Wednesday 13 June 2012

KENAPA PEGAWAI PEGAWAI KPM SUKA MELAWAT SABAH?



           
Saudara Pengarang,

AKHIR-AKHIR ini kelihatan kelibat pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia agak RAJIN melawat ke Sabah. Lawatan yang agak kerap ini menimbulkan seribu pertanyaan. Apakah tujuan mereka turun? Dari pegawai yang berpangkat PSU, KPSU, TSUB, SUB, TKSU bahkan KSU dan Timbalan Menteri sendiri selalu melawat Sabah.

Walaupun agak kerap turun, namun masalah projek sakit, lewat jadual bahkan hidup segan mati tidak mahu tidak juga berkurang. Adakah mereka datang untuk menyelesaikan masalah atau pun ada perkara lain seperti kata pepatah 'ada udang di sebalik batu'?

Saya sebagai rakyat jati bumiputera Sabah, orang kata, "kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan". Tetapi jangan silap maksud. Ini hanyalah kepada mereka yang benar-benar ikhlas berniat membantu pelajar/rakyat Sabah.

Jika tujuan turun ke Sabah untuk menunjukkan belang, "Akulah Bos Dari KPM" bagus janganlah. Bagus kamu pulang baik sebelum kena halau. Jika datang mencari jodoh pun kita tidak larang. Tapi jangan pula jodoh 'spare part'.

Bukannya apa, sekiranya kerajinan mereka turun melawat ke Sabah dapat membuat projek berjalan lebih laju dan lancar, silakanlah. Tapi 'kalau' datang mau kutip ufti...ehem! ehem!...bagus saya tapis-tapis sedekit agar tidak dikatakan fitnah; saya kata 'kalau'. Bukannya tuduh. Tanya-tanya sahaja. Lagi memeningkan kepada pegawai yang turun selalu bertukar-tukar. Apakah motif di sebalik perkara ini?

Mahu dikatakan 're-shuffle', mustahil pula tiga bulan sekali. Tidaklah produktif kalau sampai ke tahap macam itu. TSUB sekejap lelaki, sekejap perempuan. Sekejap kurus, sekejap gemuk. Sekejap tinggi, sekejap rendah. Siapabah sebenarnya Pegawai KPM ini?.

Kenapa tidak wakilkan sahaja kepada pegawai pendidikan negeri yang mengurus aset pendidikan negeri Sabah. Tidak layakkah pegawai di Jabatan Pendidikan Sabah mentadbir urus 'rumahtangga' mereka sendiri?

Bukankah lawatan yang agak kerap secara langsung memberi kos perbelanjaan kepada kerajaan? Mungkin mesyuarat di Kuala Lumpur tidak seronok kerana tidak ada 'sumandak' barangkali?

Salam Hormat,

INSAN KERDIL

10 comments:

  1. apa2 lawatan yang dibuat tu biarkan memberi manfaat, jgn hnya lawatan kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada niat tersirat. siapa tahu:)

      Delete
  2. Penulis tertanya2, jadi harap2 lepas ni dia dapat jawapan.

    ReplyDelete
  3. Adalah itu kalau kerap sudah datang Sabah.

    ReplyDelete
  4. Mungkin ka hanya trip saja untuk melancong

    ReplyDelete
  5. kira bagus la ba pegawai2 KPM turun padang lihat sendiri situasi di negeri ini.. tidak juga kena label makan gaji buta.. jangan la harap mereka datang hari ini, masalah pun selesai hari ini.. kalau ada bangunan yang tidak siap, penulis ni assume yang pegawai2 ni datang untuk kasi siap itu bangunan sebelum balik ke semenanjung ka?? mestilah mereka mahu kaji apa masalah sebenarnya.. apa la..

    ReplyDelete
  6. kenapa tidak pertikaikan sekali pemimpin2 pembangkang di semenanjung yang datang ke Sabah?? kalau setakat datang mau jadi hero baik tidak payah.. kalau mereka datang selesaikan masalah sekelip mata barulah layak terima pujian dan undi..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  8. Fikir dulu sebelum menyiarkan apa2 propaganda. Nanti jgn sampai org kata, DAH LA BODOH, BANGANG PLK TU!

    ReplyDelete