakan undang2.. hanya melalui undang2 saja nama baik DPPIMS dapat dibersihkan..

    ReplyDelete
  7. jika DPPIMS masih enggan mengambil tindakan undang2, saya assume bahawa semua dakwaan/fitnah itu adalah benar..

    ReplyDelete