Monday 11 June 2012

LDP SILAM AKAN WUJUDKAN GERAI 1MALAYSIA




KENANGAN..Chong bergambar kenangan bersama sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam program gotong-royong tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PARTI Liberal Demokratik Sabah (LDP) sedang dalam peringkat akhir untuk menaik taraf Gerai Dam di Lahad Datu sebagai Gerai 1Malaysia yang mempunyai sebuah Pusat Maklumat Kontemporari bagi memastikan para peniaga mampu meningkatkan daya saing dan bermaklumat.

Timbalan Pengerusi LDP Silam, Chong Su Vun berkata demikian ketika mengetuai program Gotong Royong bagi membersihkan kawasan persekitaran Gerai Tamu Dam di Lahad Datu, kelmarin.

Menurut Chong, wawasan LDP terhadap Gagasan 1Malaysia cukup jelas dan sentiasa memupuk Konsep dan Semangat 1Malaysia yang dicetuskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

"Selain menaiktaraf Gerai Dam, kita akan menubuhkan Pusat Maklumat yang dilengkapi dengan ICT untuk memberikan maklumat yang tepat berhubung dengan konsep 1Malaysia," ujar Chong yang akan memastikan Gerai Dam diberi wajah baru dan bakal menjadi salah satu destinasi pelancongan di masa akan datang.

Kata Chong, jika sambutan menggalakkan dan keselamatan terkawal, kemungkinan besar pihak para peniaga akan mengendalikan Gerai Dam 24 jam sehari; tertakluk kepada kelulusan MDLD kelak.

Dalam pada itu, kata Chong, gotong-royong yang dianjurkan LDP merupakan katalis terbaik untuk mengeratkan perpaduan dan menjalinkan kerjasama erat di kalangan masyarakat majmuk di Sabah dan sewajarnya terus dibudayakan agar menjadi aset masyarakat yang tersendiri.

Program anjuran peniaga Gerai Dam itu telah disertai lebih 60 orang termasuk Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang memainkan peranan pro-aktif menjayakan gotong-royong berkenaan.

Chong berkata kerja amal ini ia bukan sekadar untuk membersihkan kawasan persekitaran, bahkan menjurus kepada penyatuan dan menjana setia kawan dan serta menjalinkan keharmonian yang jitu antara satu sama lain.

Dalam kesempatan itu Chong menasihatkan kepada para penjaja agar mengutamakan penjagaan kebersihan di sekeliling kawasan gerai tamu mereka dengan membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).

"Begitu juga dengan pengunjung gerai ini agar memastikan kebersihan sebagai satu budaya hidup yang murni dan luhur," ujar Chong yang membayangkan sedang menaik taraf gerai berkenaan agar menjadi tumpuan ramai di suatu masa kelak.

Beliau yang juga mewakili para penjaja di gerai berkanan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan Bomba Lahad Datu kerana turut menjayakan program tersebut serta memberikan bantuan bertungkus lumus.

25 comments:

  1. Good effort from LDP for organizing the gotong-royong Dam Tamu stalls at Lahad Datu.

    ReplyDelete
  2. Thanks to the Lahad Datu Firefighters who contributed their efforts in this program as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan aktiviti dan program.

      Delete
  3. Sekarang gerai 1Malaysia pun ada sudah. bolehlah berkunjung, mungkin tiada lagi komplen tentang harga kalau membeli di gerai 1Malaysia ni cuma tahap keselamatan dan kualiti makanan saja la.

    ReplyDelete
  4. Selain Lahad Datu, mana lagi yang sudah wujudkan gerai 1Malaysia? macam bagus juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ianya perlu diperluaskan ke seluruh negeri sabah..

      Delete
  5. gerai ini pasti memberi manfaat kepada pendudk tempatan.

    ReplyDelete
  6. LDP has shown a very good effort in organizing such program. Keep up the good work.

    ReplyDelete
  7. budaya gotong-royong harus diaktifkan kembali...

    ReplyDelete
  8. bagus juga idea LDP silam...harap ianya akan menjadi kenyataan lah.

    ReplyDelete
  9. Sokongan semua golongan untuk menjayakan program ini amat diperlukan. teruskan usaha.

    ReplyDelete
  10. Harga barang gerai 1Malaysia harus berpatutan.

    ReplyDelete
  11. Kualiti barangan harus dijamin.

    ReplyDelete
  12. Dalam kesempatan itu Chong menasihatkan kepada para penjaja agar mengutamakan penjagaan kebersihan di sekeliling kawasan gerai tamu mereka dengan membuang sampah di tempat yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD).


    Kebersihan harus diutamakan agar tidak menyebabkan penyakit yang berjangkit.

    ReplyDelete
  13. Gerai 1Malaysia mendapat banyak komplen sebelum ini?

    ReplyDelete
  14. Hope gerai 1Malaysia can serve the people well.

    ReplyDelete
  15. Program anjuran peniaga Gerai Dam itu telah disertai lebih 60 orang termasuk Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang memainkan peranan pro-aktif menjayakan gotong-royong berkenaan.

    Syabas! Semangat satu-pasukan harus diamalkan selalu.

    ReplyDelete
  16. Harapkan aktiviti gotong royong dapat mengeratkan hubungan baik antara rakyat.

    ReplyDelete
  17. Gerai ini harus memberi perkhidmatan dan barangan dalam harga yang berpatutan.

    ReplyDelete
  18. Teruskan usaha mendekati rakyat dan bersama-sama mencari masalah yang timbul dalam masyarakat tersebut.

    ReplyDelete
  19. Bagus usaha ini untuk dekat bersama rakyat.

    ReplyDelete
  20. harap kerjasama sebegini dapat di buat lagi untuk mengeratkan hubungan rakyat dengan pemimpin.

    ReplyDelete
  21. Kebersihan tanggungjawab bersama

    ReplyDelete
  22. syabas kepada LDP.. jangan lupa bersihkan juga bandar Lahad Datu dari penjaja2 warga asing dan juga pengunjung2 warga asing yang tidak memiliki dokument perjalanan yang sah..

    ReplyDelete