Monday 18 June 2012

KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAI SEKOLAH CINA




LAHAD DATU : Kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana sekolah aliran Cina di daerah ini sebaliknya mereka turut menikmati pembangunan dan layanan yang sama seperti sekolah kerajaan yang lain.

Buktinya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chee Vun Lahad Datu, telah menerima durian runtuh sebanyak RM10,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu, Datuk Nasrun Haji Datu Mansur, yang disalurkan menerusi agehan peruntukkan Khas Adun semasa beliau melawat ke sekolah itu, kelmarin.

Peruntukkan itu adalah bagi tujuan membaik pulih prasarana dan mengecat bangunan Dewan Sekolah berkenaan yang telah agak usang.

Kata Nasrun, pemberian sumbangan berkenaan menunjukkan kerajaan terus komited dalam memastikan semua kaum tidak terpinggir dalam arus pendidikan Negara.

“Kerajaan memberikan segala bantuan yang diperlukan bagi memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang terbaik. Inilah tugas kami sebagai wakil rakyat bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi,” ujarnya.

Oleh itu, beliau juga ber- harap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada usaha yang dilakukan oleh Kerajaan kerana BN sudah lama memberi bantuan supaya rakyat boleh menikmati kemajuan tanpa mengira kaum.

Terdahulu sebelum itu, Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri turut mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah berkenaan, Tai Chong Fook berhubung keperluan di sekolah itu termasuk sekolah tadika berkenaan yang memohon bantuan peruntukkan bagi tujuan pembinaan bangunan bilik darjah baru dan bilik guru yang telah usang.

Bagaimanapun mengenai permohonan berkenaan,katanya beliau akan mengajukan perkara itu kepada kementerian yang berkenaan.

Sementara itu, Tai berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan kehadiran dan kunjungan wakil rakyat itu ke sekolah berkenaan.

“Kami amat berterima kasih kepada Nasrun kerana meluangkan masa melawat ke sekolah ini, sekali gus mendengar keperluan dan masalah yang dihadapi. Sesungguhnya keprihatinan beliau amat kami hargai dan kami amat berbangga menjadi warga sekolah ini,” katanya yang ditemui selepas lawatan tersebut.

Turut sama pada lawatan itu ialah guru besar SJK Chee Vun, T.L.Yong, Guru Besar sekolah Tadika Chee Vun, Rose Ngui Moi Kui, Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Lahad Datu, Aljen Johnny, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Lahad Datu, Amat Paduka Kawoh dan ahli-ahli lembaga sekolah dan guru-guru.(NST)

8 comments:

  1. Kerajaan pastikan semua kaum mendapatkan layanan yang sama rata.

    ReplyDelete
  2. Harap pemberian peruntukan tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Sabah.

    ReplyDelete
  3. semua sekolah termasuk sekolah Cina tidak pernah diabaikan, semua dilayan sama rata.

    ReplyDelete
  4. Itu sudah semestinya. Kerajaan tidak lupa akan Sekolah jenis kebangsaan yang ada di Sabah ini. Ini cuma permainan sesetengah pihak untuk memburukkan pihak kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keprihatinan kerajaan kepada semua sekolah boleh dilihat dengan bantuan2 yang telah diberi.

      Delete
  5. Kerajaan sentiasa prihatin dan membantu kepada semua sekolah yang ada di Sabah

    ReplyDelete
  6. jika kerajaan abaikan sekolah jenis kebangsaan, sudah lama sekolah jenis ini pupus di Malaysia.. sebaliknya sehingga hari ini, makin bertambah sekolah2 jenis kebangsaan dan sambutannya juga amat menggalakkan dimana kaum lain juga turut menghantar anak2 mereka ke sekolah jenis kebangsaan..

    ReplyDelete