Tuesday 12 June 2012

LAJIM NAFI KELUAR UMNO, TIDAK SERTAI PEMBANGKANG




KUALA LUMPUR  : Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin pada Isnin menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.

Anggota Parlimen Beaufort itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Pada Isnin, Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang.

Lajim berkata melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui. (Bernama)

35 comments:

  1. semua yang dikatakan akan keluar dari BN tidak akan keluar, mereka akan terus bersama BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ianya adalah khabar angin yang disebarkan oleh pembangkang..mungkin sudah terdesak sangat ni pembangkang.

      Delete
    2. Good luck to Lajim, hope he can do more for the people in UMNO.

      Delete
  2. PKR pasti dah terdesak sampai sebarkan cerita mcm ini.

    ReplyDelete
  3. Setakat ni, lebih dari dua kali sudah Lajim buat penafian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau apapun keputusan Lajim, harus juga dihormati.

      Delete
  4. Kalau benar hati Lajim masih bersama BN, harap dia dapat buktikannya.

    ReplyDelete
  5. till now the rumours about Lajim quitting umno to join opposition is still circulating around even though Lajim denies the rumours.

    ReplyDelete
  6. from where exactly did this rumours come from?

    ReplyDelete
  7. Lajim tidak akan keluar dari Umno.

    ReplyDelete
  8. Ini hanya khabr angin yang di keluarkan oeh pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  9. penjelasan sudah pun diberikan oleh lajim...demikian juga oleh wilfred...

    ReplyDelete
  10. Kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita lihat/dengar dalam media

    ReplyDelete
  11. tidak hairanlah jika PRU semakin dekat, macam-macam Khabar angin akan didengari

    ReplyDelete
  12. janganlah menyebarkan khabar angin yang tidak benar

    ReplyDelete
  13. Adakah beliau perlu meninggalkan parti? biarlah dia sendiri yang menentukannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim harus mengesah di mana beliau harus berada supaya rakyat masih bersama beliau.

      Delete
  14. lagipun, itu haknya sendiri untuk membuat keputusannya

    ReplyDelete
  15. Now, Lajim already make himself clear, stop make more assumption.

    ReplyDelete
  16. Ada juag pihak memainkan isu ini untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu dimainkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

      Delete
  17. Kebajikan untuk rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  18. Lajim harus memberi kenyataan bahawa beliau masih bersama BN.

    ReplyDelete
  19. Lajim masih berkekalan perjuangannya bersama UMNO.

    ReplyDelete
  20. Apakah kesan jika benarnya LAjim keluar dari UMNO?

    ReplyDelete
  21. Walaupun Lajim telah menyatakan beliau masih bersama BN, tetapo juga ada pihak memainkan isu ini lagi.

    ReplyDelete
  22. Saya sendiri tidak percaya yang Datuk Lajim akan keluar UMNO. cuma khabar angin ini direka oleh pihak lain.

    ReplyDelete
  23. Kita tunggu dan dengar sendiri mengenai perkara ini jika benar-benar inginkan kepastian.

    ReplyDelete
  24. ternyata apa yang didengar kebelakangan ini hanya khabar angin semata-mata.

    ReplyDelete
  25. kesimpulannya, jangan mudah percaya dengan khabar angin yang dimainkan.

    ReplyDelete
  26. Perkara ini semakin menjadi-jadi dan panas. Semakin Lajim menafikan semakin kerap isu ini dimainkan

    ReplyDelete
  27. awal tahun ni pun sudah keluar ba khabar angin ni.. sudah pun dinafikan oleh Lajim.. tapi masih juga ada pihak yang tidak henti2 menyebarkan khabar angin ini.. kalau tidak ada isu, cari la ba isu yang realistik sikit..

    ReplyDelete
  28. kalau Lajim mahu keuar pun, itu hak dia la.. terpulang la dengan dia mahu buat keputusan.. itu masa depan politik dia.. kalau kena label sebagai pemimpin tamak atau katak, biar dia sendiri saja yang tanggung..

    ReplyDelete
  29. yang pasti, walaupun Lajim kerap membuat kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan pucuk pimpinan, beliau tetap masih berada dalam umno.. tidak seperti komponen Pakatan.. mana2 pemimpin2 yang buat kenyataan bertentangan dengan kemahuan parti, pasti kena pecat atau dilucutkan jawatan..

    ReplyDelete