Thursday 21 June 2012

IMAM INSTITUSI PENTING DALAM MASYARAKAT




INGATAN... Nasir (dua kiri) diringi Haji Tahir Amir (tengah); Abdullah Sukka (dua kanan) dan Ustaz Losman Linjal Al-Hafidz (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada wakil JAKIM, Ustaz Shamsuri Ghazali (kanan) sempena majlis penangguhan Seminar Kepimpinan Imam Imam Daerah di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Seri Nasir Tun Sakaran, menyeru warga Imam tidak hanya membataskan tugas mereka di masjid dan surau malah mereka juga hendaklah turut memberikan bimbingan kepada masyarakat setempat.

Kataya, Imam juga seharusnya menyediakan diri dengan ilmu yang mencukupi yang membolehkan mereka bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu Fardhu Ain sahaja malah mesti menguasai kemahiran lain seperti ilmu Teknologi maklumat dan sebagainya.

Nasir menegaskan, Imam merupakan sebuah institusi barisan hadapan yang dapat mencorakkan pemikiran rakyat dan ejen penting dalam menyampaikan hasrat kerajaan untuk memajukan negeri ini serta membina umat yang berdaya maju.

Beliau berkata demikian sempena majlis penangguhan Seminar Kepimpinan Imam Imam Daerah di Balai Perpustakaan di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unik Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Penolong Pengarah JASKIM Cawangan Sabah, Ustaz Shamsuri Ghazali; Ketua Daerah Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; ADDO Abdullah Sukka dan Imam Daerah, Haji Isthial Danial.

Seminar selama sehari itu dianjur bersama Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N.53 Senallang dengan kerjasama Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS) Sabah dan USIA Bahagian Semporna.

Sebanyak tiga kertaskerja dibentangkan termasuk Peranan Imam Dalam Kepimpnan oleh Pegawai Jheains Semporna, Imam Hj.Losman Linjal Al-Hafidz; Fardhu 'Ain & Kehidupan disampaikan Pegawai Dakwah Jheains, Ustaz Hj.Abu Masykur Ariffin dan Pemimpin Amanah oleh Pengaeah JAKIM Cawangan Sabah.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata, Imam merupakan jawatan yang sangat penting dalam masyarakat Islam dan mereka sewajarnya mewarisi peranan yang dimainkan oleh Rasulullah S.A.W. bukan sahaja dalam membimbing solat malah penting dalam membentuk masyarakat yang berdaya maju.

Selain itu katanya,mereka (Imam) juga simbol penyatuan umat dimana melalui ibadat sembahyang secara berjamaah setiap umat Islam perlu mengetepikan segala bentuk perbezaan ideologi dan tunduk kepada seorang pemimpin iaitu Imam.

Katanya, sebagai pemimpin masyarakat setempat, penampilan setiap Imam hendaklah dijaga agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat dan Imam-imam hendaklah sentiasa memelihara martabat mereka selaku pemimpin agama kepada masyarakat.

9 comments:

  1. tugas iman bukan hnya sekadar di dalam masjid atau surau, tapi ia jg harus main peranan di luar dalam membimbing masyarakat.

    ReplyDelete
  2. Susah juga jadi imam ni tapi lagi susah untuk menurut segala perintah2 agama.

    ReplyDelete
  3. Semoga semua imam2 menyediakan diri dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

      Delete
  4. It is not easy to be a pious person but it is easily to be the opposite one.

    ReplyDelete
  5. Imam membantu masyarakat untuk terus berpegang kepada kepercayaan mereka. Membimbing kejalan yang diberkati.

    ReplyDelete
  6. Hehe bukan senang tugas imam ini. Terlalu banyak juga dugaan yang dilalui.

    ReplyDelete
  7. memang sangat penting lebih2 lagi dalam sebuah negara Islam..

    ReplyDelete