Thursday 21 June 2012

MALAYSIA TIDAK CAMPURTANGAN URUSAN DALAMAN




KUALA LUMPUR : Malaysia mengulangi kesediaannya menghulurkan bantuan kemanusiaan berikutan pergolakan di Rakhine, Myanmar.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata perkara itu disampaikannya kepada Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung Lwin, semasa menelefon beliau pada Rabu.

Beliau berkata Wunna menyatakan penghargaan Myanmar kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sokongan dan tawaran bantuan kemanusiaan kepada negara itu berikutan keadaan di Rakhine.

"Menurut Wunna Maung Lwin, situasi di Rakhine adalah terkawal dan justeru itu, keperluan mendapatkan bantuan dari negara-negara anggota ASEAN tidak timbul buat masa ini.

"Bagaimanapun, beliau ada menyatakan bahawa Malaysia akan dihubungi sekiranya ada keperluan bagi mendapatkan bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu malam.

Anifah berkata Malaysia sentiasa mengekalkan dasar tidak campur tangan terhadap urusan dalaman sesebuah negara.

Malaysia percaya tiada negara terutamanya negara anggota ASEAN patut dibiarkan bersendirian di waktu kesusahan tanpa sebarang tawaran bantuan.

"Dalam hubungan ini, saya juga menyampaikan perutusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Presiden Thein Sein bahawa tawaran bantuan Malaysia kepada Myanmar lahir daripada rasa tanggungjawab dan semangat kejiranan dalam kalangan anggota keluarga ASEAN ke arah penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 kelak," katanya. (Bernama)

10 comments:

  1. Malaysia negara yang prihatin dgn keadaan negara2 jiran.

    ReplyDelete
  2. Campurtangan Malaysia bukan untuk menjadi batu api atau membesarkan lagi masalah tetapi bagi membantu menghulurkan bantuan kemanusiaan.

    ReplyDelete
  3. Setakat mana yang mampu untuk kita bantu saya rasa tidak ada masalah untuk melakukan nya. Kerajaan akan sentiasa update terhadap apa yang berlaku disekitar.

    ReplyDelete
  4. Keadaan pasti tidak akan berubah jika mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka. Kita sebagai orang luar hanya mampun memberi sertakat yang mampu.

    ReplyDelete
  5. It is illogical for M'sia to interfere other country's internal problems.

    ReplyDelete
  6. Bantuan harus diberikan kepada negara jiran yang memerlukan.

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau Malaysia tahu apa yang patut untuk dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti kerajaan M'sia tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan mana yang tidak sepatutnya dilakukan.

      Delete
  8. Kerjasama perlu dikekalkan, lebih baik melakukan kebaikan daripada melakukan kejahatan.

    ReplyDelete
  9. sikap suka membantu kerajaan Malaysia terhadap negara2 luar kadang kala dipandang serong oleh segelintir pihak di negara ini.. sedar atau tidak, bantuan2 seperti inilah yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara..

    ReplyDelete