Monday 4 June 2012

LAMBANG PAKATAN Vs BARISAN NASIONAL



Saudara Pengarang,

KEADILAN - Simbol mata membawa erti mata melihat jauh ke hadapan dan melihat dengan membezakan antara  perkara yang baik dan perkara yang tidak baik. Ada juga pepatah jauh di mata dekat di hati dan simbol mata juga berkaitan dengan hati dan perasaan.

PAS - Simbol bulan menerangi rakyat di dalam kegelapan terutama sekali pada waktu malam. Cahaya juga beerti NUR.

DAP -  Simbol roket sangat bercita-cita tinggi untuk membawa Negara jauh dan laju ke depan sehingga ke  ruang angkasa iaitu ke arah kemajuan.
SAPP - Simbol matahari terbit di celah gunung kinabalu beerti sinar harapan untuk rakyat Sabah untuk menikmati kemajuan dan kemewahan menjadi rakyat Malaysia di bawah pemerintahan PAKATAN.

UMNO - Simbol keris untuk membunuh rakyat. Tidak sesuai keris digunakan untuk memotong sayur.

BN - simbol dacing yang kononnya seimbang atau adil tapi sebenarnya penuh dengan penipuan kerana nampak sahaja rata tetapi nilainya penuh dengan penipuan. Dacing juga merupakan alat yang sangat penting dalam perniagaan dan terbukti BN hanya untuk tujuan perniagaan memperkayakan diri sendiri dan bukannya untuk membela rakyat.

Jadi apa penyelesaiannya? Penyelesaiannya ialah kita kena tukar kerajaan dan ini boleh kita lakukan pada PRU 13 nanti. Cadangan saya ialah kita undi pembangkang tidak kiralah PAKATAN (PKR, PAS dan DAP ) atau pembangkang tempatan negeri Sabah seperti SAPP.

Mungkin ada yang akan mempertikaikan kenyataan saya ini iaitu parti pembangkang  seperti PAKATAN adalah parti  dari Semenanjung.  Bagi saya PAKATAN ialah semua yang menentang BN dan UMNO termasuk parti pembangkang tempatan di Sabah seperti SAPP.

Kita masih memerlukan parti pembangkang dari Semenanjung sebab jika setakat BN saja yang kalah di Sabah tidak cukup. Kita harus menghapuskan BN dan UMNO secara total di peringkat setiap negeri dan di peringkat negara. Selepas itu baru lah kita spesifik kepada negeri Sabah. Selangkah demi selangkah.

Jika Pakatan tidak bagus juga, kita tukar lagi kepada BN selepas satu penggal. Apa masalahnya? Sedangkan sebelum ini kita sudah beri banyak peluang kepada BN dan UMNO sejak berpuluh penggal.

Salam Reformasi,

BUTITIT POIMPOSIK 

9 comments:

  1. These are all personal opinions, it depends on how the people sees it. Not necessarily everyone agrees on this.

    ReplyDelete
  2. pasal lambang pun nak dijadikan isu. apalah..

    ReplyDelete
  3. Jika Butitit di pihak kerajaan, tentu penilaian akan berubah juga.

    ReplyDelete
  4. Tiada makna juga tu lambang dan simbol yang cantik kalau kerja parti tu tidak 'cantik'.

    ReplyDelete
  5. Tidak hairan kalau itu dari mulut pembangkang. Biarkan saja. Sudah namanya pembangkang pasti akan memburuk-burukkan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu, kalau sudah tidak suka, apa pun yang kerajaan buat semua pun tidak berkenan di hati.

      Delete
  6. Tu cuma loga. Masing2 ada pendapat sendiri.

    ReplyDelete
  7. kesian juga artikel dari si Butitit ni.. tidak ada idea ka sampai persoalkan logo parti?

    ReplyDelete
  8. ini pula pandangan saya berkenaan dengan parti Pakatan..

    lambang satu mata PKR itu sama dengan lambang gerakan Zionis Yahudi antarabangsa Illuminati.. kebetulan??

    slogan PAS For All pula sama dengan Israel For All.. kebetulan??

    lambang DAP pula, menggambarkan sebuah roket melanggar bulan(PAS).. apa maksudnya tu??

    ReplyDelete