Monday 11 June 2012

LAMPU JALAN DI SIBUGA BERBAHAYA




Oleh : CHUNG SHAK HUNG

PERMINTAAN kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada 3 Mei 2012 bagi mengatasi masalah lampu jalan bermula dari SK St Monica, Batu 5 sehingga bulatan Lintas Sibuga, adalah mendukacitakan memandangkan telah lebih daripada sebulan berlalu tidak ada sebarang tindakan diambil.

Permohonan untuk menukar lampu jalan dari mentol warna putih kepada mentol warna kuning yang dibuat oleh pengguna jalan, terutamanya pada waktu malam dan ketika hujan lebat, tidak langsung dilayan sehingga menyebabkan pemandu sentiasa diintai bahaya kerana penglihatan pemandu amat terhad sehingga menyukarkan dan membahayakan kerana yang berliku-liku serta sempit.

Secara logiknya, mungkin ramai yang beranggapan mentol warna putih untuk lampu jalan adalah lebih terang, namun ia adalah sebaliknya memandangkan pemandu langsung tidak dapat melihat dengan jelas apabila waktu malam terutamanya ketika hujan turun dengan lebat.

Sungguhpun aduan kali kedua telahpun dibuat beberapa hari yang lepas dan mendapat maklum-balas daripada MPS bahawa permasalahan ini perlu mengambil masa memandangkan perlu memohon peruntukan.

Namun sampai bila kita perlu berhadapan dengan layanan yang sebegini rupa sedangkan keadaan lampu jalan tersebut amat membahayakan pemandu yang menggunakan jalan berkenaan. Mungkinkah Jurutera MPS buta warna?

Bukan itu sahaja, bilangan lampu jalan yang begitu kurang sekali di sepanjang jalan tersebut, juga telah diajukan. Walaupun untuk memasang lampu jalan tambahan mengambil masa yang lama memandangkan perlu memohon peruntukan dan kerja-kerja menganalisa, namun penukaran mentol lampu jalan dari warna putih kepada warna kuning, sepatutnya tidak menjadi permasalahan untuk dilaksanakan.

Perlu diingat nyawa pemandu sentiasa terancam dengan keadaan lampu jalan yang tidak sesuai dan kita tidak faham kenapa MPS lalai dan tidak komited terhadap semua aduan yang telah diajukan?

7 comments:

  1. The MPS should give attention to the complaints regarding the damaged street lights in Lintas Sibuga. Hopefully repair works will be done soon.

    ReplyDelete
  2. It could be dangerous for the drivers if the lighting is insufficient especially during the night or rainy days. Hope that the MPS will take actions soon before any incidents happened.

    ReplyDelete
  3. Inilah masalahnya kalau tunggu kelulusan dan peruntukan lagi. apapun, harap2 dapat disegerakan sebelum ada kejadian buruk berlaku. nanti tambah dipersalahkan lagi.

    ReplyDelete
  4. mmg bahaya jalan seperti itu tiada lampu jalan. jadi sediakan ia segera.

    ReplyDelete
  5. Semoga masalah ini akan dapat dibincangkan dan berikan maklumbalas mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  6. bagus cabut saja la semua lampu tepi jalan.. guna lampu kenderaan masing2 saja la..

    ReplyDelete
  7. bagaimana pula dengan sikap pemilik kenderaan yang sengaja menggunakan lampu putih yang terang sehingga mengganggu penglihatan pemandu2 lain??

    ReplyDelete