Friday 22 June 2012

KEDAI RUNCIT PAKISTAN SEMAKIN BERLELUASA




Oleh : DONNY YAPP

KOTA KINABALU : Sejak tahun lalu, Persatuan Pengguna Sabah (CAPS) telah menerima banyak aduan dan laporan dari kedua-dua golongan pengguna dan pekedai runcit tempatan berhubung semakin banyaknya kedai runcit yang dibina dan dan dioperasi oleh rakyat asing terutama Pakistan.

Kedai-kedai runcit Pakistan ini dikatakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan, dibina di merata tempat dan selekoh, di tempat-tempat yang biasanya rakyat tempatan tidak dibenarkan membuatnya ataupun pasti akan mengalami gangguan pihak berkuasa tempatan.

CAPS telahpun mengadakan tinjauan dan berjumpa dengan saksi-saksi di beberapa tempat dan amat terperanjat mendapati memang banyak sekali kedai-kedai yang dimaksudkan, sesetengahnya dikendalikan oleh orang Pakistan yang baru tiba di Sabah dan ada yang belum fasih berbahasa Malaysia.

Kedai-kedai ini banyak kelihatan muncul di Penampang, da juga sekitar bandaraya seperti di Likas, Inanam, Sembulan malah di daerah-darah lain seperti Papar, Beaufort, Putatan dan Kota Belud.

Apa yang memeranjatkan, didapati pekedai-pekedai runcit Pakistan ini semacam diberi layanan khas oleh pihak berkuasa Sabah kerana biasanya orang tempatan pasti akan berhadapan dengan pelbagai kesulitan jika berbuat seperti mereka lakukan.

Para peniaga Pakistan ini dengan mudah membina sambungan bangunan pada rumah-rumah orang yang mungkin terdesak mahukan sewa, atau mengambil alih bangsal buruk atau terbiar dijadikan kedai runcit ataupun membina begitu sahaja pondok-pondok kecil di tepi-tepi jalan pada mulanya dan kemudian membesarkan pondok menjadi sebuah bangunan kedai runcit yang lengkap.

Tidak kurang juga Pakistan ini yang membina begitu sahaja kedai runcit mereka betul-betul di luar apartmen-apartment yang baru siap dibina, malah ada sesetengahnya itu betul-betul melekat pada pagar apartmen dan ada juga yang betul-betul di bawah dawai elektrik sesuatu yang orang tempatan tidak ingin melakukannya.

Jika ada aduan pihak syarikat atau orang awam dan pihak berkuasa tempatan datang memeriksa, maka dengan cepat pula pekedai-pekedai Pakistan ini 'mengurus' masalah mereka dan itulah pengakhiran aduan itu.

Memang diakui ramai juga pengadu kepada CAPS itu adalah dari kalangan pekedai runcit tempatan juga yang merasa bahawa kerajaan negeri memberi layanan khas kepada pekedai Pakistan ini tetapi begitu tegas pula terhadap pekedai orang tempatan sendiri.

CAPS menimbulkan hal ini sekarang sebab ia merupakan aduan yang benar dan CAPS berpendapat hal seperti ini mesti diuruskan dengan baik mengikut peraturan dan kebiasaannya, jangan memberi tekanan tidak berpatutan kepada orang tempatan yang melihat orang asing dilayan begini baik di Sabah.
  
CAPS dalam masa terdekat ini akan membuat aduan rasmi kepada kerajaan negeri mengenai hal ini demi kepentingan para pengguna Sabah dan memberi pilihan kepada pengguna; namun hal ini harus ditadbir urus dengan baik mengikut peraturan yang ada.

CAPS juga mengambil kira bahawa hal yang sama ini telahpun dibawa oleh ADUN Pantai Manis, Abdul Rahim Ismail pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lepas.

40 comments:

  1. tidak salah mereka berniaga kedai runcit, asalkan mereka berniaga dgn sah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumlah bilangan juga harus dihadkan. Peluang harus diberi kepada orang tempatan.

      Delete
    2. Tapi hairan bagaimana mereka yang baru datang ke Sabah dan belum fasih berbahasa Malaysia boleh membuka kedai mereka sendiri?

      Delete
    3. itulah yang menjadi persoalan besar...

      Delete
    4. But the quantity is getting higher and higher. It certainly will affect the local operators.

      Delete
  2. kalau tidak sah, itu yang menjadi masalah dan harus dibenteras.

