Monday 4 June 2012

KDN MUAT NAIK RAKAMAN VIDEO BERSIH 3.0



MUAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memuat naik rakaman video perhimpunan haram Bersih 3.0 dalam laman web kementerian itu selewat-lewatnya Rabu ini untuk dilihat dan dinilai sen-diri oleh orang ramai.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.

Katanya, kementerian bersikap terbuka supaya rakyat boleh buat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan lain yang sempit serta perhitungan tertentu.

“Video ini juga bantu semua pihak yang berkepentingan untuk cari pertimbangan sewajarnya untuk masa depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin dan pelancaran buku ‘Dian Desa 2012’ di Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini semalam.

Hishammuddin berkata  kementerian juga bersedia menghadapi tindakan saman jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan sumber rakaman video berkenaan.

“Itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang terpaksa dipikul dan jika apa yang kami rakamkan itu tidak berdasarkan fakta, kami mengalu-alukan jika ada pihak ingin menyaman KDN.

“Ini kerana apa yang kami kehendaki ialah pembelaan bukan sahaja kepada pihak yang berhimpun tetapi kepada pihak polis juga, pihak media yang dikasari pun tuntut pembelaan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya tidak ada sebab untuk kementerian menyembunyikan kebenaran dalam visual dan gambar yang dimuat naik itu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa usaha mengesan individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu akan dilakukan secara berterusan sehingga mereka yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

Beliau menyeru orang ramai supaya turut sama membantu polis mengesan mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu. (Bernama)

7 comments:

  1. kita pandailah menilai kandungan video tersebut.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula sewaktu Bersih2.0 tahun lalu? ada yang dihadapkan ke mahkamah?

    ReplyDelete
  3. Penganjur Bersih pun wajar dikenakan tindakan. tidak mungkin berlaku kejadian ni kalau penganjur tidak beria-ia sangat mahu adakan perhimpunan. hairan Ambiga masih belum dikenakan apa2 tindakan hingga sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penganjur Bersih harus bertanggungjawab dengan apa yang terjadi.

      Delete
  4. Maka mari kita nantikan pendedahan keganasan BERSIH 3.0 ini nanti. Ini bagi memberikan peluang kepada rakyat menilai sendiri mengenai BERSIH3.0 ini.

    ReplyDelete
  5. Perusuh2 harus dikenakan tindakan undang2. Ambiga pun setuju juga

    ReplyDelete
  6. kalau KDN yang muat naik rakaman video, mesti ramai yang tidak puas hati.. kononnya rakaman itu telah di edit.. tapi bagi saya, samada video itu telah di edit atau tidak, perhimpunan Bersih ini tetap membawa banyak kesan buruk dan tidak patut diamalkan di negara ini..

    ReplyDelete