Sunday 10 June 2012

INFRASTRUKTUR ASAS DI SEMBULAN TERBIAR




ANEH ......Perhentian Bas yang dibina secara aneh dan satu-satunya sistem perparitan yang ditumbuhi rumput rumpai dan tersumbat dengan sampah sarap.

TIMBALAN Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) Tanjung Aru Plaza, Fong Chew Loong dalam rangka lawatan beliau dan rombongannya di sekitar Sembulan, telah mendapati infrastruktur asas dikawasan itu amat mengaibkan dan terbiar sekian lama tanpa pengurusan dari pihak berkuasa.

Fong merasa terkilan dan hairan melihat sepanjang perjalanan parit dan longkang yang seharusnya bersih, dipenuhi rumput rumpai dan tersumbat dengan pelbagai sampah sarap. Kejadian serupa ini bukan sahaja menyakitkan mata memandang, tetapi mengakibatkan pembiakan nyamuk aides yang akan mengancam penduduk di persekitaran dengan pelbagai penyakit seperti malaria, cirit birit dan sebagainya.

Fong dalam lawatan itu sempat menemui beberapa orang penduduk yang melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan pemimpin kerajaan BN yang hanya memandang dengan mata sebelah keadaan susah yang dialami rakyat.

Kata mereka, nama saja kami ada Wakil Rakyat di kawasan ini. Siapa juga yang menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi tidak pernah nampak beliau turun padang untuk meninjau kesusahan kami di kampung ini. Apatah lagi untuk memberikan bantuan.

Yang anehnya, sampai bila di Dewan Masyarakat Sembulan, Fong ternampak perhentian bas yang dibina di seberang parit. Wang kerajaan sudah dibelanjakan tetapi tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Kalau dihemat-hemati, banyak lagi perkara mengaibkan terdapat di kampung Sembulan seperti sampah sarap yang melambak di sana sini. Masalah air dan lampu, jalan raya yang tidak diendahkan, masalah perumahan dan pelbagai masalah seharusnya diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

17 comments:

  1. keadaan Sembulan mmg kotor, salah satu faktor di sana ramai PATI, PATI mana tau nilai2 kebersihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Places that are dirty always full of PATI residing there. Even after the effected areas are cleaned, it will still go back being dirty after few days.

      Delete
    2. Ini tanggung jawab bersama.

      Delete
  2. How come Sembulan are always look filthy??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Where there are PATI settlements, there will be a lot of rubbish too.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. WR harus turun padang dan memahami keadaan sebenar.

    ReplyDelete
  5. Fong dalam lawatan itu sempat menemui beberapa orang penduduk yang melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan pemimpin kerajaan BN yang hanya memandang dengan mata sebelah keadaan susah yang dialami rakyat.

    Harapkan WR giat turun padang dan memahami keperluan rakyat yang mendelita dan bermasalah.

    ReplyDelete
  6. Kebersihan alam sekitar adalah tanggung jawab semua golongan dan bukannya kerajaan semata-mata.

    ReplyDelete
  7. keadaan ini akan membawa penyakit yang merebak jiga tidak diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
  8. Mesti Sembulan..Macam bermasalah dikawasan ini.

    ReplyDelete
  9. Ini mungkin juga penduduk tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menjaga kawasan mereka. Mengenai bus stop terbalik ini mungkin untuk memudahkan menonton permainan ditempat itu. Seperti ada gelangang pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Infrastructure development in Sabah has been allocated RM4.301 billion for the period 2011-2012 under the 10th Malaysia Plan (10MP).

      Delete
  10. State government has allocated RM1 million for DBKK for its landscaping beautification this year.

    ReplyDelete
  11. ba nanti bila tiba giliran SAPP memerintah negeri ini, saya pula yang akan buang sampah merata2.. kemudian saya buat aduan melalui media, kononnya saya sedih dengan pentadbiran kerajaan SAPP kerana memandang sebelah mata terhadap masalah ini.. amacam??

    ReplyDelete
  12. sampah itu bukan muncul secara semulajadi atau hasil dari kerajaan BN.. sampah itu tidak ada logo BN.. kenapa SAPP tidak nasihatkan rakyat supaya sama2 menjaga kebersihan? tukar kerajaan pun jika rakyat masih dengan sikap mereka suka membuang sampah merta2, masalah seperti ini tetap akan berlaku..

    ReplyDelete
  13. ketika sapp memerintah negeri ini, adakah negeri Sabah bebas dari sampah sarap?? kenapa pada waktu itu SAPP tidak arahkan tenaga2nya untuk mengutip sampah dari KK sampai ke Tawau??

    ReplyDelete