Tuesday 12 June 2012

MALAYSIA TIDAK AKAN KORBANKAN ALAM SEKITAR




Oleh : NOOR SHAMSIAH MOHAMED

YEOSU : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam keghairahan mencapai status negara maju melalui pelbagai pelan transformasi yang dilakukan, Malaysia tidak akan sesekali mengorbankan alam sekitarnya yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

Katanya kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memelihara khazanah negara ini termasuk dengan memperkenal undang-undang dan dasar pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti.

"Kita sudah ada garis panduan dasar, dan kita mahu negeri di Malaysia yang punyai hak ke atas tanah, flora dan fauna di bawah tangungjawab mereka, supaya mengambil langkah pembangunan tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar, baik pembangunan perumahan dan industri," katanya kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan Hari Malaysia dan melawat Pavilion Malaysia di EXPO Yeosu 2012, Korea Selatan.

"Memang tuntutan pembangunan sentiasa ada, desakan guna tanah di kawasan tanaman sentiasa ada, tetapi keseimbangan pertahankan alam sekitar dan pembangunan mesti wujud.

"Ini bukan sahaja tanggungjawab kementerian dan kerajaan, tetapi juga mereka (negeri-negeri) dan saya percaya dalam keghairahan untuk negara maju, Malaysia tidak akan korbankan khazanah alam sekitar yang kita ada," katanya.

Katanya kerajaan sendiri komited untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus negara ini kekal dengan kehijauan alam sekitar seperti yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak Rio 1992.

Timbalan Perdana Menteri berkata dalam apa jua peluang pembangunan sekalipun, alam sekitar tidak harus dijadikan korban dan penilaian untuk jangka masa panjang juga harus diambil kira bukan sahaja untuk generasi masa kini tetapi juga generasi akan datang.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam masa yang sama pendidikan terhadap generasi muda juga amat penting untuk menyedarkan mereka tentang pentingnya menghargai khazanah yang ada selain tidak merosakkan alam sekitar.

"Kita tahu ada sesetengah tempat di Malaysia tidak memelihara alam sekitar dengan baik dan perkara ini perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh kementerian dan kerajaan, tetapi juga masyarakat," katanya.

Turut mengiringi Muhyiddin ialah isteri beliau Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Duta Besar Malaysia di Korea Selatan Datuk Ramlan Ibrahim serta Pengerusi Jawatankuasa EXPO Yeosu 2012 Kang Dong-suk.

Mengulas penyertaan negara dalam ekspo tiga bulan itu, yang akan berakhir pada 12 Ogos, Muhyiddin berkata ia membolehkan Malaysia mempamerkan kekayaan biodiversiti dan budaya negara selain daripada mengetengahkan usaha kerajaan dalam melindungi alam sekitar.

Pada masa yang sama, beliau berkata pengunjung ke Pavilion Malaysia juga akan didedahkan dengan pelbagai tarikan negara termasuk destinasi ekopelancongan dan pakej inap desa yang popular dalam kalangan pelancong Korea Selatan.

Lebih daripada 230,000 orang telah melawat Pavilion Malaysia yang bertemakan 'Malaysia's Biodiversity Haven: A Gift of Nature', sejak ia dilancarkan pada hari pertama ekspo itu, 11 Mei lepas.

Pelawat ke ekspo itu disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan negeri-negeri di Malaysia selama seminggu sempena sambutan Hari Malaysia.

Sebelum itu, dalam ucapanya, Muhyiddin berkata Malaysia telah mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk memastikan kekayaan alam semula jadi negara menjadi satu peluang untuk menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan.

"Sektor pelancongan akan terus menjadi peneraju utama pembangunan ekonomi Malaysia dengan menyediakan peluang pendapatan dan pekerjaan kepada rakyat," kata Muhyiddin.

Sehingga kini, katanya, Malaysia merupakan antara 11 negara yang paling tinggi dilawati di dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata dari Korea Selatan sahaja, pada tahun lepas Malaysia menerima seramai 260,000 pengunjung.

Katanya kerajaan meletakkan sasaran untuk mencapai 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020 dengan jumlah perbelanjaan yang dilakukan RM168 bilion. (Bernama)

17 comments:

  1. alam sekitar harus kita jaga dan pelihara walaupun kita nak mencapai pembangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan

      Delete
  2. Di negara maju sekalipun, penjagaan alam sekitar ni jadi keutamaan.

    ReplyDelete
  3. Baguslah kalau itu yang dikatakan oleh TPM kita. Semoga alam sekitar akan dipelihara sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Kekalkan kehijauan dan keindahan persekitaran kita

    ReplyDelete
  5. di Sabah, kerajaan negeri giat melaksanakan SFM(sustainable forest managemant).. di semenanjung bila lagi??

    ReplyDelete
  6. Katanya kerajaan meletakkan sasaran untuk mencapai 36 juta ketibaan pelancong pada tahun 2020

    tidak mustahil boleh dicapai asalkan kerajaan dapat mempertingkatkan perkhidmatan udara di negara ini terutamanya di Sabah dan Sarawak..

    ReplyDelete
  7. Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili said the media, including social media which had a wide audience reach, must be accurate as wrong and misleading information could create a misinformed society.

    ReplyDelete
  8. The public, he pointed out, should also seek clarification and verify information with the authorities and experts as some information over the Internet was deliberately inaccurate to play on the people’s sentiment and opinion.

    ReplyDelete
  9. This includes the issue of the Lynas rare earth plant in Gebeng. Some crucial facts have been twisted by certain quarters through the use of the Internet and social media.

    ReplyDelete
  10. Dr Maximus said this when closing the three- day Camp and Environment Education Programme held in conjunction with the World Forestry Day and Earth Day celebrations.

    ReplyDelete
  11. The media, formal and informal, have a responsibility to disseminate accurate information on environment issues which affect everybody.

    ReplyDelete
  12. The event, held at the Mangrove Recreational Park at the Kota Marudu Forestry Complex included a camp participated by students from 11 schools in Kota Marudu and nearby Pitas, Kudat and Kota Belud.

    ReplyDelete
  13. It was organised by the state Forestry Department, Tourism Culture and Environment Ministry and Department of Environment.

    ReplyDelete
  14. Dr Maximus also said that efforts to conserve and protect the environment and nature must be a responsibility shouldered jointly by the government, NGOs, the people and the media.

    ReplyDelete
  15. Government agencies should disseminate to the public what they had done to conserve the environment so as to increase public awareness as well as public participation in protecting the Earth.

    ReplyDelete
  16. They can maximise the use of the social media to disseminate this information, including through modern information technology such as websites, Twitter, blogs; adding that to date, Sabah had managed to preserve 60% of its land area as forest land.

    ReplyDelete