Monday 4 June 2012

JANGAN UNDI SWP JIKA TENTANG CALON BN!



JULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati rakyat di kawasan Julau supaya tidak me-ngundi calon Parti Pekerja Sarawak (SWP) seandainya parti itu masih meneruskan hasrat menentang calon Barisan Nasional (BN).

Katanya, jika benar SWP adalah sebuah parti yang mesra kepada BN, mereka tidak harus meneruskan hasrat menentang mana-mana calon BN.

“Kalau benar mereka mesra ke-pada BN, SWP patut sokong BN dan bukannya menentang BN.

“Seperti yang Pehin Sri ucapkan sebentar tadi, kalau SWP memihak kepada BN kita terima mereka tetapi jika sebaliknya, kita tentang sepenuhnya dan ini adalah mesej saya kepada rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan Hari Gawai Dayak ke Rumah Jana Sawing, Batu Matup Julau di sini semalam.

Menurut Najib, SWP seharusnya berhenti mendakwa mereka mesra BN bagi mengelakkan rakyat di negeri terkeliru.

Dalam pada itu, Najib ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya, masih berahsia mengenainya.

“Mungkin bulan depan (Julai) selepas habis perayaan Hari Gawai Dayak,” ujar beliau berseloroh.

Sebelum itu, beliau telah diterangkan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang bahawa bulan Julai adalah bulan yang baik bagi masyarakat Iban.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing.

7 comments:

  1. Parti Pekerja Sarawak mmg sukar nak mengalahkan BN.

    ReplyDelete
  2. SWP berpihak pada siapa sebenarnya sekarang ni?

    ReplyDelete
  3. Rakyat harus menyokong kerajaan yang ada sekarang ini. Kerana kerajaan yang ada sekarang ini mampu memberikan masa depan yang cerah kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan sedaya upaya membela nasib rakyat dan sedaya upaya memberi yang terbaik kepada rakyat.

      Delete
  4. Mesra kepada BN tapi menentang calon BN..lain yang diucap tapi lain pula yang dibuat

    ReplyDelete
  5. tidak pernah dengar pula Parti Pekerja Sarawak ni.. pekerja2 pun mahu bertanding pilihanraya ka?? jika parti ini berjaya membentuk kerajaan, adakah pemimpin2 mereka hanya akan memperjuangkan kepentingan pekerja2 sahaja??

    ReplyDelete
  6. parti yang terang2 memperjuangkan hanya satu kelompok saja baik jangan disokong..

    ReplyDelete