    ReplyDelete
  3. Lebih baik dari menjalankan aktiviti haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. But the thing is, they are overshadowing us.

      Delete
  4. Jika diberi lesen perniagaan, rasa-rasa mereka tidak bermasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. They are indeed licensed but the thing is, the merrier they are, the least thing we could make.

      Delete
  5. Jika menjalankan aktiviti haeam, harus juga mengambil tindakan yang wajar.

    ReplyDelete
  6. betul juga ini berlaku, banyak yang berkembang pesat. Harus juga memantau aktiviti golongan ini.

    ReplyDelete
  7. Bukan saja di pekan atau bandar tapi kawasan kampung pun banyak sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tercabarlah peniaga tempatan kalau macam ni. makin banyak persaingan. apapun kena siasat dulu adakah warga Pakistan ni sah jalankan perniagaan.

      Delete
    2. Pakistan ni sanggup masuk kampung bawa tilam yang besar tu untuk jual di kampung hanya dengan menaiki motor. ramai penduduk yang minat membeli barangan mereka sebab boleh bayar ansuran.

      Delete
    3. Take a look at Putatan, Kolombong, Inanam and etc. They are indeed lots of them.

      Delete
  8. peluang perniagaan yang sepatutnya milik rakyat tempatan dirampas oleh orang luar..perkara ini harus diselesaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tidak patut berlaku. Peluang perniagaan sepatutnya diutamakan kepada rakyat tempatan .

      Delete
  9. pihak berkuasa harus lebih transparen berhubung dengan perkara ini...rakyat harus diutamakan dan didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is not about being transparent but being compassionate about the locals' rights.

      Delete
    2. people first! and not pakistan first.

      Delete
  10. Maju betul pakistan di tempat kita kan. Bukan itu saja yang kawin dengan local pun ramai. hhmmm.. Percayalah aku oo:Pa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marrying locals- Its the pakistan strategy to stay in sabah.

      Delete
  11. Nampaknya local terpaksalah lipat gandakan usaha supaya dapat bersaing dengan warga pakistan ni. Kerajaan harus c/tangan dan pastikan orang tempatan tak ketinggalan dalam dunia perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government need to ensure that the locals are not far behind when it comes to owning a business. Investigation on the pakistan needed to be done to ensure that they got their business license in a legit way.

      Delete
  12. priority must be given to our locals to conduct a business. If the pakistan can, why can't our locals?

    ReplyDelete
  13. sesiapa yang menjalankan perniagaan haram sudah tentu lesennya akan dibatalkan

    ReplyDelete
  14. jikalau mereka menjalankan perniagaan secara haram sudah tentu pihak berkuasa telah menarik balik lesen perniagaan mereka

    ReplyDelete
  15. tentunya tidak salah jikalau golongan ini berniaga mengikut prosedur yang sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mereka berniga ikut prosedur dan peraturan itu rasanya tidk menjadi masalah.

      Delete
  16. jikalau ada salah-laku biarlah pihak penguatkuasa menjalankan tugas mereka dengan bersih, cekap dan amanah

    ReplyDelete
  17. Apa yang penting, kerajaan kita memberi peluang kepada semua peniaga-peniaga untuk melakukan perniagaan yang sah di Sabah

    ReplyDelete
  18. Tidak dinafikan lagilah mengenai perkara ini. Apa yang hebat dengan Pakistan tersebut sehingga mampu membuka kedai-kedai sedemikian.

    ReplyDelete
  19. jika mereka melanggar peraturan, tindakan perlu diambil.

    ReplyDelete
  20. di Sabah ni banyak peluang perniagaan, cuma kadang kala orang kita yang malas sampaikan mudah orang luar ambil peluang kita.

    ReplyDelete
  21. apa pun, pekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. jangan sampai orang sendiri tiada peluang dalam perniagaan runcit.

      Delete
  22. Memang perasan banyak kedai runcit pakistan. pandai betul durang cari rezeki di Sabah. Patut orang2 Sabah berusaha lebih dari durang

    ReplyDelete
  23. kalau peniaga2 Pakistan ini tidak memiliki IC atau dokumen perjalanan yang sah, buat la laporan polis..

    ReplyDelete
  24. bukannya orang tempatan tidak dibenarkan berniaga.. kerajaan tidak pernah menghalang orang tempatan dari berniaga, malah pelbagai bantuan diberikan. tapi malangnya sangat kurang penduduk tempatan yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan.. itulah realiti..

    ReplyDelete