Wednesday 13 June 2012

KERAJAAN PERLU MASA HALUSI TOR RCI DI SABAH




KUALA LUMPUR: Proses menyediakan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah mengambil masa kerana perlu mengambil kira rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata atas sebab yang sama, kerajaan juga memerlukan lebih masa menamakan panel yang menganggotai suruhanjaya berkenaan.

"Mengambil kira masalah yang ditimbulkan itulah kita ambil masa untuk pastikan terma rujukan dan juga untuk perhalusi mereka yang layak untuk jadi panel," katanya pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang meminta terma rujukan suruhanjaya itu benar-benar diperhalusi agar tidak menganiaya rakyat Malaysia di Sabah yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri seperti Mykad dan sijil kelahiran.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengenai status terkini cadangan penubuhan suruhanjaya siasatan itu, Mohamed Nazri berkata proses penyediaan terma rujukan kini berada di peringkat akhir.

"Bagi memastikan tujuan suruhanjaya ini ditubuh dicapai sepenuhnya kerajaan perlu pastikan terma rujukan adalah menyeluruh supaya masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dapat diselesaikan secara komprehensif.

"Anggota juga dipilih dalam kalangan mereka yang berpengalaman luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam berhubung pendatang asing di Sabah untuk pastikan syor yang dikemukakan boleh dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

Menjawab soalan tambahan Anwar sama ada kerajaan bercadang menggunakan suruhanjaya yang sama bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk kemungkinan berlaku penipuan dalam senarai daftar pemilih pilihan raya, Mohamed Nazri berkata suruhanjaya itu hanya untuk menangani masalah di Sabah. (BERNAMA)

26 comments:

  1. Maknanya kena tunggu lagilah beberapa tempoh masa barulah RCI dilaksanakan kalau begini. sempatkah sebelum tiba pilihanraya?

    ReplyDelete
  2. Kenapa tidak tubuhkan RCI sekali untuk seluruh negara??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its better one state a time or else it would be difficult to completing solving the illegal immigrant issue in SABAH

      Delete
  3. terma rujukan RCI mmg perlu diperhalusi dan diteliti, ia penting bagi memastikan RCI yagn ditubuhkan nnti berjalan dgn baik.

    ReplyDelete
  4. harap panel terpilih yang akan menganggotai suruhanjaya berkenaan adalah dari golongan rakyat Sabahan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. not only should the panel members are sabahans but they must be someone who is clean from corruption and could be trusted to fulfil their responsibilities.

      Delete
  5. memang sudah dijangka proses menyediakan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini akan mengambil masa..

    ReplyDelete
  6. yang penting, TOR tetap akan disediakan oleh pihak Najib/JPN

    ReplyDelete
  7. semoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM will surely implement RCI but when will it be implemented is the question. Hopefully it would be implemented before election comes.

      Delete
  8. harap masalah PTI dapat ditangani dengan lebih berkesan di Sabah selepas perlaksanaan RCI ini

    ReplyDelete
  9. Hope that the RCI will include all the factors necessary to ensure the illegal immigrants and project IC issues can be targeted properly.

    ReplyDelete
  10. Datuk Najib said once the Terms of Reference have been finalized, the RCI will be implemented officially. Hope that the government will do their best to finalize the TOR as soon as possible.

    ReplyDelete
  11. I hope it wouldn't take long for RCI to be implemented in sabah.

    ReplyDelete
  12. Persekutuan harus mempercepatkan process menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  13. TOR satu isu? Panel satu isu? Siasatan satu isu? keputusan siasatan satu isu? Tindakan satu lagi isu? Kesemua ini memerlukan masa yang panjang.

    ReplyDelete
  14. Isu PATI tidak harus dilenggah-lenggahkan lagi.

    ReplyDelete
  15. PATI bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh negara, maka, RCI harus dibuat secara keseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pati banyak memberikan masalah, sebab itu semua berharap ianya cepat selesai.

      Delete
  16. Pemilihan Panel amat penting. Apakah syarat untuk memenuhi panel tersebut?

    ReplyDelete
  17. Mengenai RCI itu rasanya kerajaan perlu meneliti sebaiknya bagi memastikan siasatan yang dibuat akan mendapat kejayaan yang terbaik.

    ReplyDelete
  18. Jika itu yang kerajaan katakan rasanya rakyat faham akan perkara itu. Tapi yang pasti kerajaan harus melaksanakan RCI ini secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kalau cepat dibuat harap masalah pati juga cepat selesai.

      Delete
  19. penyediaan TOR sudah berada di peringkat akhir, harap akan dapat disiapkan dengan seera.

    ReplyDelete
  20. Let a Sabahan leads the RCI members.

    ReplyDelete
  21. penubuhan RCI memerlukan dana awam yang banyak.. oleh sebab itu, penubuhan RCI tidak boleh dibuat secara tergesa2.. lagi bagus jika kelewatan penubuhan RCI ini bersangkut paut dengan persediaan dihendak dilakukan oleh kerajaan.. itu tandanya kerajaan berhati2, teliti dan bersungguh2 mahu menyelesaikan masalah ini..

    ReplyDelete