Wednesday 20 June 2012

KKLW TIDAK PERNAH GAGALKAN PROJEK BALB




Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada posting blog sabahkini.net bertarikh 17 Jun 2012 dengan tajuk 'KKLW Gagal Laksanakan NKRA DiSabah'. Sebagai makluman, Pelaksanaan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di seluruh negara adalah mengikut senarai keutamaan yang dikemukakan oleh pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN).

Sepertimana di Sabah, senarai berkenaan telah disemak secara terperinci oleh Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS).

Justeru, tidak Iangsung timbul persoalan KKLW gagal untuk melaksanakan projek BALB memandangkan status kesemua projek di bawah NKRA (Tahun 2010 - Tahun 2012) masih dalam perlaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2012.

Di kawasan Bandar Keningau, bekalan air bersih dan terawat diperolehi dari dua (2) Ioji utama iaitu Loji Rawatan Air Kg. Keningau berkapasiti 5 mld dan Loji Rawatan Air Bingkor berkapasiti 25 mld.

Pada masa ini, kedua-dua Ioji tersebut tidak mampu menampung keperluan bekalan air bersih di Bandar Keningau sebanyak 45 mld hingga 50 mld. Peningkatan permintaan bekaian air disebabkan oIeh pertambahan bilangan penduduk dan penempatan baru menyebabkan terdapat gangguan bekalan air secara berterusan.

Bagi mengatasi masalah tersebut dalam jangka masa panjang, YAB. Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan pinjaman RM235 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk membina sebuah Ioji rawatan baru di Keningau dan dijangka mampu menyelesaikan masalah keseluruhan bekalan air di Bandar Keningau.

Pada masa yang sama juga, KKLW melaksanakan projek BALB loji Air di Kg. Agudon yang berkapasiti 8 mld bagi membekalkan air bersih ke Kg. Agudon, Kg Banjar, Perumahan PPR, Kg. Kauran, Kg. Patikang, Kg. Batu 27, Kg. Meninpir dan Kg. Mantatap dengan bilangan penduduk sebanyak 26 ribu orang.

Berhubung pelaksanaan projek BALB di kawasan Tenom, Projek BALB Sistem Retikulasi dan Projek Sistem Bekalan Air Tenom (Fasa 2) adalah bertujuan untuk meningkatkan kawasan Iiputan bekalan air bersih di kawasan Tenom merangkumi keperluan bekalan air sehingga tahun 2030 agar masalah gangguan bekalan air tidak berlaku di kawasan Tenom.

Justeru, tidak timbul soal pembaziran wang bagi pelaksanaan projek-projek tersebut memandangkan cadangan tersebut juga adalah daripada pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) yang telah mengambil kira keperluan bekalan air di seluruh kawasan,Tenom.

Selain itu juga, projek-projek BALB di Kunak, Keningau, Tenom turut dilaksanakan secara Tender Terbuka yang dapat memberi 'vaIue for money' bagi setiap projek yang dilaksanakan oIeh Kementerian ini.

Sekian terima kasih.

MEOR HAFIZAN BIN ABDUL GHANI
Ketua Komunikasi Korporat,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, PUTRAJAYA

28 comments:

  1. pihak KKLW dah beri penjelasan, harap seau pihak faham dan terima penjelasan ini.

    ReplyDelete
  2. wang pinjaman yang diberikan untuk membina loji rawatan air harus digunakan dgn baik, jgn sampai ada salah guna, ia adalah wang pinjaman, kena dibayar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengurusan kewangan harus dibuat dengan lebih berhati-hati dan memastikan projek yang dijalankan menghala ke arah yang positif.

      Delete
  3. Ternyata pihak yang buat dakwaan tu hanya cakap ikut sedap mulut dan bukannya berasaskan fakta dan bukti.mujur tidak disaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motif pihak membuat dakwahan tu hanya untuk menjatuhkan pihak lain.

      Delete
  4. Pihak kontraktor yang diupah perlu dipastikan menjalankan tugas dengan baik dan akan menyiapkannya pada waktu yang ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada masalah maka pihak kontraktor yang perlu dipersalahkan...

      Delete
    2. Kontraktor harus memastikan projek dijalan lancar dan disiapkan dalam tempoh.

      Delete
  5. Harap dengan adanya penyelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak info kepada kita semua. Sedia maklum bahawa tidak semua benda kita dapat lakukan dalam masa yang sama. Mesti dilakukan berpetingkat-peringkat.

    ReplyDelete
  6. Projek kerajaan seharusnya tidak ada masalah kerana semuanya sudah tersedia, terutama sekali yang berkaitan dengan isu wang.

    ReplyDelete
  7. penjelasan panjang lebar telah pun diberikan oleh pihak KKLW.

    ReplyDelete
  8. Biasalah tu gosip. Ada pihak saja mahu timbulkan isu:P

    ReplyDelete
  9. Jadi janganlah putar belit hal ni lagi since penjelasan dah diberi:)

    ReplyDelete
  10. The complainer needs to get his/her fact right first.

    ReplyDelete
  11. Apa pun kita harap masalah bekalan air ini akan dapat diselesaikan sebaiknya dikawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  12. Kalau itu yang dikatakan oleh pihak KKLW baguslah. Harap apa-apa projek akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  13. Bekalan air yang masih membelenggu penduduk menyebabkan ada pihak yang cuba memainkan isu BALB ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada yang sengaja memainkan isu ini untk kepentingan tertentu.

      Delete
  14. Terimalah penjelasan yang dibuat.

    ReplyDelete
  15. kerajaan harus memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan bekalan sering dalam keadaan yang selamat untuk diguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha untuk memenuhui keperluan rakyat harus berterusan.

      Delete
  16. Government will prioritize their project.

    ReplyDelete
  17. ini penjelasan untuk menjawab persoalan yang timbul sebelu ini.

    ReplyDelete
  18. penjelasan sudah pun diberikan bagi menjelaskan isu yang telah ditimbulkan.

    ReplyDelete
  19. yang penting kini KKLW melaksanakan projek dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  20. Penjelasan yang diberi harap boleh memuaskan hati ramai pihak.

    ReplyDelete
  21. pihak KKLW perlu juga menjawab aduan2 sebelum ini berkenaan dengan projek terbengkalai, projek lesap dan sebagainya..

    ReplyDelete